Friday, 3 April 2015

:: FESSAT XIV ::


:: Festival Sanjungan Satria ::

Program? Banyak sangat. Tak semua program Cik Ina ada sepanjang masa.
memandangkan felo jugak diberikan jadual bertugas (takdak la bertugas), untuk berada sepanjang program FESSAT berlangsung.

Cik Ina belum apa-apa dah pilih tarikh. Hehehe!! Memandangkan felo pemantaunya semua lelaki (felo Lukman, Felo Syafiq &Felo Hidir), Cik Ina tak berapa tahu sangat perjalanan program. Tapi tahu la. Cuma tak mendalam. Yang pasti Jumaat Petang memang Cik Ina ambil sebab Pesta Makanan adalah dibawah portfolio Cik Ina. IPK (Integrasi Perpaduan Kaum). 

Cik Ina rangkumkan semua sekali la ye!! Amboii, tak adil. FUS cerita bagai nak rak. Bila tiba fessat celam-celut je ye Cik Ina?? Ala, boleh la! Boleh la.

26 Mac 2015 (Khamis)

Malam Perasmian
Best! Awesome! KTHO kan kolej palapes. Haruslah ada persembahan daripada Palapes.
Terbang-terbang la deorang dekat api. Tembak-tembak. Pe'rak sebab ini kali pertama tengok.

Selesai Malam Perasmian, post-mortem kali 1. Done!

27 Mac 2015 (Jumaat)

Pesta Makanan

Banyak wooo makanan. Hanya bayar RM2. Boleh makan 26 jenis makanan yang berbeza. Ada dari Sarawak, Sabah, makanan Palapes. Ahhh. Tak tahu nak cakap la. Makan jela.

Laksa sarawak
1st time makan laksa Sarawak. Tambah 2x. Ala!!!

Puan Kas, Cik Ina & Zety
Cik Ina pergi temankan Puan Kas buat No baru. Katanya hilang! So, Cik Ina invite terus datang tengok program Fessat KTHO. Tengok dia happy je. Cik Ina pun enjoy.

Penipuan HP Oppo
Penipu! Hilang jerawat Cik Ina. Masa ini tengah temankan Puan Kas mencuba baju palapes.
Tengah-tengah berphotolicious tu dengar pengumuman

"dijemput Cik Zurina, Felo Pemantau diiringi Lee Song Yung, Pengarah Projek Pesta Makanan untuk menyampaikan cenderahati........."

Hahaha, belari la Cik Ina. Maju betul la. 
Pertandingan Nasyid
Peserta semuanya kumpulan lelaki. Sambil makan, sambil dengar zikir-zikir dari kumpulan yang bertanding. Fuyooo!! Terisi hari Jumaat Cik Ina dengan perut yang kenyang, halwa telinga yang menghiburkan.

Juara Pertandingan nasyid (UPM student)
Asalnya Cik Ina diminta untuk memberikan hadiah kepada pemenang. Tapi, cuba bayangkan. Cik Ina bukan proper pakaian Cik Ina.Tetiba tengok Felo Hidir datang lepas kerja. 
Tolong bagi hadiah, boleh? 
Hehehe!! Bagus la. Tambah lagi Hidir pun pakai baju melayu siap bersampin, dah tu pulak
peserta semua lelaki. Tak elok betul la kalau Cik Ina yang menyampaikan hadiah. Tak gitu??

Rehearsal untuk Malam (Ceramah)
Petang tu kita buat rehearsal memandangkan Dato' pun bakal ada malam ini. Cik Ina membetulkan teks MC dan try buat rehearsal agar perjalanan malam karang tidak serabut dan mengikut flow yang ditetapkan. Cik Ina bersama-sama dengan Felo Zety.

Mungkin sebab AJK-AJK FESSAT bukan merupakan AJK MAP/FUS. Jadi deorang tak berapa mengerti cara kerja kami berdua. Tapi tak apa, kita cuba selesaikan masalah-masalah simple ini ye adik-adik sekalian.

Cuma ingin Cik Ina pesan.

Jangan biarkan emosi menguasai tindakan kita.
Boleh membawa lahar dan berantakan. Faham.


Suami Isteri
Ya Allah. Lembutnya suara Ustazah. Dari pengucapan beliau, tersangatlah beliau menghormati suaminya. Adoiii. Ni yang buat Cik Ina cair ni. Cik Ina siap buat note lagi. 
28 MAC 2014 (Sabtu)

Anak-Anak Yatim dari Buah Hatiku
Pagi? Cik Ina tak turun. Felo lain pulak take part. Lagipun Cik Ina kena siapkan pembetulan.
Tengahari baru turun. Tengok anak-anak yatim. prepare rehearsal .  


AJK dan Anak Yatim Buah Hatiku
Cik Ina perhatikan sahaja. Sedih oii. Tapi kanak-kanak ini enjoy je.

Petang. Tunggu mereka rehearsal. Okay! Balik bilik. Bersiap untuk Malam Penutup.

Malam Penutup
  Malam penutup. Kita ada artis jemputan. Drama Band dan Nadeera.
Apa yang Cik Ina nak cakap, nasi ayam bestt!!! Hahah! Laapoooo.


Tuan Belog jorenpena
 Akhirnya. 

Selesai FESSAT .

Walaupun terdapat kekurangan dalam program tersebut. jadikan ia sebagai learning process.
Tak semestinya Cik Ina betul belaka. Ada perkara yang Cik Ina tak berapa pasti.
Haruslah rujuk kepada yang lebih pakar. Program yang dilaksanakan menelan belanja yang banyak.
Oleh itu, grab that knowledge, kumpul segala kenangan.
Biar jadi kenangan terindah.

Kepada Husseinians,
Cik Ina gembira dengan kejayaan ini.

Kepada Cik Ina,
take notes bagi apa sahaja permasalahan yang timbul. Jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik dari hari ini. Cewaaahhh!!!!

FESSAT melabuhkan tirai dengan keuntungan RM 6k, MAP???

Tunggu MAP kali ke-14 ye MLA.

No comments:

Post a Comment