Tuesday, 17 March 2015

:: En. Mimpi & Cik Ina JorenPena::


:: Haruskah tajuk begitu?? alrite!! Abaikan ::

Sesiapa yang rapat dengan Cik Ina akan tahu perangai, ragam dan minat Cik Ina. jauh bezanya.
Cik Ina suka lagu hindustan soni-soni ka dolle lokka, Ek pyar, Teri Meri Remix. Amboiii!
Cik Ina tak suka lagu mendayu-dayu dan lewah. Lagu negara seberang contohnya. 
Ada suka, ada so-so, ada yang tak minat langsung.
Lagu omputih?? Ada la sikit. Memandangkan BI tak pandai. 

Bila exco program kata ada En. Mimpi. Pun Cik Ina tak take note memandangkan ditangan kanan memegang buku felo, dikiri tangan memegang ana'sue na-mun. Ahh!!

Janganlah kata Cik Ina tak menghargai artis tempatan. Tapi Cik Ina tak berkesempatan nak mempunyai penghargaan itu. Ahh, apakah ayat itu berbelit-belit. Tapi kalau Zul Ariffin, Cik Ina ada masa nak hargai okay!! Hahaha. Itu Cik Ina kenal.

Encik Mimpi

Jangan kata Cik Ina tak alert   tentang En. ye. Malam sebelum perasmian, rajinkan diri selama 3 minit untuk menzahirkan rasa berterima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke program FUS ini.

Minit pertama. Lagu apakah beliau nyanyi?? 
Oppsss, tak tengok cerita Playboy Itu Suamiku. Lagu runut rupanya. Okay!

Minit kedua. Macam mana orangnya??
Aik, kenapa dah bertopeng macam zorro ni.
I want to spent mylifetime loving you. Hah! Dah terus nyanyi lagi zorro la macam ni. 
Ahh, lantak la.

Minit ketiga. Siapa dia ni?

Tok-tok. Bunyi pintu kena ketuk. Ala bebudak ni, time orang tengah syok-syok baring-baring sambil dengar lagu soni-soni ka dolle lokkha ni ada je yang suruh tengok teks ucapan la, itu la.
Ni nak makan lebih malam ni. Kekdahnya pulak.

Makanya, minit-minit seterusnya terabadi sebegitu sahaja.

kekoknya rasa photolicious yang ini
Kan! Kan! Lagi sekali la.

Hah, tak kekok dah.  Malam itu yakin la nak upload dekat wechat. Hahaha!!

Status tak menahan. Ada je yang tak kena dimata. Why?? Why Cik Ina??
Kan dah cakap. Cik Ina tahu dah. jenis jiwang-jiwang karat. Tak lain mesti Dayah. Siap kata sinta hati la. Alahai.. hensem la. Walhal En. ini bertopeng. Tengok dari bibir la, apa la.
Sangat statement okay.

Yang tak menahan tu, diminta Cik Ina sampaikan pesan

I love you Muah, Muah 2 kali

Motipp?? Dah kenapa pulak Cik Ina yang kena sampaikan. Kalau tak sampaikan, tak tidur malam. Whattt??? Okay! Esok akan disampaikan pesanan tak ikhlas dari Cik Ina. Kalau tak bff out of service.  Hamboiii!!

Again. U deserve it Dayah
Keesokkannya. Setel rehearsal . Cik Ina pun rasa perjalanan hari Sabtu okay. Duduk sambil tengok bebudak ini set up  apa patut. Bonda Mie pun ikut sekali. Nak bergambar kononnya. Okay! Kita layankan sekali lagi.

Yang sebenarnya dah terlupakan pesan Dayah. Hah baru teringat. Cik Ina dengan rasa rendah diri sampaikan pesan. Hoii, dah apesal ko suruh sampaikan salam pesan-pesan ni. Nie yang joren ni.

Kalau kawan awak muah muah 2 kali, saya punya muah muah muah 3 kali.

Ohhemmgeee!! Apakah??

Okay!

Status Cik Ina, salam muah muah!! eeewwyuuu!!

Hoii, ini bukan zaman sampai salam-salam lagi dah ye. Bukan zaman kita dekat sekolah dulu!
Tapi tak apa la. Dah orang suruh.

classmate Cik Ina tanya, apa yang Cik Ina dapat sepanjang Cik Ina observe beliau.
Amboi, nak tahu. Konon katanya skala berapa Cik Ina nak letak?
Sampai hati awak, ada ke nak bagi skala-skala. 

Ada ke tanya Cik Ina soalan USM. 

1. Apakah makna disebalik topengnya?

No komen. (tipu)

2. Apakah reaksi pertama dia?

Hurmmm, itu! Ini! Sana! Sini. Wehh korang jangan la. Nama dia baru nak naik. Ate cuba bagi peluang. Apa yang penting, dia kena belajar untuk adapt dengan persekitaran, cara pembawakan diri.
Mungkin dia perlu ambil kelas soft skills. Hah, felo Mazian memang pandai bab-bab soft skill ni. hehehe!!

3. Overall review dari Cik Ina dengan satu perkataan sahaja?

unreasonable behaviour

Akhir kalam, kepada En. Mimpi a.k.a EM.
Good Luck. Pesanan salam muah muah muah 3 kali awak telah disampaikan kepada yang berhak. hahaha. Semoga awak berjaya disebalik sembunyinya identiti asli awak.
Tidak perlu mengubah yang sedia ada andai ia terzahir suatu ketika nanti.

Soalan Cik Ina satu je, sebab tengah nyanyi En. Mimpi ada mention sesuatu.

Andainya diberi 1 pilihan, Andainya,hanya ada En.Mimpi, topeng itu, 
karya seni En. Mimpi dan 1 note lirik lagu yang baru (bukan kepunyaan sesiapa),
Apa yang akan dipilih?
1. topeng
2. karya seni sendiri
3. lirik lagu baru

Fikirkan jawapannya! 
Percayalah soalan ini menjerut. Hehehe!!
Till then, selamat bermimpi.



No comments:

Post a Comment