Tuesday, 3 March 2015

:: Result UPSR, PMR, SPM, STPM ::


:: Cik Ina bukan top student di sekolah ::

Yeppp!! Dari kecil bawak ke besar, result keputusan Cik Ina bukanlah straight A macam kebanyakan kawan Cik Ina yang sekarang ini dah kerja bagus-bagus. 

Diberi kesempatan menjadi perwakilan MUBARAK MALAYSIA dan penganalisa Perwakilan Parlimen
Dulu, bila Cikgu tanya "bila besar nak kerja apa?". 

Ayoyoyo!! Cik Ina ikut je kawan cakap.

Saya nak jadi Cikgu !

Saya nak jadi askar !

Saya nak jadi Doktor !

Saya nak jadi Lawyer !

Wahhh!! Bagusnya. Ikutkan kata hati je dahulu. Almaklum la, result Cik Ina tak gempak mana. Tak konsisten. Itu jawapan Cik Ina bila mana disoal Tan Sri dulu. Iyeee, saya punya keputusan tak konsisten. Ikut aci dan je la, tapi dapat hidayah masa di Tingkatan 6. 

Hahaha !! Lambat pulak tu keinsafan hadir dalam diri.

Sangat bersyukur. Rezeki dapat RM1500 daripada kerajaan Negeri.
Terus beli laptop. Beli itu, beli ini. Hahaha!!

Lagi rasa riak takbur hasad dengki bila mana Cik Ina seorang sahaja yang layak masuk USM. Uwaaa!!! Riak tu weh ! Takbur tu dah mencacak-cacak dah tu. Jahat Jiwa masa tu. Niat masuk USM pun dah larik dari makna asal sambung STPM dulu. Ewahhh!!

Di USM pun, result tak ada la konsisten sangat. Kejap dekan, kejap tak. 
Kejap kerja, kejap sleeping ugly dalam bilik.
Kejap buat assignment member, kejap assignment sendiri pun tak setel.

Ala MLA, kehidupan di kampus. Mesti tahukan!!.

Tapi, apapun.....

Bukan tentang kehidupan yang Cik Ina nak tekankan.
Cik Ina nak bagitahu!!

Keputusan SPM bukan penentu segalanya.
 Jangan risau untuk meneruskan langkah kedua.
Terkadang, permulaan langkah pertama itu penentu kejayaan masa depan kita.
Jangan sedih tersembam di bumi yang hening ini,
Bangun dan penuhi rasa di jiwa.
Bangkit dari segala kepedihan semalam.
Percayalah,
Ada sirna menanti dihadapan.

Insha Allah.


No comments:

Post a Comment