Wednesday, 17 June 2015

:: Buang Kolej & UKM ::


:: Bezanya dengan MPD Fajar Harapan, USM ::

Minggu ini minggu yang Cik Ina rasa kesian sangat dengan budak-budak UKM yang kena buang kolej. Tapi istilah buang kolej tu macam tak sedap je. Lepas itu, hari-hari la dapat je maklumat dekat UKM Confession pasal hal buang kolej.

Alhamdulillah, masa Cik Ina belajar di USM, tak pernah mengalami buang-buang kolej ini. *USM dikenali dengan nama DESASISWA*. Mungkin sebab mengaktifkan diri di Desasiswa, ataupun rumet merupakan Majlis Eksekutif MPDFH. Heheheh!!

Jauh disudut hati Cik Ina, Cik Ina kesian sangat. Kenapa sampai kena buang-buang kolej.
KTHO sahaja telah menyenaraikan 81 orang plajar yang tidak dapat penginapan bagi semester 1, 2015/2016. 55 orang pelajar perempuan, selebihnya lelaki. 

Cik Ina memang kesian sangat. Siap datang bilik, minta surat sokongan.
Memang akan dibantu. In Shaa Allah.Tapi Cik Ina tak pasti sama ada korang dapat ke tak.
Tapi, yang Cik Ina tolong tu, memang aktif kolej. Kadang-kadang kita terlepas pandang.

Surat Sokongan

Kenapa anda tidak disenaraikan untuk penginapan sesi hadapan??

Okay, yang ini untuk kolej Tun Hussein Onn sahaja. Kolej lain, Cik Ina tak pasti.

1.Anda TIDAK AKTIF. Sebab itu pentingnya keaktifan anda di kolej. Kolej sediakan pelbagai program menarik. Contohnya MKS, FUS, FESSAT, MAP. Tapi, sebabkan anda rasa, tak join pun tak apa, itu yang jadi masalah. Tambahan pula, KTHO kan Kolej hotspot (sebelah DEKTAR, dekat dengan fakulti). Jadi, orang berlumba-lumba nak duduk dekat KTHO. Ini anda, rasa selesa bila tak join program. Bila cakap tentang buku merit, anda ambil sambil lewa.

2. Anda MEMPUNYAI REKOD. Hah, kalau dah bawa lelaki masuk bilik bagai. Memang kena kick out. No excuse. Maaf cakap, anda terlalu BERANI melanggar peraturan. Hidup kalau tak ikut peraturan bukan hidup namanya. Yela, dalam solat pun kita kena ikuti step-by-step. 

P/S: Cik Ina harap sangat, semester depan tak ada lagi yang memberi alasan "saya tak tahu".

3. SIKAP. Anda kan mahasiswa. Kadang tu Cik Ina perhatikan, kalau datang office , macam anda datang pasar malam je. HORMAT entah kemana, PERCAKAPAN juga tak melambangkan anda sebagai seorang mahasiswa. Kesian staff KTHO. Bila kena tegur, pandai pulak mengata. Makanya, urusan duduk buang kolej juga terletak kepada pemilihan pentadbiran. Motif Cik Ina cakap disini, bukan suruh anda pergi sembah mereka, tapi HORMAT mereka sebagai orang yang menguruskan & memudahkan urusan anda di kolej.

Baiklah memurid *dah kenapa pulak*, oleh itu lepas ini Cik Ina pesan.

Sila AKTIF. Memberi sumbangan tenaga dan melibatkan diri dalam program Kolej.
Memang la letih, tapi kenangan itu la yang anda akan ingat tahu.
Tak cukup tidur, kena marah, tak sebulu dengan MT, itu semua perkara biasa.
Semua ini memperkenalkan anda dengan dunia pekerjaan nanti.

Percayalah!

Apapun, kepada yang tidak mendapat penginapan di KTHO, boleh untuk anda untuk membuat rayuan. Tapi, sekiranya tidak dapat, cuba untuk mengambil langkah dan tindakan lain.

"Semoga anda dirahmati Allah SWT."

2 comments:

  1. Saya merupakan salah seorang mangsa buangan kolej juga. Sebenarnya, saya aktif di KRK, join pertandingan pantun, jadi SU Blok, hadir setiap meeting, tapi nasib tak menyebelahi saya. Bila saya jumpa pengetua baru saya tahu kenapa saya dibuang kolej. Mungkin sebab saya disuspek sebagai pengganggu-gugat keamanan UKM. Tapi saya tak pernah pun join segala perhimpunan tuntutan mahasiswa. Huhu. So antara faktor kenapa pelajar dibuang kolej adalah disebabkan faktor dalaman UKM itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan dengan term "menggangu-gugat keamanan UKM", yang itu saya tak pasti. Tapi, sekiranya benar seperti Farid Majid katakan, mungkin pihak pentadbiran terlepas pandang. Maaf atas kesilapan berikut.

      Delete