Friday, 19 June 2015

:: Rabu yang MENGUJAKAN ::


::Almaklum la kan, esoknya dah berpuasa::

Pagi-pagi buta Cik Ina dah bangun, kemas dapur, cuci freeze, cuci toilet, basuh baju sebakul. Pergi beli barang dapur. *Fuhhhhhhhh, letih*. Last day, wowwww!!!
Tak sabar nak berpuasa.

Tahun ini, Cik Ina tak ada la beli telekung, Al-Quran, Tasbih et al yang baru. Pakai mana ada. Bersederhana pulak la puasa kali ini. Kali ini azam berpuasa banyak. Banyak sangat-sangat-sangat. Sampai tak tahu mana nak capai dulu. Itu lah ragam Cik Ina. Setiap kali berpuasa, tiap kali itu juga la macam-macam azam ditabur. Tabur janji. Hahaha!!

Ramadan lepas, Cik Ina berpuasa di kampung. Sebulan. Cuti Semester. Heaven gila rasanya. Memandangkan masa duduk dekat USM dulu, berpuasa di sana, kali ini, sejak sambung master, woowww, macam tak caya je. Bila namanya dah puasa dekat kampung, memang wajib masak la. Sapa nak pergi bazaar Ramadan Changkat Lada tu??

Jangan kata bazaar Ramadan, pasar tani Ahad pun Cik Ina tak pergi. Sombong sangat dia tu!! Hahaha. Bukan la. Cik Ina lebih suka duduk dekat rumah, janji barang dapur lengkap. Bazaar tahun lepas, Alhamdulillah. Tak pernah jejak. Adik Busu je pergi. Katanya nak beli murtabak ayam + Air Tebu. Amboiii. Cik Ina pula, air biar banyak. Memang berteguk-teguk la. Lepas tu, dah tak boleh nak makan sangat. Kenyang ayo *kate orang Perak*.

Jadinya, memandangkan kali ini Cik Ina berpuasa di UKM.*huhuhuhu, sentap*, Cik Ina siapkan diri dengan membeli barang dapur, buat sahur. Berbuka mungkin akan ke masjid mana-mana. *cadangan je tu, jangan percaya*. Hahahaha. Husseinians ada lagi. Yang exam la, tunggu emak pak datang amik barang. Ada pulak tu, menumpangkan barang dekat bilik Cik Ina. Tak apalah. Tolong.

Okayla. Nak masak buat sahur esok.

Bye-bye

No comments:

Post a Comment