Friday, 24 April 2015

:: Gagal ::


:: Surat Gagal dan Diberhentikan ::

Eheemmmm-ehemmm!! (betulkan dulu urat tekak). Hahahaha! Nak cerita dari mana dulu pun Cik Ina tak tahu. Almaklum la, terkejut punya pasal. Macam terkejut tengok En Beruk dalam bilik sambil main sambal belacan adabi Cik Ina. Terkejut macam tu la. Hah, macam tula. 

Kadang tu kan, bila dah bosan tahap gaban, barulah tangan capai ana'sue_nam'un. On Facebook,
konon nak tahu isu semasa. Bila tengok komen-komen, ada muka Ahmad Maslan. Selidik punya selidik, lahhhhhh...Hahahaha. Cik Ina tak suka nak komen-komen. Tapi baca komen, suka.

Tapi hari ini, terus tertype 

"kemaslanan apakah ini?"

Jahat lah Cik Ina. Mungkin sebab terkejut dan tak sangka. Share dekat wassap family dengan status sedemikian. Pakat kena gelak berjemaah. Bukan gelak dengan photolicious tu,tapi dekat status. Mangkuk!!


Kemaslanan apakah ini?

Dah mengapa pulak? Aduhaiii jiwa! UKM ni suka yang bukan-bukan. Cik Ina kalau dengar orang hasut-menghasut, edit-mengedit, sampai-menyampai, arghhh, bukan akulah yang akan percaya bulat-bulat. Tak ada bukti dan literature review (ewahhh), jangan haraplah Cik Ina nak percaya!

Dengar boleh, percaya jangan.

Hah, itu falsafah masa umur 10 tahun. Hah, umur 10 tahun dah ada falsafah. mantap sungguh dah tu. Tapi itulah hakikatnya. Kalau orang kata, orang pejabat FSSK memang gitu gini, gana-gini.
Hah, Cik Ina tak kan percaya selagi tak kena setepek dekat batang hidung sendiri.

Bila dah kena maki dekat pejabat FSSK, hah, baru percaya. Masa itu, memang berbakul sumpah-seranh. Tapi itu kisah dahulu kala. Sekarang, antara Cik Ina dan Pejabat FSSK dah boleh jadi kawan dah. Ewahhh!!.

Tapi, kali ini apakah kemaslanan yang berlaku?

Dapat je photolicious ini dari Busu, terus bersiap. Dah permasalahan apakah yang bakal Cik Ina lalui.
Terus bergerak ke Pejabat Siswazah FSSK. Pejabat ini, Cik Ina jarang  masuk, dalam 1 semester tu, ada la sekali masuk. Sebab tak ada kepentingan. Tapi kali ini, masuk sebab nak setel secara berhemah. Masuk - bagi salam - jumpa pengurusan. Alahaiiiiii, Makchik, dah ekau kenapa? Hari ini hari Jumaat, esok lusa cuti. Jangan la cemberut sangat. Masalah betul la dengan pengurusan FSSK ini. Pelik - pelik belaka. 

Bersangka baiklah Cik Ina. Lantak lah, janji setel urusan aku. Pun tak setel jugak. katanya Person in charge (En Hassan) meeting. Pergghhhh!! Okay. Ishh, tak puas hati la.  Baik Cik Ina pergi ke PPA (Pusat Pengurusan Akademik). Selamat la Cik Ina tahu PPA dekat mana memandangkan dah bukan dekat PPS dah.

Masuk pejabat, tunggu no giliran. Alhamdulillah, segala kekusutan diperjelaskan.
TQ la Encik apakah namanya sebab membantu memberi penjelasan. Yela, MLA tak gerun ke, dah siap tesis, dah dapat result keseluruhan (Alhamdulillah). Tengok-tengok status belajar diberhentikan. 

Pun begitu. Tak setel jugak urusan. Kena jumpa jugak PIC En Hassan. Cik Ina tak salahkan sesiapa, cuma kadangkala tak faham sangat procedure UKM ini. Apapun harap-harap hari Isnin ini, setel belaka. Bila difikirkan balik, kelakar la pulak. Ada pulak gagal dan diberhentikan kerana tidak mendaftar. Memang tak daftar la sebab dah tamat. Aduyaiiiii.

"Janganlah kita menunjukkan kebodohan kita hanya dengan menyatakan sesuatu tanpa pembuktikan"

No comments:

Post a Comment