Tuesday, 23 June 2015

:: 2 Ramadan 1436::


:: Iftar bersama Majlis Eksekutif Pelajar 2014/2015 dan 2015/2016::


Hai MLA. Assalamualaikum, Alhamdulillah. Hari kedua berbuka dengan ramai sangat manusia. Amboiii. Ayat sungguh dah tu. Cik Ina berbuka dengan MEP sesi lepas dengan sesi akan datang. Waahhhh!!! moncah sangat makan dia tu *tau ke moncah tu ape??*. Sampai kekenyangan la. Hamboiii. Tak ingat dunia sungguh. Disebabkan Cik Ina nak balik kampung, Cik Ina cakap dengan Dato', Cik Ina tak masuk pejabat. Nak kemas bilik yang macam 4 tahun tidak berpenghuni. 

Hahaha. Gigih la pergi basuh baju, mop lantai, deko-deko bilik *tapi bilik tetap rupa tu, tak transform pun jadi bilik omputih.Issshhh. Haru betul la. 

Azam dihati, nak tangkap semua jenis makanan yang Cik Ina makan sepanjang berbuka, bersahur dan makan leweh-leweh jam 11-12 tengah malam. Hehehe!! Nampak tak kegigihan Cik Ina ini??

Tak kisah la. Apa yang Cik Ina nak cerita adalah, kami fefelos  dapt 4 orang felo baru. 3 lelaki + 1 perempuan. Wahhhh...... ini namanya dunia. Lepas ini tak ada la redundant  kerja. Eleehhh, nampaknya dah boleh lepaskan jawatan IPK ke Bendahari ke. Tapi sayang la pulak. Dah 1 semester pegang jawatan *nampak tak gila kuasanya disitu?* Hahaha.

Bukan apa, Tapi kenapa tak boleh nak bagi Aktivasi Blok dekat newbies fefelos tu??? 
Tak nak la. Banyak lagi program Cik Ina nak buat bila bukak semester baru dengan bebudak baru KTHO. Nak suruh diorang mengecat semua tiang-tiang blok yang ada masa Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) nanti. Padan muka. Cisss!!!

Hah, tak cerita makanan pun kan? Memang la. Dah tangkap photolicious makanan. Tapi belum nak release kan lagi. Tunggu la. Cukup banyak-banyak nanti baru sembang. Okay?
Tapi, yang masih menjadi igauan Cik Ina adalah daging salai gulai lemak pedas berapi. Perghhhh!!! Siap bungkus bawak balik kampung.

Lepas berbuka dengan kurma sebijik + kuih melaka, berjemaah solat dekat surau KTHO. Almaklum la, first time  masuk. Alhamdulillah. Cik Ina bukan nak puji Pengetua KTHO. Terlalu banyak sangat sumber-sumber tak sahih berkenaan tentang keperihalan beliau. Namun, yang menjadikan Cik Ina bertambah hormat adalah beliau mengimamkan solat Maghrib kami. Aluan bacaannya. Sedap! Mendayu!

Tapi, bila kenang balik. Sebutan bacaan Kelantan dia tu jelas la pulak. hikhikhik.

Setel iftar ramadan 2. Jom balik kampung dengan Ami. Perancangan baik punya. 
Syok dalam kereta sembang itu ini. Sampai dekat Tapah. 2 kali kena tahan. 

OPPPPPSSSSSSS RAYAAAAAA!!!

Kali pertama kena tahan, Abang sadoo polis tu kata "ada bawak senjata api ke???". Mungkin sebab kereta Cik Ami kita yang nampak sporty dan tokey kawasan kot. Hehehe!! Gelak kitorang. Dah la Cik Ina balik pakai baju kurung *takdan nak salin masa bukak puasa*, ada pulak bawak senjata api. Ada la encik, ada. Bawak pisau dengan stereng lock. \

Kali kedua kena tahan pulak, "Hah, kenapa gelak-gelak ni?"
Lah, encik polis. Gelak pun salah ke??
Tapi tak mengapa. Kitorang tengah enjoy nak balik kampung. Sebab rindu-rinduan itu lebih membuak daripada segala-galanya. Nampak tak??

Syukur. Alhamdulillah. Selamat sampai rumah pukul 2 pagi.

No comments:

Post a Comment