Friday, 10 April 2015

:: KTHO: And that's A Reason MEP ::


:: Pencarian Majlis Eksekutif Pelajar KTHO sesi 2015/2016 ::

Yes MLA! Pulang sahaja Cik Ina daripada short vacay ke Kelantan, terus pecut ke bilik meeting
Mempersiapkan diri untuk menjadi panel pencarian MEP sesi hadapan. Kali pertama kan?
Banyak benda yang Cik Ina dapat. Cik Ina diarahkan untuk menyediakan kriteria-kriteria calon MEP dan PC. Antara yang akan dinilai adalah Intrapersonal, Interpersonal, Pemikiran kritis, Kemahiran Tingkahlaku dan Kemahiran Insaniah.

Kalau  Intrapersonal, Antara kriteria yang disenaraikan ialah Penampilan Diri, Keyakinan dan Positif, Kebolehan Bersosial, Ciri-ciri dan Sifat Peribadi. Interpersonal pula menekankan aspek komunikasi seperti pergerakan badan, Kefasihan Berbahasa BM dan BI, Kebolehan Mengawal Emosi dan Menguruskan Tekanan, kebolehan Menjaga Hubungan dengan Orang Lian, serta Kemahiran Menyesiaukan Diri mengikut Keadaan.  Kategori Pemikiran Kritis meliputi aspek Potensi Idea, Proaktif, Pendekatan dan Strategi, Kemahiran dan Proses Pembentukan Idea dan membangunkan Idea berdasarkan Intelek, Rohani,Emosi dan Jasmani. Untuk kriteria kemahiran tingkahlaku, yang sebenarnya ia merupakan markah alternatif. Antara aspek yang dinilai adalah Komunikasi Mata, Posisi Tubuh Badan, Gaya Sendiri, Senyuman serta Suara dan kepelbagaian Nada. Terakhir, Kemahiran Insaniah yang menekankan aspek Sikap dan Personaliti, Kemahiran Berkomunikasi Esteem-Diri, Pengurusan Diri serta Etika dan Moral.

Kalau baca macam payah je kan? Hahaha!! Itu lah motifnya.

Bila diterangkan kepada panel pun, masing-masing angguk-angguk, geleng-geleng. Motif sangat!

Kenapa beria sangat nak interview bagai ni?
Memandangkan ini kolej tentera, haruslah. Lagipun PPMPA menegaskan konsep-konsep tertentu. Makanya, kami yang menurut perintah. Hahahaha! 

Sesi Interview sedang berlangsung
Almaklumla, Cik Ina bukan pakai iphone6, photolicious pun macam ini saja la. Jadilah!

Panel terdiri daripada Dato' Pengetua, Timbalan Pengetua, Pengurus Kolej dan fellows.
Memandangkan Cik Ina yang buat kriteria permakahan, nampaknya Cik Ina juga la yang kena mengira markah keseluruhan. Motif rajin?

The Marks
Kali ini, pemilihan adalah sedikit (bukan sikit tapi banyak) rigid ye. Ketat. Kukuh. Utuh sangat.
Sebabnya, pencalonan ramai sangat. Ada 67 borang yang diisi untuk mengisi kekosongan MEP dan PC. Terbaik daripada yang terbaik. Macam mana tu ye?


....and you need to be proficient, active & enjoyable
Haruslah. Nampak kepoyoannya. Setel kira peratusan. Sehingga pukul 4.30 pagi, kami berlima masih di bilik meeting mengenalpasti calon berpotensi. Paginya pula, bengkel kepimpinan untuk 30 calon pendek yang disenaraikan. Haruslah bersengkang mata. Tidur hanyalah 1 jam selepas Subuh.
Hectic sangat dah tu Cik Ina oiii. 

Bengkel Kepimpinan KTHO

Bangun pagi-pagi, mamai-mamai. Terus ke bilik Memo. 

Tugasan 1 : Anda diberikan kumpulan, discuss tentang MKS, FUS, FESSAT dan MAP. Bentangkan.

Tugasan 2 : Post-Mortem bersama

Tugasan 3 : Pengetahuan dan kefahaman tentang GST

Start pukul 9 pagi - 5 ptg. Ayoyoyo!! Tak sempat nak tengok running man. Kehkehkeh!!

Apa-apa pun, Cik Ina suka dengan apa yang Cik Ina lakukan. Pengalaman betul la.
Sebab tak semua hal kita tahu. 

30 yang terbaik
Good luck kepada Husseinians semua.

Note: Bayar balik masa tidur yang ditinggalkan dengan kroooohhhh!!! krroooohhhh!! malamnya pulak. Haruslah.

No comments:

Post a Comment