Monday, 13 April 2015

:: KTHO: Kursus Tranformasi Felo Kolej Kediaman ::


:: laaaa...........maaaaaaaa sangat tak join kursus ::

Hahahahaha. (mampu ko terus gelak)!. Betul MLA. betul sangat. Lama dah Cik Ina tak join kursus-kursus-kursus macam ni. Last, dulu pun masa belajar USM dulu. Pergghhhhhh, laaaa....maaa sangat dah tu. Kalau ikut kursus pun, bukan sebagai peserta, tapi lebih kepada urusetia yang tak berapa nak setia. Kejap ada. Kejap hilang. Nunnnn dekat sana, tengah makan free. Haruslah!

Yang seaslinya, hati berkeceramuk juga. Almaklum la, tiket flight dah book. Tengok-tengok, kursus pulak. Memang sentap sampai menangis bucu katil. Tak dapat ikut Cik Dayah bervacation oii. Planning bapak lama, sampai siap sepelaungkan dekat family Mak Ngah cakap "sorry, I nak pergi Thailand pertengah bulan 4 ni ye, bye-bye". Memang kena perli kaw-kaw la nampaknya.
Apa yang diharapkan memang tak menjadi. Gigih la kumpul duit. Gigih la pergi survey port terbaik dekat sana.

Sampai dah mimpi-mimpi nak round pasar chatuchak wehh oiii. Pelamin anganku musnah. Musnah lagi berkepuk-kepuk bila mana duit dah simpan sewajibnya digunakan untuk menjilid thesisfie. Tak apa. Alhamdulillah. Nampaknya #mostachieve2015 iaitu memperbawakkan diri ke Negara orang macam tak achieve je tahun ni. Harap-harap ada la peluang-peluang yang turun dari langit. Dah aku kenapa?  Lagi bertambah jealous bila Cik Dayah tak habis-habis upload photolicious dekat wechat. Gigih jugak la Cik Ina like & comment . Hahaha! Gigih.

Dayah, aku harap ko bawak balik gajah sekor. Aku nak bela. Buat takutkan beruk yang serang aku dulu. Sampai sekarang aku berdendam dengan beruk tu. Hahaha.

"Felo diwajibkan HADIR"

Baiklah. Saya yang menurut Perintah. Desus hati kecil Cik Ina. 

11 April 2015

Passionate to Writing

Kemana sahaja. Harus mencatat. Nampak macam ortodok sangatkan. Tapi itulah Cik Ina. 
Kena tulis-menulis-tertulis. Rasa macam tak syok la, dengar kursus tapi tak tulis input-input penting.
Rugikan. Itu kata Cik Ina la. MLA? Cik Ina tak tahu la.
Cik Ina ni pelupa orangnya. Lepas 30 minit "Eh, apa Datin cakap tadi".
Hahahaha. Dasar semakin meningkat usia betul la. Baru je cakap, dah lupa. Banyak makan meggi, macam tula. (nak menyalahkan meggi plak dah).

Zety , Cik Ina , Mazian
Kalau nak dibandingkan pengalaman deorang dengan Cik Ina. Banyak benda Cik Ina kena belajar lagi. Bayangkan. Just imagine. Mazian dah 3 tahun jadi MEP, 3 tahun jadi Felo. 6 tahun berkecimpung dalam dunia kefeloan ni. Lagi arif kot.

Zety pulak, walaupun baru menjadi felo seperti Cik Ina, tapi dia merupakan pelajar KTHO dari zaman degree lagi. Walaupun tak jadi MEP, dia yang menjadi tulang belakang MAP sepanjang 3 tahun ni. Walaaweehhhh.

Cik Ina? Baru 3 bulan menjadi fefelos yang kadangkala tak ada macam felo pun.
Banyak tak tahu dari tahu. Rendah diri. krik~krik~krik!

NC UKM, Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali

" Kita seharusnya mencabar kelaziman, keterhadapan dan mempunyai 3R dalam diri. 3R stand for Relevent, Respected and  Refered. " 

kadangkala beliau akan berjalan-jalan sekitar UKM pada waktu malam untuk menyelami rasa itu. Melihat suasana dan keadaan pelajar."

"Ya, mencabar kelaziman" 

Naib Canselor UKM, Prof Dato Dr Noor Azlan Ghazali

TNC UKM, Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal


Jenuh cari gambar masa dekat Parlimen Mahasiswa haritu. Dekat mana tah Cik Ina letak. Siap peluk, pipi kiri kanan lagi. Masa dekat sana baru la tengok Datin dekat-dekat. Selalu tengok jauh-jauuh je. kali ini siap bersembang bagai. humble sangat. 

Kenapa Cik Ina kata humble?

Kerana katanya yang memberi inspirasi kepada Cik Ina

"Kita mempunyai halatuju dan pemikiran yang sama"

Eh, MLA tahu tak?

UKM berada di tangga ke-19 bagi penyertaan universiti bawah usia 50 tahun dan di tangga ke 151 di seluruh dunia. We are top 200 University! Tahu tak ni?? Hahaha. Cik Ina dah dengar kali ke-5 untuk bulan ini. Seharusnya kena semat dikotak fikiran. 

Dato' Dr Sheikh Muzhapar Shukor, Angkasawan Negara

Slot 1: Ketrampilan Korporat.

Jiwa sangat dengan beliau tahu tak? Kali pertama bersua muka. Kebanyakkannya berkisarkan pengalaman beliau. Apa yang boleh Cik Ina katakan, beliau sangat lurus. Maknanya, tak ada bengkang -bengkok. Terus direct to the point. Tapi, sebab memang admirer, haruslah mendengar dengan penuh kekhusyukkan. Hahaha!

Proud 200%

Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, TNC HEPA dan Alumni UPM


Dapat saja mic, terus minta pen marker dengan pemadam. Hahaha! Selalunya kalau kursus petang, dah tu pulak, baru lepas makan, memang mengantuk la. Tapi kali ini, syok. Sambil gelak ketawa. Memang berjiwa pelajar betul la Prof ni.

Jejari Cik Ina laju je pergi website UPM. Nak tahu serba-sedikit-banyak latar belakang prof ni. 
Seronok tahu tak bila dia bercerita. "Saya kalau nak sampaikan sesuatu, mesti bercerita. Pendahuluan je dah 2 jam. Hahaha! Yang nak dicerita pasal CGPA+ SOFT SKILL= KERJA.

CGPA plus SOFT SKILL equal KERJA

Tapi, dia punya putchline sampai ke kisah anak beranak dia. Awesome!

Masih terngiang-ngiang di telinga, nasihat beliau, kita semua akan mati. Ada 3 perkara yang dinilai. Rasanya semua tahu. Pertama, doa anak yang soleh dan solehah. Tapi sekarang betul ke? Ada ke anak yang betul-betul doakan ayah mak selepas solat. Sekarang ni, lepas je solat, Assalamualaikum Warahmatullah kanan kiri, lepas tu terus capai handset, upload gambar lepas solat. Tak pun wasap, agak-agak dan ke berdoa??

Kedua, sedekah. Perempuan mungkin jarang. Tapi lelaki. lepas solat Jumaat, tin sedekah tu lalu, takat sedekah dengan senyuman, maka berlalulah pergi tin sedekah tu.
Takpun gaji RM10K, tapi sedekah RM1. Agak-agak, macam mana ke sedekah tu?

Apa yang pasti adalah yang ketiga. Ilmu.
Sebab ILMU tak akan pernah putus. Tambah pula bila ia berpanjangan. Orang menggunakan ilmu yang kita sampaikan. Itulah saham akhirat kita. Jadi, apa tujuan kita belajar? Untuk menuntut ilmu. Jadikan ia sebagai priority utama kamu berada disini hari ini.

Wahhh, paanjang lebar gila. Sentap!

Tapi..

Kata-kata terakhir Prof yang disimpan di kotak ilmu Cik Ina

"dalam hidup ini, jangan sesekali mewujudkan satu titik hitam
 - Prof Dato Dr Mohammad Shatar Shabran"


12 APRIL 2015

Cik Ina , Ami , Mazian
Kali ini, kami pulak, Zety dah balik ke Sarawak dah. Almaklum la, dah dirisik orang. 
Okay! Tahniah ye. cincin ko lawa dik. Akak akui, akak seronok tengok. Hahaha.

Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek


"Tidak ada dunia yang memberi kebebasan yang MUTLAK kepada manusia"

Dr Suzeren Md Jamil

"Bila mana felo itu baik, pelajar ikut, bermakna student suka dengan felo tu, bila mereka respect , everything will be easy. Be SMART. - Dr Suzeren (2015)

"Sampaikan Perkara Yang Benar" - Dr Suzeren (2015)

Alhamdulillah. Selesai. Pening kepala nak hadam maklumat yang ada. Balik bilik, pasang lagu hindustan. Okay! Jom fikir kembali, renung dan baring sambil terus lena. Aduyaiiii.

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternakan, ada yang berlainan jenis dan warnanya? 
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu.
 Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Fatir: 28)



No comments:

Post a Comment