Wednesday, 20 May 2015

:: Penilaian Blok KTHO ::


:: Jom cari blok yang cantik ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani

Pepagian Cik Ina dah merajinkan diri mengira keputusan pengadil untuk mengetahui keputusan blok, aras dan bilik tercantik. Pertandingan ini dah lama dah, tapi evaluation day  nya malam tadi. Memandangkan penyampaian hadiah akan diadakan serentak dengan MAP 18 (Malam Anugerah pelajar), KTHO Sabtu ini.*yang MAP 18 nanti Cik Ina story lain*. 

Tahukan, Cik Ina pegang folio Aktivasi Blok. Makanya, pertandingan keceriaan blok dibawah pimpinan *#takpimpinmanaaihhh* Cik Ina la. Ada la buat perjumpaan 2 3 kali sepanjang sem ni. Yela, Cik Ina pun jadi felo baru start sem ni, memang tak berapa tahu menahu la. Banyak je sebenarnya program simple yang nak dibuat, tapi sebab kengkangan masa, dah nak fessat la, FUS la, MAP lagi. Makanya biar la program-program lain tahun depan. 

So, malam tadi berlansungnya penilaian. Borang penilaian pun settle, tinggal tunggu Dato je.
KTHO ada 13 blok. Blok penghuni Lelaki 4 (Blok D, E, N, P) manakala Blok penghuni Perempuan 9 (Blok A, B, C, G,H,J,K,L,M). Hah, tak ke ramai. KTHO ada 691 orang. Lelaki 224, Perempuan 467 orang. Kalau nak bahagikan beberapa hari penilaian macam tak sempat sebab minggu ni semua busy nak uruskan MAP18. Nak tak nak kena round semua blok malam tu jugak. Sampai pukul 12.15am jugak la settle belaka. 

Borang penilaian

Mula-mula round blok Lelaki Blok D dan E. Almaklumlah, blok atas sebelah office, cepat la kan.
Round la tengok blok Lelaki, Aras, bilik deorang. MasyaAllah, deorang sembur perfume apa? Naik pening Cik Ina. Hahahah! Tapi ada 1 bilik tu, gigih sangat deko bilik dia. Nampak peratusannya macam bilik dia yang menang. Dato kata 'Jarang lelaki nak hias-hias bilik'. Hahaha.

Seterusnya ke Blok Perempuan (Blok A, B, C). Memandangkan Cik Ina merupakan felo aktivasi blok, duduk pulak blok B, aras 3. haruslah dikerahkan tenaga anak buah untuk hias cecantik yang boleh ye. Dapat menang blok pun kira ok la. Malu la weh kalau felo aktivasi, tapi blok ermmmm. Hahahahaha!! Gigih la Cik Ina melawat aras 3 hari-hari. Buang sampah pun Cik Ina check pintu bilik deorang. Hahaha!!

Blok B, Aras 3
Theme = Garden
Cik Ina sempoi okay. Kalaupun arahan tak boleh letak kasut dekat luar, tapi urmmm, pejam mata jela. Cik Ina faham weh, student student okay. Tapi malam tu remind jugak, simpan kasut dekat dalam, sapu sikit-sikit siarkaki/koridor kita tu, sampah jangan terkeluar, cuci sikit toilet korang tu. Hahaha. Bagi arahan jela. Cik Ina pun gigih kemas bilik. Takut bilik felo pun kena check. Memang pun, bila Cik Ina briefing semalam, siap cakap bilik felo tak, tapi bila dah duduk depan pintu bilik felo, disuruh bukak pulak. Cissss!!! Cik Ina je yang bukak terus tutup. Hahaha. Gigih tak bagi orang masuk.

Bebudak nie cakap, yang penting cermin cantik

Bila turun ke blok bawah, MasyaAllah. Rasa macam tak sanggup nak duduk. harap blok atas je yang berceria, blok bawah. Macam mana la budak-budak ni duduk dalam persekitaran macam tu. Ini pelajar ke siapa ni? Bermula dari pintu utama, naik tangga, masuk bilik, sampai la ke dalam toilet, aihhh!! Sepanjang hidup Cik Ina belajar, tak pernah lagi duduk dalam persekitaran macam tu.

Apa korang tak rasa geli ke? Dengan bau hamis, hanyir, hancing et al. Pelajar ke ni? 
Heeeeee. memandangkan blok bawah bilik sendiri-sendiri, macam tu la.
"Aku-aku, ko-ko la." Bagusssss nya la. Tambah pula yang duduk tu pelajar Tahun 2,3 dan postgraduate. Apa la.

MLA tahu tak, gigih la kitorang ni bagi salam, ketuk pintu bilik. Bagusnya ragam. Dari lampu On terus Off. Dari pasang lagu kuat-kuat, terus sunyi sepi macam dalam kubur. Diam tak berkutik. 
Apa punya ragam la pelajar macam tu. Tapi, Cik Ina biarkan. kalau korang tak layan Cik Ina pun bagus jugak, tak ada la Cik Ina berlama-lamaan dekat blok korang. 
Kalau macam ini la sikap dan pendirian korang, sampai bila-bila la sikap sambil lewa tu ada dalam diri. Diharapkan korang dapat memajukan diri sendiri. Kalau bukan untuk kolej, untuk diri sendiri pun kira okay dah. *bebelan panjang*.

Tiba-tiba bersyukur dapat bilik yang awesome.
 Bilik Felo yang besar, ada dapur, peti sejuk, bilik air, TV (paling penting). Sangat S.E.L.E.S.A. 

Sambil-sambil check blok apa semua, sambil tengok apa yang kena ditambahbaiki. 
Cadangan banyak. harap-harap direalisasikanlah. Itu sahaja. Yess!

Gigih menyiapkan jugak
Buat pukul 7 Petang, siap pukul 8.40 Malam.
G.I.G.I.H

Tahu tak, pintu Cik Ina kosong je sehinggalah teradanya semua-semua diatas pada jam 8.45PM. Hahaha!! gigih minta balik kertas warna warni Cik Ina dekat budak dekorasi sebab nak bt tu. *buruksiku*. Hahaha! Sambil-sambil tengok cerita TV3 tu, apa ke namanya Dia...Isteri Luar Biasa???Apakah?? Yela, buat halwa telinga la katakan. 
Tengok-tengok hasilnya, macam tak ada tangan. 
Cuba tengok dekat biodata Cik Ina tu, ada signature Felo Lukman, Cissss!! Mangkuk betul la felo kanan ni, di signnya aku punya kertas. Poyooo!! Hahahaha.

Keputusan?

Ada dah. Cik Ina baru lepas kira pagi tadi. Seperti yang diharapkan. Cewahhh!!
Jangan risau ye, Cik Ina tak ada tambah-tambah markah ke, buang markah ke, tak ye. Haha!
Markah aras tu yang tak menahan tu, senyum Cik Ina sorang-sorang dalam bilik.
Beza markahnya 3 je. 3 je. Kalau la aras tu tahu, hurmmm! 
Tak apa ye, adat bertanding.

Nantikan hadiahnya di MAP 18.

Tahniah!

Cik Ina pun bersyukur, sebab Portfolio Cik Ina dah settle, IPK dan Aktivasi Blok. 
Tinggal MAP 18 jela. Haisshhh, banyak sebenarnya pahit manis menjadi fefelos ni!!!

"Bukankah pengalaman semakin mendewasa dan mematangkan pemikiran?
Ye betul. "

No comments:

Post a Comment