Friday, 10 April 2015

:: Finally, Thesisfie oohhh Thesisfie ::


:: Syukur Ya Allah ::

Finally, syukur Ya Allah atas keyakinan & kejayaan ini,
Kepastian ini terbit dari air mata, tangisan, gurau-senda, pengorbanan!!
Percayalah, semaraknya cinta hasil dari RASA INI,
Syukur Ya Allah, Amin Ya Allah.

ZURINA AHMAD SAIDI S.SN.SOS. 2015. UKM

Tangisan itu tersangatlah pasti. Kadangkala sehinggakan putus asa yang teramat.
Terkadang, bila hati semakin disakiti dengan thesisfie yang tak henti-henti,
hati mula terdetik itu dan ini. Hai hati bersabarlah. Berdoalah.

Bukanlah mudah untuk mudahkannya.

Bukan senang untuk disenangkannya.

Berusahalah.

Sisi tepi

Nak mendapatkannya. Teramat terluka. Bila dimiliki, air mata tak henti-henti mengalir.
Doanya tak pernah putus. Sehingga tidur juga bertemankan air mata.
Ahh, ini rasanya. Betapa rasa ini lah yang ditunggu, dinanti.

Sambil menaip pun, air mata boleh mengalirkan??

Dah Cik Ina kenapa pulak??

Sedu sangat tahu tak? Menangis air mata darah sekalipun, rasa ini masih membara.
Kepada siapa harus dipeluk cium? kepada siapakah harus diruntun rasa ini? Kepada siapa harusku canang yang "dunia, lihatlah Cik Ina, Cik Ina sedang merasa rasa ini". 

Hai la hai. Nak sampaikan kepada dunia apakah rasa ini. Nak kongsikan bersama-sama rasa ini.

future!! Please hold me tightly
Kehadapan masa depan,
Peganglah aku sekuatnya!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan berkat segala limpah rahmat dan keizinanNya, syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat saya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan).

            Jutaan terima kasih ditujukan khas buat Prof. Madya Dr Habibah Ahmad selaku penyelia yang banyak membantu dengan memberikan bimbingan serta teguran yang membina sepanjang pengajian. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Penghargaan juga kepada semua pensyarah Program Sains Pembangunan yang telah banyak memberi tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung sepanjang pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala ilmu dan dorongan yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

            Istimewa penghargaan ini ditujukan buat keluarga tersayang yang sentiasa menjadi pendorong dalam meneruskan perjuangan ini. Terutama bonda kesayangan Saaniah Binti Mat Jaafar yang acapkali mendoakan kesejahteraan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian dan Allahyarham Ahmad Saidi Bin Razali yang menjadi pembakar untuk mencapai angan-angan yang makin nyata. Al-Fatihah untuk ayahanda, semoga di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seterusnya, penghargaan ini ditujukan buat Kakta, Angah, Alang, Uda, Eda dan Ebi yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberikan kata-kata semangat dan peransang untuk meneruskan perjuangan. Pengorbanan, kesabaran, ketabahan, semangat, sifat memahami dan bantuan kewangan dari kalian mendorong diri ini untuk menyiapkan kajian ini. Teristimewa untuk anak buah kesayangan Kak Long Anje, Kakak Puteri, Intan, Abg Long, Abg Ngah, Dik Kuan, Leesya dan Dik Hadif, semoga kekuatan Mak Cik menjadi penguat iltizam untuk kalian terus maju dalam kehidupan. Kepada Abang Ipar (Abg Wan, Abg Zulpahmi, Abg Amid dan Abg Hisham) yang sentiasa membantu, jasa kalian seringkali disemat di ingatan.

            Buat rakan-rakan seperjuangan, pengalaman, galakan, gelak tawa, tangisan dan tunjuk ajar kalian menjadi hadiah yang tidak ternilai. Terima kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan yang dipamerkan. Tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan dalam proses menghasilkan kajian penyelidikan ini. Segala nasihat, kerjasama, bantuan dan jasa baik kalian semua amat saya hargai. Tanpa anda semua, mungkin kajian penyelidikan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman yang dikutip bagi menyempurnakan kajian ini tidak ternilai harganya. Semoga Allah S.W.T jua membalasnya.

Sekian, Terima Kasih.

Zurina Binti Ahmad Saidi (P 69456),
Program Sains Pembangunan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor.

Note: Cuba bayangkan, sambil menyatakan penghargaan, airmata juga meluncur laju.
           Hati Cik Ina mudah sentap nampaknya. Hehehehe!!

2 comments:

  1. tahniahh akak... dapat setelkan tesis,,, bbangga.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih ye dik, Alhamdulillah, bangga sangat!
      Kita enjoy dulu..hehehe

      Delete