Monday, 13 April 2015

:: #bukubulanini : TGNA dan DIAgnosis2 ::


:: Taktahu nak baca apa dah ::

Habis dah! Tak tahu nak baca apa lagi dah. baca mukabuku pun sepanjang masa, sampai naik pening otak. Apa ke bendanya ni? Kalau tengok on9 news, mesti pasal kes bunuh, kerat-kerat, accident. Auoocchhh, ngeri. Tak ada ke kisah yang melapangkan dada, mencerna kefahaman. 
kadang-kala yang tak payah nak dihebohkan didunia pun diviralkan sampai boleh mendatangkan fitnah dan ketidakpastian maklumat. Amboiii !! tetiba rasa macam good-good je Cik Ina nie. Walhal dah jemu la tu dengan facebook.

Ala, FB jarang-jarang tengok. Tapi, kalau tengok, lama ya amat. Kadang tu rasa menyesal pun ada. kalau la masa ini Cik Ina buat assignment ke, apa ke. Tak ada la membazir masa. Konnonnnnnn sangat!!

MLA, Cik Ina nak mengadu domba. Boleh tak ni?
Cik Ina dah 3 bulan tak beli majalah. Majalah DARA, NUR, Hijabista dan Majalah picisan yang lain. Selalunya akan spent money RM35 untuk majalah sahaja. Kenapa? Why? Why? Why Cik Ina dah tak hectic nak membuat koleksi dah? Mengapakah! Ahhh, tak faham dah dengan jiwa dan perasaan ini.
Kenapa tak nak beli majalah-majalah-majalah dah ni. Dulu kegilaan sungguh. Kenapa ye??

Cik Ina menemankan bonda Mie pergi beli mouse, katanya senang nak cut paste data SPSS. hah, memang la. Tapi yang Cik Ina pun menyibuk sama dah kenapa. Sebelah booth tu ada jual buku, sambil-sambil tu cuci mata, terus terpandangkan buku Tok Guru sebuah biografi awal. 
Lah, dulu lagi cari dekat POPULAR dengan MPH. Katanya habis stok. Sampai terlupa kot!
Tengok, ada orang jual. Okay! Ambik.

Bila baca? Lambat lagi. Slow-slow baca. Sebab nak faham bukan senang ye!
Sedangkan buku Doktor Umum pun ambil masa 6 bulan nak habis. Hahaha! Nampak sangat pemalasnya Cik Ina.

Admirer both of them
Nak tahu tak macam mana cara Cik Ina baca buku ilmu macam ini?
Caranya sama macam Cik Ina buat masa Tingkatan 6 bila mana nak fahamkan SEJARAH.
Almaklumlah, peminat tegar SEJARAH Malaysia. Kalau tak, takkan dapat A ye SEJARAH STPM.
Gileeee la. Walhal, apa ada dengan SEJARAH? SEJARAH banyak membohongi Cik Ina.


Caranya?

Sambil baring atas katil, bawak sekali biskut plus air teh ke kopi ke nescafe ke!
Sediakan highligter sekali, pastikan bantal lembut.
Most important pasang lagu hindustan yang melelehkan, maknanya lagu jiwanag-jiwang.

Haah! Mesti simpan dalam inbox otak. Percayalah!

Berkesan tahu tak kaedah P&P Cik Ina

Baru page berapa tah. La ni pulak terbeli buku baru pulak. Konon menemankan Mazian pergi beli baju. Termasuk ke MPH. Terus nampak buku ini, terus beli. Walhal buku DIAnogsis1 tak baca pun lagi. DIAgnosis1 beli tapi tak baca sebab tak tahu kemana menghilangnya buku tu. Nak beli lagi, aishhhh...macam tak je. Ala, Cik Ina tahu, mesti dah tersimpan sekali dengan buku-buku lain dekat rumah MakNgah. Nak selongkar balik, malasnya!!

DIAgnosis2


Seperti Chicken Soup With The Soul

Well, bahan bacaan macam ni memang mudah dihadam. Macam baca CSWTS je. Simple, mudah faham, jalan penceritaan yang bersahaja. Cuba MLA bayangkan DIAnogsis1 tu, tak berbukak pun plastiknya lagi. Macam mana ni? Hahaha.

Sesuatu yang menarik perhatian Cik Ina untuk terus bukak balutannya adalah dari kata-kata tersebut

"Moga sekuel DIAnogsis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka. Bacalah dengan namaNya." - DIAnogsis2 (2015)


Walaupun baru melangkau page 34, buku ini menarik-narik minat untuk terus selak ke halaman seterusnya. Tapi, Cik Ina lebih suka membaca di kala sedang bersusah hati. Memang akan membantu. Percayalah.

Notajiwa: Nak baca mana satu ni? Kejap selak buku TGNA, kejap buku DIAgnosis! Hahaha.


No comments:

Post a Comment