Wednesday, 17 June 2015

:: KTHO: Majlis Perlantikan MEP Sesi 2015/2016 ::


:: Tahniah barisan MEP (Majlis Eksekutif Pelajar) Sesi 2015/2016 KTHO ::

Assalamualaikum MLA. Bayangkan la Cik Ina ni. kejap ada, kejap menjadi-jadi ketiadaannya.
Menempa kata-kata sindiran jela nanti dari MLA. Time senang, hilang. Hahaha!!
Itu memang ayat sentap dari MLA untuk Cik Ina la.

Fefelos & Dato Samsu

Yang sebenarnya Cik Ina nak cerita perihal MEP yang telah dilantik hasil berpenat lelahan fefelos yang ada untuk memilih yang terbaik daripada yang terbaik. Memandangkan felo Zety memegang portfolio Kepimpinan, aissshhhhhhhh...memang beliau jela yang banyak berurusan dengan PPMPA.
Urusan seperti senarai nama MEP, PC (Pemudahcara) & et al. Semuanya felo Zety la yang uruskan.
Kami felo-felo yang lain hanya berada dibelakang tabir jela. Pun begitu, kata sepakat masih sesama fefelos. Okay!

Finally!!!
MEP 2015/2016 telah diketahui. Kami pun dah releasekan keputusan interview dan segala macam maknena yang telah kita buat untuk memilih mereka. 

Majlis Pentaulihan Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2015/2016

Dikumpulkan kesemua barisan MEP setiap kolej pada 28 Mei 2015 di FST untuk bersama-sama dengan TNC HEPA. Seronok la Cik Ina rasa. Yela,  jarang sangat dapat peluang nak berkumpul ramai-ramai dengan MEP dari kolej yang lain.

Fefelos KTHO yang over

Yang pasti fefelos KTHO mesti nak men"capub" dengan sana jugak. Aikkk, kan felo  jugak dijemput.
kalau felo kolej lain tak datang, isokey! Tapi kami felo KTHO memang berjiwa felo ye.
Walaupun pergi dengan separuh nafasku terbang sebab banyak kerja pada hari berkenaan.


Barisan MEP 2015/2016

Apapun Cik Ina mengucapkan selamat bertugas & menjadi sebahagian daripada tulang belakang KTHO.Semoga kita semua dapat bekerjasama di bawah satu bumbung dan mencapai potensi yang lebih baik lagi.

Okay. Ayat Cliche!!

No comments:

Post a Comment