Tuesday, 30 June 2015

:: M.A.I.D ::


:: Golongan Berpelajaran memang suka Bahasa Puitis Ye??? ::

Okay! Fine! Ayat Sarcasm sungguh Cik Ina tulis ye!Mohon mengerti. Mulut. Hati. Bahasa Mata. Percakapan. Semuanya kena jaga bulan puasa ini. Bukannya berlapar dahaga semata-mata ye!!
Cik Ina dah 3 hari demam. Kebah. Demam. Kebah. Demam. Haii la hai. Tak tahu la kenapa.
Hari ini masuk office balik. Semalam dah cuti. Cukup-cukup la. Terkejut ada RA baru. Wowww!! Ada geng, Boleh sembang-sembang. 

Cik Ina akui, Cik Ina tak kenal lecturer-lecturer sebelah menyebelah bilik ini. Kalau datang, boleh takat senyum simpulan kasih jela. Selalunya Dr-Dr yang datang, baik-baik belaka. Walaupun kadang tu tak faham butir bicara dia cakap apa. Okay! Abaikan.

Tengah berbincang pasal Kem 7: Sekolah Berasrama Penuh 105 pelajar Pahang, datanglah seorang Pensyarah ini. Kita namakan unknown Dr. Okay! Bincang la mereka perihal jajahan British di Tanah Melayu. Kenapa Thailand tak pernah dijajah. Beri pembuktian sekali kenapa Indonesia dijajah dengan kerahan tenaga paksa bagai.

Rasanya Dato' merangkap bos Cik Ina ni tak tahu kot, Cik Ina A class kot Sejarah Malaysia. Hahahah *bongkak*. Bukan la apa. Cakap tu macam Cik Ina ni tak tahu je. Okay! Buat la macam tak tahu, tak tahu. Hakikatnya. Biarlah kita je yang tahu.

Hendak je menyampuk cakap. Tapi biar la. Pandangan 20 cent belum tentu diterima pakai.

Unknown Dr  ini sebenarnya nak jadikan Dato' sebagai sumber anak dia yang ambil PT3.
Tu yang kenkonon nak la anak dia A untuk subjek Sejarah. Bagus la. Ada Payung. *Hekeleh*.

" British tak ada nak masuk campur hal kerukun negara mahupun perihal Agama dan Istiadat. Apa yang mereka mahukan adalah hasil bumi yang meriah dekat tanah melayu ketika itu. Sebab itu la urusan Agama dan Istiadat, Bahasa Kebangsaan mahupun sistem pentadbiran diserahkan kepada kita. Tapi dengan syarat mesti bersatu padu dengan ketiga-tiga kaum majoriti masa itu. Kalau kata kita dijajah sepenuhnya. Tak jugak"

My 20 cent ideas!!

Hah, tahu terdiam. Geram pula hati kita rasanya.

Rasanya unknown Dr  tadi nak balas balik

" Okay la Dato' , i nak tangkap pic u la. Buat sumber. Jauh sikit dari M.A.I.D u tu."

What??


What??


What??

Cik Ina adalah M.A.I.D???


M.A.I.D??

Alright!!


Muka Cik Ina? As usual. Muka tiada perasaan. memandangkan sedang pekak dan berhingus *demam*. Tapi bukan nak cakap besar *tapi tetap nak cakap besar juga la*, kalau tak ada Cik Ina, sehari jela. Banyak benda yang tergendala. 

Okay. Fullstop.

p/s: Kalau dapat kerja lagi best, tak sabar nak ca-but!!!

No comments:

Post a Comment