Wednesday, 17 June 2015

:: Jiwa Kampung - Changkat Lada::


:: Balik Kg Cuti Sekolah ::

Balik kg hari tukan *nak cerita ni*, hari-hari Cik Ina keluar. 
Almaklum la cuti sekolahkan. Tapi bagi KakLong Anje, dia tak merasainya sangat. 
Ke kelas tambahan. Alang (merangkap cikgu BI KakLong Anje) cakap KakLong Anje punya keputusan peperiksaan memberangsangkan. No 2 daripada 100++ pelajar UPSR.
Waahhh, Makchik bangga menceracak-ceracak rasanya. 

KakLong nak hadiah apa??

Dipegang-pegang ana-sue nam'un Cik Ina. Alahh, tahu dah. Dari hari pertama Cik Ina pakai tab 4 tu, tak habis-habis kata nak macam Makchik. Ala, KakLong, nanti punya tab lagi best. Minta lain la. Kadang-kadang tengok ana-sue nam'un Cik Ina hilang dipandangan Tahu dah. Mesti ada dekat KakLong.

Itu kisah KakLong Anje. Cuti tak serupa cuti la. Pukul 8 dah kena hantar ke sekolah. Kelas tambahan. Balik dari kelas, bukak buku, jawab soalan Matematik, BI, Sc, BM. Gigih betul la. Kadang tu  tertidur-tidur dengan pen ditangan. Kesian. Cikgu sekarang *dera sangat tu, hahahah*

Peneman KakLong Anje belajar

Ini AhGay memang berjaya. Nak tambah lagi berjasanya, tidur pun kepala atas bantal. Disisinya KakLong Anje. Ini memang menampahkan Makchik yang jauh dimata ini. Ini AhGay disayangi. Cik Ina sakit hati dengan hidungnya. Siap la.

Jiwa  sangat
Balik hari tu, belikan tent ini untuk si Leesya. Almaklum la "awak princess Elsa la Makchik". Yela dedek oiii. Makchik pun gigih nakkan tent ini.  

Hasil berbudi 

Ehem-ehem. Ye betul la tu. Yeeee. Setuju sangat dah tu. Hasil berbudi pada tanah. Sengaja dibiarkan penuh lalang. Pokok pisang ini Cik Ina yang tanam. Ye, betul. Anak pokok Along jiran sebelah punya. Hahaha. Tak sangka la pulak menceracak macam ini. Temban buah pisangnya.
Terkejut jugak Cik Ina tengok. Tu yang siap photolicious lagi tu. Pembuktian.
Mohon percaya ye.

Pokok Mempelam Abg Ipar

Saja la nak tunjuk, sekecik-kecik ini pun buahnya manis. Woww!! Menakjubkan. 
Lepas ni, ingat nak tanam pokok mempelam. 

So, balik hari tu Cik Ina telah menjongketkan diri ke Kuala Kangsar, Teluk Intan, Manjung, Sabak Bernam, pusing-pusing Changkat lada- Seberang Perak- Kg Gajah.

Urusan, mencari baju raya. Okay! Setel.

"Tak sabar menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak"


No comments:

Post a Comment