Wednesday, 13 May 2015

:: Detim Jommm ::


:: Detim dengan Kas & Syu ::


Cik Ina rasa dah lama sangat tak pergi SOGO. Rasanya dah setahun dah. Takat lalu ulang-alik naik train KTM&ETS jela. Almaklum la, tak ada keperluan nak ke sana. Kalau bersebab boleh la. Tapi Sabtu lepas, si Kas ini kata nak cari barang, minta Cik Ina temankan, rasa macam okay la. 

Lagipun asyik memerap je dalam bilik, sambil-sambil boleh cuci mata,
survey perfume ke, survey handbag CR ke, ala, window shopping  la kononnya. Walhal, bila dah sampai sana, ada je yang terbekenan dekat hati. penipu betul.

MLA nak tahu tak apa cite bila jumpa deorang ni, hah tak lain tak bukan thesis, conference, yuran itu ini, Konvo bila, itu ini. Wahhhh, tak ada cerita lain ye kita nie kalau jumpa. Mesti urusan duniawi thesis. 

Tapi Cik Ina memang kesian la dengan master FPI (Fakulti Pengajian Islam), kena bayar itu ini, kena conference sana sini, nak minta check abstract pun kena bayar RM100. Kiranya Cik Ina bersyukur la, masa check abstrack, Puan Penyelia je yang tolong checkkan. Tak ada pulak minta pengeras. Perggghhhh!!!

Conference???
Tak sempat nak buat *bukan tak sempat, taknak,takada duit*. Hahahah!!
Tapi FPI, sampai 2 3x la. Kalau dalam UKM tak apa, ini nak buat sampai UnisZa la, UIA la. Pergghhhh!!!. Tetiba rasa bersyukur dapat Puan Penyelia Prof Madya Dr Habibah Ahmad. Hahaha!

Kalau tak cerita hal thesisfie, mesti story pasal life. Alone. Lonely. Hahaha!
Kesian la kami-kami pelajar Master ni. Baru Cik Ina perasan, Hidup sendirian rupanya Cik Ina selama ini. Rasa macam dikelilingi ramai makhluk Allah, rupanya. Alone.

Cik Syu - Cik Ina - Puan Kas

Cik Syu ini student Master FPI, Puan Kas pulak Phd candidate. Cik Ina pelik la. Walaupun deorang stress nak siapkan thesisfie deorang, apasal tak naik jerawat dekat muka? Haihh, muka Cik Ina, jangan kata stress, tak stress pun jerawat menceracak naik. Bagai dipam-pam pulak. Menyampah.


Tuan Belog yang over

Penat tawaf dekat SOGO dan Jalan Tar. Berehat kejap. Melalui observation Cik Ina, walaupun rakyat Malaysia menentang keras perlaksanaan GST, tapi ramai je dekat SOGO. Sampai b2b la *bontot bertemu bontot* kalau nak lalu tu. Haiisssh, capai hanbag 2 3 label jenama lagi tu. Kata tak adda duit.

Yang sebenarnya ada duit ke tak ada ni? Kalau Cik Ina yela. Memang mengaku tak ada duit. Hahahah!! Tengah rehat-rehat dekat Masjid Jamek tu, mata Cik Ina tertacap dekat sekumpulan awekkss nie. Hah, sakan berborong. Tahniah!! 

Pembuktian

Hahahah!  Jam Edifice yang berharga RM839. Tolak baucer RM200. Tapi, bukan Cik Ina punya.
En abe Puan Kas punya. Itulah barang yang dia nak beli rupanya. Cik Ina takat telan airlior je. Hahahah.

"Seronok bersembang dengan rakan seangkatan, pengolahan maklumat itu padu"


No comments:

Post a Comment