Tuesday, 17 March 2015

:: Festival Usahawan Satria 2015, KTHO ::


:: Kerjasama + Semangat + Azam + Keyakinan = FUS 2015 ::

Hari Penutup bersama Dato' Samsu & Exco FUS

Festival Usahawan Satria (FUS) 

Nak mula dari mana ye? Dari mula meeting ke atau terus ke point utama pada hari kejadian??
Almaklumla kan, sebelum nak sampai ke event ini, pakat semua kena marah kencang, kena tocer, kena itu, kena ini. Tiap post asyik kena bantai je dalam wasap group

Tapi Alhamdulillah. Yang seronoknya, ini kali pertama kita buat luar UKM. Bangi Gateway.
Dana pemasaran pun mantap. Boleh dah buat baju dress ke, kemeja ke!!


Banner

13 Mac 2014

Hamboii, tak menyempat terus state tarikh. Pagi Jumaat Cik Ina kena jumpa Ketua Program. Ada discussion tentang viva Cik Ina semalam. Sejam lebih face-to-face dengan Dr Hair. Hati pun gundah-gundah gitu. Memandangkan pagi-pagi, AJK dah setup tempat. Nak rehearsal lagi. Tapi tak apa, Cik Ina yakin dengan felo pemantau 1, Zety. Ewahhh!!

Bagus la Felo Zety ni. Nak kasi thumb upssss bebanyak. Tanpa dia & the geng macam Iqbal, En Bf Zety & sorang lagi lupa dah namanya sapa, memang protokol FUS caca-marba.
Yang bestnya kengkawan Zety ini, tak payah bayar pun. Siap datang tolong mengajar bagai hal protokol. Bukan calang-calang orang. Deorang ini memang khas protokol kerabat diraja-diraja ni.
Jadi, tak heran kalau deorang boleh ajar.
Thanks ye adik-adik Cik Ina oiii !!

Setup kawasan

Masa setup-setup Cik Ina tak ada. Cuma dapat tenung melalui wassap jela. Yang maha penting sekarang. thesisfie yang nak sampai titik akhir. Hewaaaahhh!!!.

5 Ptg. Perasmian Pembukaan Festival Usahawan Satria 2015. 

K.A.M.I Felo KTHO
Perkenalkan MLA. Felo Zety, Felo Mazian dan Cik Ina la. 

Menariknya (eh, menarik ke?), okaylah. Menariklah. Sebab kita ada retis jemputan. Siapa?? Siapa??

Ye. Encik Mimpi. 

Okay. Fine. Tak kenal siapakah beliau. Masa meeting pun Cik Ina tak concentrate sangat dengan keexcitedan exco tentang En. Mimpi ni. Okay. Kita sembang di entry lain ye.
 

Pok amai-amai!!
Cik Ina tak tahu mengapakah Cik Ina excited. Masa ini tengah potong reben kot. Aisshhh!!!
 

Nyanyian dari En. Mimpi kot
Selesai Majlis Perasmian FUS 2015. VIP diminta untuk melawat tiap-tiap booth yang ada. Support sikit ya. Cik Ina pulak dok sembang dengan AJK FUS, tanya itu ini. Perjalanan program hari ini, Alhamdulillah. Dari mula acara, sampai ke akhir, Cik Ina berpuas hati sangat.
Walaupun ada sikit-sikit silap, macam PA System, En Mimpi nak menyanyi sound dia tersekat di skala 3 pun tak apa. Janji, korang enjoy.

Setel. Jom makan-makan. Itu terbaik. Nama makan, Cik Ina lah yang seronok. Sambil makan, sambil mengumpat, sambil jeling. Ko jeling aku, aku jeling ko. Itulah kekdahnya ye!.

Senja = Post-mortem!! Thumb up sekali.


14 MAC 2015


 Amboii Cik Ina, kalau meeting, 10 minit sahaja lewat. Kalau dia lewat sampai sejam tak bising. Cisss!! Okay. memang la kata pukul 11 nak datang, tapi tengah duk mengadap laptop lagi.
Kena buat pembetulan masa tu jugak. So, Cik Ina datang pukul 12.15 gitu la.

Ala, korang pun baru nak start kan. Hah, mula balik!!

Terteleng-teleng kepala Cik Ina
Haruslah. Kena abadikan mun sekeping ye photolicious disini. Tanda menjointkan diri. hahaha!!

Cik Ina dan bonda Mie
Ye betul. Dimana Cik Ina, haruslah bonda Mie pun ada. Tapi bukan nak teman sangat tu. Nk bergambo dengan En. Mimpi. Ciss, mie.. Ada matlamat lain nampak.

MLA tahu tak?? Nampak tak bebior (bibir) Cik Ina tu. Sakit wooo!! Buku thesisfie setebal 300 pages telah menhempap dan menodai bibior Cik Ina. Tah macam mana malam tu, letih sangat kot, tertidur bawah meja study, kot tangan Cik Ina tertolak-tolak meja tu, buku atas tu boleh jatuh. Extreme betul la thesisfie ni.

Bangun terus nangis. Okay! Bagus. Nak mengadu, takada tempat. Almaklum la, pukul 5.45 am. 
Sendu sorang-sorang la.

Okay! Selingan cerita nampak. Bhahahaha!!

Tak nak itu, tak nak ini
Bila Cik Ina conduct. Itu tak nak, ini nak. Nasib la ye. Ehhh nak tanya, hurmmm tak ada apa la.
Nie candid joren bonda Mie. Hari ini kita rehearsal untuk bual bicara bersama Dai'e Adibah dan Ustaz Khairu ye.

Note penting: Apa-apa pun, rehearsal wajib buat. Wajib.

Petang, yang handle post-mortem Hidir. Cik Ina taknak masuk campur. Lantak kome. Kan dah kena.
Tula, tapi tak apa. jadikan ia sebagai pengajaran. lain kali tak mahu buat simple mistake macam tadi-tadi-tadi ye.

15 MAC 2015

Majlis penutup yang dirasmikan oleh Dato Pengetua ye. 

Tapi tak tahu mana salahnya, tak ada la berterabur habis. Tapi tak selancar hari Jumaat Sabtu. Tapi taknak dah komen-komen Ahad ini. Jadikan Ahad ini sebagai pengajaran yang tak boleh dilupakan ye. Tak mahu lagi berlaku sedemikian rupa lagi. 

Mula start pagi, momentum bebudak ni larik. Dah mengapa pulak.
Dari pagi-tengah hari- petang

Program bersama anak-anak yatim.

Program Anak Yatim
Persembahan rhapsody


Rhapsody KTHO

Ini kali pertama Cik Ina dengar. Okay!! Okay!! Cik Ina kasi berbintang-bintang. hehehe..

Jeling-jeling hati berkenan

 Sambil-sambil tunggu majlis penutup, jom jalan-jalan. Mana tahu. Hahaha!!

Teman setia Cik Ina

Tahu tak MLA. Kitorang datang naik Mr Red Cik Ina je. Tak payah beria nak naik kereta Mie. Jemm krengg!! Konon. Walhal dah lambat. Naik motor cepat sampai. tak sampai 5 minit. Fuhh!! Apabila minah rempit bersatu dengan Ciktakberaninaikmotor. Hahaha. Sorry Mie.

Ketidakbertuahan Cik Ina
Nak jugak. Walhal tahu  % nak bertuah tu tak kot. Hahaha!!

Akhirnya, Festival Usahawan Satria 2015.
Cik Ina berpuas hati sangat. Tak apa, mana kecelaruan yang kita nampak, jadikan ia learning process untuk korang ye. Lagipun program ini melatih korang berurusan dengan orang ramai. Ada orang besar, ada orang kecil. Ada artis, ada retis. Ada macam-macam ragam.

Apapun, Cik Ina suka bekerjasama dengan korang semua.
Lagipun ini baru langkah pertama kot.

Kita ada Mega Event ye bulan 5 ini.
Belum selesai lagi perjuangan kita ye. 

Malam Anugerah Pelajar Kali ke-18.

Nantikan !!

No comments:

Post a Comment