Friday, 3 April 2015

:: Chocolate Museum ::


:: Cuti Terakhir Kaklong Anje, Kakak Puteri & Intan ::

Memandangkan minggu cuti Puan Emak di Mekah. Memandangkan kelas tambahan.
Memandangkan cuti-cuti pun tetap sekolah. Ahhh, apalah maknanya cuti tanpa berjalan.
Akhirnya mereka buat keputusan jom berjalan selepas ambil Puan Emak.

Hahaha!! Kesian anak buah Cik Ina. Cuti kali ini tak kemana. Ke Air terjun pun tak. kesian betul.
Kejam betul mak-mak sedara deme ni. Hahaha!!

Kota Damansara
Tak jauh pun. Dalam 25 minit je perjalanan. Masa kitorang sampai, ada 1 rombongan keluarga bomba kot. So, ikut sekali la. 

Dekorasi di dalam
Tak rugi masuk dalam. Dapat cekelat percuma. Tapi Cik Ina tak minat sangat. Bebudak suka la sampai beratur. 

Us
Jadilah. Janji deorang enjoy sebelum masuk sekolah.
Dalam jadi-jadi tu, habis jugak la duit mamanya, nak itu ini. Hissshh, Cik Ina tak minat cekelat-cekelat ni. Cik Ina suka kopiko!! Zaman sekolah dulu-dulu.
Buat hilang ngantuk. Cekelat yang ini boleh mendatangkan kegemukkan sekiranya pengambilan berlebihan. hahaha. memandai je kan. 

Sekali lagi. Free style
Kalau tengokkan photolicious ini. Macam good-good je anak buah Cik Ina ni. Tapi kalau tak dapat. Mongo sampai 3 jam. Tau ke mongo tu ape?? Nangis!!
Kalau sorang kasut baru, yang lain pun WAJIB kasut baru jugak.

Mereka semakin demand!! Hahaha!!

KakLong Anje tanya Cik Ina

Kak Long : Makchik, makchik dapat baucer buku kan?
Cik Ina : Haah, tapi peruntukkan untuk kome disekat sikit la. Hahaha
Kak Long : Alaaaaaaaaaa!!

Hahaha! Kena tipu sungguh. Yang bagusnya anak buah Cik Ina ni bukan apa, cinta buku. 
Jadi tak hairan BM Penulisan dan Pemahaman A semedang. 
Hadiah pun macam tu jugak. UPKK dah selesai, tapi nak hadiahnya lepas UPSR.

Katanya nak tab macam MakChik. Apa la KakLong ni, hujung tahun ni, design lain dengan function lagi advance lagi tahu tak. Bukannya dia tahu. Hahaha!!

Tempat demo buat cekelat
Kita pun tengok la. 

Cik Ina dan Eda
Kalau keluar orang ingat Eda adik, Cik Ina kakak. Kalau keluar tiga orang, Cik Ina, Eda dengan Ebi. Orang akan ingat Ebi kakak, walhal bongsu.
Susah jugak ye!! Nak kurus la kalau gitu. Haha, dalam mimpi.

Okay. Jom balik Changkat Lada. Jagai Puan Emak. Almaklumlah, perubahan cuaca!
Puan Emak batuk. Demam tak. Deorang semua dah start sekolah. Jadi, tugas Cik Ina tengok-tengokkan Puan Emak. Teman pergi klinik. Selesai!! 
Pulang semula ke KTHO tercinta untuk program FESSAT.

Setiap yang berlaku dalam kehidupan ini adalah caturan dari-Nya
Yang terbaik seringkali diidamkan oleh kita,
Namun, perkiraanNya lebih dari cukup.

No comments:

Post a Comment