Monday, 9 March 2015

:: Tuhan, Jaga Dia Untukku ::


:: Tuhan, Jaga dia untukku, kala ku masih jauh, bagai menghitung resah berkepingan berderaian ::

One happy family at home

Pekk!! Terus tempek sekeping photolicious one family . Nampakkan!!
Sedu sangat ini, nak nangis pun ye. Puan emak sekarang sedang berada di Cairo. Syukurlah, dapat tengok photolicious yang dihantar pun dah boleh melegakan gundah gulana yang ada dalam diri.

Bukan senang nak membiarkan Puan Emak sendirian. lagipun, selalunya ada Alang, takpun adik yang akan follow dan rajin membawa Puan Emak ke hulu ke hilir. Tapi kali ini, Puan Emak sendirian tanpa anak-anak disisi. Itu menakutkan. Tapi, Allah SWT kan ada.

KepadaNya kami berserah segalanya.

Masih mampu tersenyum
Yakinilah. Puan Emak telah dijemput sebagai tetamu Allah. 
Itu jela kata hati kecil. Supaya tak disoal banyak-banyak.  

Sebahagian cucu Opah Lijah
Sampai-sampai terus main kejar-kejar. Ikut kome la. Jangan hilang sudah. 

Welcome to KLIA
Bila besar nanti, kalau tengok balik photolicious ini mesti kome happy punyalah. Hehehe!!


Tuan Belog JorenPena
Be Yourself.
Suka Cik Ina tekankan. Jadilah diri sendiri dalam mengharungi kehidupan anda.


Beg Puan Emak
Puan Emak bawak dua beg saja. Satu beg besar, satu beg kecil ini.
Untuk keselamatan ye. Orang pakai semua sama, ada yang letak bunga sebagai penanda,
yang tulis dekat kertas pun ye. Tapi Alang, terus tulis nama, alamat rumah, no tel sekali.
Kalau hilang, minta la tolong call ke, hantar ke.

Untuk memudahkan Puan Emak pun ye. Dari kejauhan dah boleh tahu, ini beg Puan Emak. Hehehe!
Orang lain tak buat gini, Puan Emak je. Mantap la Alang. hahaha!! 

Taklimat daripada Ustaz Khairul Anuar
Beliau yang akan sentiasa bersama dengan jemaah. Masa beliau perkenalkan diri, tahulah sikit serba sedikit latar belakang ustaz ini. ni no ustaz khairul ni, 01111850977. kalau-kalau nak tanya apa-apa la berkaitan kelancaran umrah kumpulan ini.

Jemaah yang pergi dalam 30 orang, yang hantar hampir 100 mungkin. Alhamdulillah!!

Semoga semua sihat hendaknya. Selamat pergi & balik. Amin, Amin.

Selesai hantar. Kitorang tak balik lagi. Pergi la follow sampai ke anjung tinjau.
Kot-kotlah boleh nampak Puan Emak. Hakikatnya malam kot. mana la tahu flight yang mana satu.
Semua poyo!!


Which one??
Kelakar je. Kejap ke depan, kejap ke kiri, kejap ke kanan. main teka-teka mak naik yang mana satu.
Adoii la hai. 

Candid from KakLong Anje
Tengokla. Nampak sangat perak nya. Ada kerusi, sanggup menapak dekat situ.
Dok main teka-teka yang mana satu.
Penyudahnya senang je, flight mana yang gerak pukul 9.30, itu Puan Emak la tu. Hahah!!

Dapat photolicious wassap dari Haidir, lega sangat. Puan Emak dah duduk dalam flight. Tengok selesa je. Kita pun gembira. Syukur sesangat ada jugak orang boleh tengok-tengokkan Puan Emak. Almaklum la, satu group tu memang veteren belaka. 

Apapun, sekarang Puan Emak dah ada dekat Cairo.
Tak dapat nak call sangat la. Dapat perkhabaran sikit-sikit pun jadilah.
Syukur! Syukur Alhamdulillah.

Tuhan,
Jaga dia untuk kami semua.
Semoga Puan Emak dan kumpulan dirahmati, 
diberkati malah dititipkan rasa rindu itu,
Agar ketenangan kami disini disaluti rasa kasih & sayang itu.

Semoga sepanjang perjalanan itu dilindungi olehNya. 

Amin Ya Rabbal Alamin.


No comments:

Post a Comment