Thursday, 19 March 2015

:: Bertarung VIVA 12 Mac 2014 ::


:: Tersedu-sedu sebab dah VIVA ::

Hye MLA. Minggu lepas punya VIVA, minggu ini baru nak up entry pasal VIVA. Hectic sangat dah Cik Ina ini. Memandangkan setiap masa terasa kebusyan yang melampau. Apa orang kata, super duper busy sampai makan berlebihan. Dah mengapa pulak. Tula, nak salahkan thesisfie, walhal makan itu memang aktiviti sengkak di waktu kelaparan.

Dapat email untuk divivakan pada bulan lepas. Sambil-sambil busy dengan program KTHO,
sambil-sambil tu duk jeling-jeling jugak thesisfie. Bukan apa ya, takut la nanti bila disoal tak boleh nak jawab. Memang ye dah.

Soalan  menjerat, "kenapa guna analisis korelasi Pearson? Kenapa tak guna korelasi Spearman/Rho?"

"Kenapa guna purposive sampling? kenapa tak convenience sampling?"

Ahhh, tolong-tolong. Kalau macam ini, Dr OT pun tak boleh nak bantu. Hahaha!! Takat cakap dalam buku, tak membantu Cik Ina berhadapan dengan penilai ye. Ala !! Walhal dah prepare very well jawapan-jawapan tu, tapi bila berhadapan, hilang keyword-keyword penting.

Aaaaa...Aaaaaaa, saya aaaaaaa...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Bilik Mesyuarat PPSPP, Aras 4
Ye! Pagi-pagi lagi Kak Rafeeda call kata jangan lupa VIVA hari ini. Ohhh, Kak Rafeeda tahu tak? Saya tak tidur semalaman memikirkan apa nak bentang pagi ni. Semuanya tak masuk dekat otak ni, semuanya lost. Rasa macam apa mende tesis aku ni. Hah, sampai ke tahap itu sekali ye.


Sedang menanti penyelia, penilai dan pengerusi
Sambil-sambil terawal hadir. Kita set up apa yang patut dulu ye. Bukan apa, karang tak ada la kelam-kabut sangat. Masa itu la nak check, masa itu la semua benda nak hilang. Ahhh, itu perkara biasa ye, barang hilang-hilang. 

Keyakinan di skala 111%
Haha! yakin la sangat. Walhal sepanjang perjalanan nak ke bilik mesyuarat tak habis berzikir aihh,
minta tenangkan hati la. Jangan melalut-lalut la. Tula MLA tak tahu betapa banyaknya rasa dengan thesisfie ini. Hanya orang yang buat yang tahu. Bayangkan, ada je yang tak habis, berhenti dan macam-macam lagi. Semua sebab dah tak sanggup. 

Sama la kita sebenarnya, tapi memandangakan Cik Ina dah semat dalam hati,
by hook or by crook, kena siapkan sampai habis. Lagipun, tinggal sikit je lagi. tinggal sikit je lagi. Sikit lagi. 

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Selesai.
Ada yang Cik Ina kena betulkan. Macam dekat analisis. Intepretasi korelasi Cik Ina tak menepati.
Hari Isnin kena send pembetulan, sebelum dibukukan.

Syukur. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment