Monday, 25 May 2015

:: MAP18 And The Oscar ::


:: The Oscar ::

Hye MLA. Semangat sungguh Cik Ina nak cerita walaupun telah berlalu 2 hari lepas. Ada yang menjadi ingatan tulus ikhlas la. Ada yang Cik Ina dah lupa. Banyak lupa dari ingat ye. Makanya, MLA layankan sahajalah kelupaan Cik Ina ini.

Sabtu pagi, setup photobooth dan DEKTAR. Raptai penuh supaya majlis malam nanti berjalan lancar. Baru teringat kasut tak ada. Tak sesuai dengan baju, terus whatsup Pn Kas, jom teman kejap. Ala, janji ada iras-iras. Tapi, Cik Ina totally out ikut tema malam tu. Takat bling-bling sikit-sikit tu jela. Tema warna lain, pakai baju, warna lain. Suka tak mendisplinkan diri tau.

Setup di Pagi hari
Tengok baju yang Cik Ina pakai. Exclusive hanya untuk MAPians. Nak pakai jugak pagi petang sebab malam dah pakai baju lain. Hehehe!! Kisah penaja menarik balik sponsor la. Banyak kenangan baju AJK ni. Lastly, semua pakat kena bayar itu ini. Kesian betul. Tapi tak apa. Pengalamankan?

Photobooth

Just imagine! Tak tidur malam menyiapkan photobooth. Cik Ina yang tak kreatif terus rasa macam boleh bukak photobooth la. Hahaha. Koyaa!! Cik Ina takat tolong gam-gam mana yang patut jela. Nak design-design memang tak pandai la. 

Props

Director?? Yes!
Mula-mula macam tak nampak sangat apa yang deorang dekokan. Tapi bila dah jadi depan mata. Wooowww!! Amazing!


Photobooth beramai-ramai
Simple & Nice! Boleh beramai-ramai tangkap dalam satu masa. Hamboiii!! Oscar sangat.

VIP
Tema MAP18 kan ala-ala Oscar, jadi warna tema nak gold-gold gitu la. VIP kali ini ramai tau. Dari Dekan-dekan fakulti, Pengetua-pengetua kolej kediaman, Pegawai-pegawai UKM. 

Sisi depan

Cantik kan dekorasi The Oscar?

Nak tahu apa kata VC??

"Another Dinner, but kali ini saya rasa wooowwwww sangat!"

Kita KTHO dipuji oleh VC Prof Datuk Dr Noor Azlan. Happy betul. Sengih sampai ke pipi yang gebu!

Lepas makan-makan ada penyampaian anugerah bagi pelajar-pelajar KTHO yang cemerlang dalam bidang-bidang tertentu. Selepas itu, boleh pulak ramai-ramai felo bawak kek ke Datin Aziah, almaklum la, birthday Datin. Enjoy! Beliau terkedu. Hahaha! Selamat Hari Kelahiran TNC HEPA.

Doorgift untuk VVIP dan VIP

Hadiah kepada Penerima Anugerah

King & Queen

Tajaan Bella Flora Enterprise untuk Penerima Anugerah

Anugerah Formal

*Lupa Daaaaaaaaaa*

Anugerah Informal

1. Anugerah Blok Tercantik
2. Anugerah Aras Tercantik
3. Anugerah Bilik Tercantik
4. Anugerah Wira Bakti
5. Anugerah Khas Pengetua - Kepimpinan, Kebudayaan & Sukarelawan

Felo Pemantau 1 dan Felo Pemantau 2
Nampak tak? Nampak tak? Seronok dapat bekerjasama dengan Zety. Memang hyper ini budak. Banyak idea. Dan Sangat bernas. Kalau boleh nak perfect bagai. Tak pernah Cik Ina jumpa manusia yang havoc macam dia ni. Kepoh sangat ni. Hahaha!!

"Oiii Zety, tahun depan ko nak akak jadi pemantau MAP19 lagi ke?"

Hahahahaha.

Kak, ko jangan la nak pegang program lain. Aku nak dengan ko kak!!!

 Hahahaha, dah cop siap-siap. Macam la sesi depan kita pegang program ni lagi. Entah-entah felo lain nak take over. Nasib la!!

OOTD Cik Ina
Tau dah! tau dah! Tak payah cakap. Miahahaha. Kain je yang bertema, baju tak tema ye!
Kata Cik Ina dalam hati, ini buat baju raya terus la. Save budget tahun ini. Pergghhhh!!
Memang pandai menguruskan kewangan yang meruncing la Cik Ina ni. Hahahaha.

Bersama Post Dekorasi, Protokol, TTK 
Dah macam emak-emak pulak rasanya. Bila disuruh duduk-duduk ni. Terus bangun sebab masih berasa muda.

Bersama bebudak aras 3, Blok B
Deorang dapat hamper. Cik Ina dapat la jugak. Siap request nak bekas je. Buat letak biskut-biskut kering. Hahahaha! Tapi kan dah cakap, tema aras kitorang GARDEN okay!

Jangan cakap Cik Ina tak payung engkorang ye!!

Bersama Post Dekorasi
Tahniah ye korang semua. Tq sebabsudi dengar celoteh Cik Ina sepanjang berdeko dalam bilik.
Hahahaah!! Deorang ni pendiam, Cik Ina jela yang dok gitu gini.
Tetiba malu!!

Door Gift untuk VVIP
Cik Ina bukan VVIP, takat VIP je. Itu pun layak tak layak jela. VVIP je dapat yang berbungkus comel tu. Memandangkan Cik Ina nak jugak. Bak satu! Bak jugak. Hahaha!!

Bunga Flora Bella pun macam tu jugak. Walhal ada lebih.
So, apa ke salahnya. Lagipun Puan Bella Flora dah macam kawan, ewaahhhh!
Masa rehearsal beliau ada sekali, so bersembang sikit-sikit la.

Cik Ina dok fikir jugak, ada ke untuk Cik Ina?
Rezeki. Ada! oiii. 

Last gift door!

Zumie
Dok tengok ikan laga ni comel-comel belaka. Ini ikan VC yang punya.
Dapat ke Cik Ina. Haha!! Apakah motifnya??

Dok tanya dengan bonda Mie, nak letak nama apa? Terus bagi nama Zumie.
Konon gabungan nama Zurina dan Salmie. Amboii...
Kalau mati Zumie ni acane Mie???

Itulah kisah terperinci daripada Cik Ina untuk MLA. Ini kenangan untuk Cik Ina. Cik Ina bukan selamanya akan menjadi felo KTHO. Kalau tiba masanya, good bye Dunia KTHO.
Pengalaman dan kenangan ini Cik Ina simpan utuh dan kemas dalam kotak fikiran.
Buat bacaan di hari tua. Buat ingatan tulus ikhlas di kemudian hari.

"Terima Kasih KTHO kerana menjadikan Cik Ina sebahagian dari anda"
 

No comments:

Post a Comment