Friday, 19 June 2015

:: 1 Ramadan 1436 ::


:: Tidak haus, tidak penat ::

Selalunya hari pertama, ke excitedan itu melebihi semuanya. Kali ini Cik Ina berpuasa di UKM.*nangis bucu katil*. Pagi-pagi pergi office KTHO , tengok la apa patut. Discuss itu ini. Lepas itu bergerak pergi FPend.(Fakulti Pendidikan, UKM).

Hari ini big boss Cik Ina muka ceria je. Bagi kerja pun bukan mengarah-ngarah. Mungkin hati banyak suka kot. Siap azan Zohor, awal keluarnya. Amboiii. *eh, dah kenapa pulak cerita pasal kerja-kerja ni??*

Cik Ina sahur dengan ikan sardin + telur dadar. *Sedu*. Selamat la Bonda Mie sudi nak bersahur bersama. Tengah dok siapkan kerja yang menambun-nambun tu, otak dok fikir, nak berbuka dekat mana la karang. Dengan siapa? Nak nasi atau makanan ringan-ringan je ke? Nak pergi bazaar ke?? Aisshhh, tak boleh. Azam kena patuh. *tak nak membazir, membzair amalan Syaitan Nirrajim*. Konon sangatkan Cik Ina?? Yela, ramadan dulu tak pernah ke bazaar kot. Mohon percaya.

Tetiba dapat mesej tanya nak beriftar bersama tak?? Wah, bagai disorongkan bantal. Nak la. Katanya nak iftar di Masjid. Tapi masih tercari-cari.Katanya, Masjid UKM nanti-nanti, nak ke masjid luar UKM. Amboiii, ini dah gigih sangat dah tu. Cik Ina on je. Pukul 6pm, masih tercari-cari. Lastly, buat keputusan ke Masjid Hasanah, tempat praktikum Syu. Wahh, imbau kenangan ke??

Orang dok tanya, aikk. Ada kawan "Cik Tudung Labuh" ke?? Ishh, ada la. Dekat UKM, Cik Ina ramai kawan dari FPI (Fakulti Pengajian Islam). Yang pergi hari ini pun salah seorangnya pensyarah FPI. Hebat semua-semua kawan Cik Ina. Dulu, mula-mula kenal semua ingat Cik Ina orang Indonesia!! Hamboiiii.

Siap ajak beriktiqaf' sekali. Suka-suka.


Telekung & Al-Quran ramadan lepas
Kemana sahaja mesti bawak air botol. Rasa macam dehidrate sangat. Poyokan!! Hehehe!
Tapi memang dari zaman sekolah lagi bawak mineral. Masuk USM, gagah sikit, siap buat milo ais, nescafe, air anggur + sanquick bagai la. Hahahah!!

Di Dalam Masjid Hasanah
Sampai  je, terus si Syu bawak kitorang pergi tempat praktikal dia. Ini memang mengimbau kenangan betul la. Sampai dalam pukul 6.15, duduk sebentar dalam masjid. Mata tertumpu pada sekelompok mukmin yang sedang bertadarus. Haissshhhh mata. Mohon berpuasa jugak ye. Sambil-sambil itu, tengok juga orang lain bertadarus, betulkan bacaan. 

Dalam pukul 7 gitu, si Syu panggil suruh duduk. Nanti tak ada tempat. Lah, memang betul la MLA. Yang datang lebih 500++ , sampai tak cukup makanan. Tapi tak apa, kita share. Kita kan satu keluarga.
 

Iftar 1

Makanannya sedap. Nasi Putih + Ayam masak Merah + Jelatah + Pisang + Kurma + air oren + air mineral. Wahhhhh!!! Lengkap. Penuh perut. Seronoknya. 

Lepas tarawihkan *nak cerita ni*. Cik Ina terlalu dekat pokok limau purut. Hidung dah cium kewangian bau daun limau purut. Terus capai. *minta sikit ye masjid*. Hahaha!!

Terus la, balik bilik...terus la..



Terus la...




Terus la....

Masak TOMYAM


TomYam Berpisah jua  Selepas 3 Syawal

Menu sahur 2 

Tomyam Berpisah Jua Selepas 3 Syawal

Bahan-bahannya:

Ayam
Kiub pati tomyam adabi
Serai
Daun limau purut
Lobak Merah
Kobis Bunga
Tomato

*Godek-godek semua bahan, siap semua 10 minit*
Masterchef sangat!!

Okay la. 
Selamat Bersahur & Berbuka Puasa

Footnote: Puasa kedua bersama dengan KTHO. Tasabar**


No comments:

Post a Comment