Friday, 3 April 2015

:: Puan Emak kembali ke Malaysia ::


:: Marathon habis-habisan ::

Assalamualaikum MLA. Nampakkan mainan Cik Ina ni, hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Ahh, memang berperangai sungguh Cik Ina ye. Maap-maap!! Memandangkan minggu yang sangat busy (buat-buat busy)

21 Mac 2015 
Puan Emak pulang. Masing-masing tak sabar nak jumpa Puan Emak, memandangkan info-info terkini pun dapat sikit je. Yela, Puan Emak bukan tahu perihal wassap, wechat.
Takat bawak je Hp, pakai tak. Siap beli no telco.

Tak apalah. Sekurang-kurangnya photolicious yang diberikan oleh Haidir dah cukup dah. 
Kitorang berjemaah beramai-ramai di rumah MakNgah. Sempat la, makan-chit-chat, mengumpat, bergaduh. Ahh, perkara biasa. Semua pakat nak ikut ambik Puan Emak. Okay!
Kita pergi 2 kereta. No hal. 

Puan Emak dan crew Ahmad Saidi
Kurus tengok Puan Emak. Ceria. Selamat. Alhamdulillah.

Special kasut Puan Emak
Kitorang siap beli kasit sarung. Tapi yang hak tu jugak berkenan di hati. Amboi kasut, jeles Cik Ina. Hang sampai ke Mekah Madinah ye. hehehe!! 


MakNgah jugak yang spot camera
Tengok je muka Puan Emak, tenang je. Walaupun dengar batuk-batuk. Tapi tengok sihat. Itu pun dah cukup. Puan Emak belum naik kereta dah cakap muka seseorang yang dia tengok. 
Tahu sapa MLA.
Ye!! Muka menantunya. Lah!!
Muka PakNgah yang dikenang. Hah, PakNgah kena open table la nampaknya ni.
Tersengih-sengih BIL Cik Ina ni. Baju merah tu PakNgah Cik Ina la. Cissss!! Hahahaha.

Cucu Opah Lijah
Sejak bermenjak ni, Cik Ina peratikan je budak dua ketul ni. Semakin berlegging bagai. 
Aihhh, turun ragam sapa nie (ehem-ehem). Kejorenan itu dah nampak.
Tapi tak apa, masih boleh dimaafkan sebab mendengar kata lagi. 

Mencuba untuk teruskan iltizam
Bersemangat nak jumpa Puan Emak sampai makan bertambah 2x. Hahaha!!

Sampai rumah!! Terus ke dapur tambah menukar pakaian. Alkisahnya dah masak tengahari
memandangkan ramai, habis ikan siakap stim, ikan siakap goreng, sayur tumis!! Konon tunggu Puan Emak. 

Sambil-sambil deorang yang lain dengar cerita Puan Emak, bertungkus-lumuslah Cik Ina dan Alang memasak. Teristimewa untuk Puan Emak, ikan kembung gulai tempoyak, sayur taugeh tumis, ikan goreng, udang goreng kunyit & laksa.

Cik Ina suka tengok deorang makan sampai habis. itulah keluarga Cik Ina.

Bertambah Puan Emak. Mungkin sebab 2 minggu makan macam-macam.
Hehehe!!!  
Hadiah??

Tentulah!

Cik Ina belum apa-apa dah cop jubah yang cantik, celak mekah 2. Haha!!

Ohh Ya Allah, Syukur atas nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga,
moga kami dilindungi rahmatMu.
Amin.

No comments:

Post a Comment