Tuesday, 28 April 2015

:: i-city Wet World ::


:: Selam Kepala ::

Rasa macam dah lama sangat tak mandi-manda dan membawa diri sambil selam kepala dalam air. 
Laaaaa.......maaaaa sangat. Tiba-tiba dapat offer dari MakNgah, nak join tak pergi i-city.
Memula memang tak la. Panas terik kot. Buat apa dekat sana? Tengok lampu ke?
Cukup la 2 kali pergi kesana dengan rasa boring je. Hoiii, mohon jangan bawak anak-anak pergi sana, membazir je. Hahaha! Itu masa pergi sana dulu la. Rupanya bukan nak pergi tengok lampu-lampu, tapi nak pergi mandi. Okay.

Ciss, dah sampai Sg Buloh baru MakNgah pesan swimming suit bawak tak? Cisss!! Tu yang malas tu kalau bukan jadi organizer ni. Mesti information tu skalanya hanya 50-50. Lagi 50 tu lupa nak khabo. Adoiii. Tapi tak apalah. Pakai jela legging + baju labuh. Lepas ini, no-no okay!.

Rupanya MakNgah dapat tiket murah. Aisshh, Cik Ina pun tak faham sangat. Kawan atas kawan pembelian tiket ni. Katanya tengah promosi. Tak tahu la promosi yang bagaimana. Yela, siap dapat lunch  dekat Hotel Best-Western i-city lagi tu dengan hanya membayar RM20/per head. Ikut kan jela. Mungkin nak memperkenalkan kepada umum kot. Tu yang buat promosi kaw-kaw-kaw punya.
Rugi PakNgah tak ikut. Makanannya boleh tahan jugak.

Kitorang sampai around 11.45am. Bila daftar, kaunter tu cakap kalau dah masuk, nak keluar balik boleh 30 minit sahaja. Dah kenapa pulak?. Buat keputusan baik tunggu makan. Dah tu, bebudak kaunter ni, bila tanya hotel tu dekat mana, direction pun bagi salah. Dah apa ke maknanya tu. Tapi, no hal. Jalan-jalan dapat tengok i-city waktu pagi. Bersih. Impresive la sekejap sebab dijaga dengan baik. 

Best Western i-city

Menanti dengan penuh sabar
Katanya makan pukul 12.30 tengah hari. Tapi, makanan telah di serve pada 12.12. Makanya, boleh la dah menjamu selera. Tak ramai lagi manusia masa ini. Senyap je. Tapi kalaukan anak MakNgah. Tak boleh nak senyap sangat laaaaaa. Hahaha. 

Nasi Arab
Cik Ina suggest dekat korang, ambil la daging hitamnya. Sedap. Tapi untuk Dik Kuan, Ikan Masak Taucu. Dia suka sangat. Siap tambah kot ikan. Bagi ratah ikan je. Memang asal kampung. Kekeke!
Untuk AbgLong, ketiau goreng je? Apakah? 
Rupanya nak makan mee rebus pulak lepas tu. AbgLong memang kuat makan.

Salad 
Tiap kali makan di hotel. Ini menjadi pilihan pertama Cik Ina. 
Macam la tak boleh buat. Tak pandai je. Kekeke!

hero's memang suka buah

Ais Kacang
Yang ni siap berbaris la orang nak. Cik Ina siap minta 2 mangkuk terus. Malas nak berbaris banyak kali. Sporting la ice maker tu, tapi supervisor dia, kerek je. Bising-bising cakap letak kacang banyak la, itu ini la. Ada ke macam tu
Dik Kuan
Kalau diberikan tab, memang mendiam jela lepas tu. Tapi memang tak lama la. Dapat makan diam la. Nak bersuap sendiri. Ini budak kena jahit tangannya sebab digunting oleh AbgNgahnya. Sekian. Terima kasih.

i-city Wet World

Jom mandi jom. Oishhh, ingatkan ramai sangat-sangat la. Rupanya lengang je rasanya. Macam mandi dekat private hotel pulak. Hehehe! Tak payah berbaris kalau nak mandi. Siap boleh mandi-rehat dekat bangku-mandi balik-rehat balik-mandi. Sampai dah boring. Haha.
Arca dipintu utama
Terus sewa locker untuk simpan handbag. RM 10 sahaja. Yang malasnya, kena guna kad apatah, kena reload dulu, baru boleh minta kunci. Selamat tak jauh. Tappi malas la nak pergi sebab panas.
Tak boleh ke booth kad ezi tu bersebelahan je. Apa maknanya jauh-jauh tu. Menyusahkan ye. Tapi lantak la, MakNgah yang pergi. Cik Ina jaga anak.

Kosong + Enjoy
Hero's suka la. Deorang jela yang conquer tempat mainan dekat situ.

Ber'maggi'an
Dah lama berendam. Tahu pulak hero's ni lapar. Tapi, semangkuk maggi tu RM5. Tapi dah lapa. Balun jela.  

Berjacuzzi la Cik Ina
Yang ini berhadapan dengan port mandian hero's. Bertukar jela. Kejap Cik Ina, kejap MakNgah. Tukar-tukar. Tempat Cik Ina nun dekat jacuzzi la kononya. Tapi best!! tak payah nak beratur-beratur panjang kot. Siap boleh tidur la kejap. 

Tak mandi pun dekat sini
Yes! Cik Ina, MakNgah dan hero's mandi dekat 2 tempat tu jela. Nama bawak bebudak.  
Janji deorang enjoy. Cik Ina pun suka. Siap boleh main polis-polis la, harimau la, buaya la. Dah kenapa Cik Ina pun jadi bebudak jugak. Selamat tak ramai. Kita layankan jela. 

mandi sampai hujan. Hehehe!

Dah hujan baru tahu nak berenti mandi. Jom siap-siap. Balik.

"Keluarlah untuk melepas rasa gundah-gulana yang ada. 
Moga dengan itu, segala kekusutan itu terhapus."


No comments:

Post a Comment