Sunday, 8 February 2015

:: Release tension : IOI City Mall ::


:: Tempat yang sesuai ::

Haiiya MLA. Bila mana hati stress sangat dengan thesisfie mulalah Cik Ina meraung keseorang dalam bilik. Tambah pula bebudak tak ada. Lagi la keboringan itu di tahap yang maha karya nak mengamuk pun ye. Sunyi je. Suasana tenang ! Bagus ! Tapi sunyi ya amat. Takut !.

Bila husseinians balik, dah bising pula. 
Jiwa betul la jiwa ni. Nak jadikan cerita sabturians  pula,
Puan Penyelia mesej suruh check email. Dah tengok dari awal lagi. Cuma malas nak reply,
sebab tak reply tu la memang boleh mendatangkan amarah. Padan muka Cik Ina.

Cik Ina tahu, mesti ada prolem dalam thesisfie Cik Ina.
Tu yang malas tu. Malas sangat ! Sebab tu bila orang tanya Cik Ina pasal thesisfie, memang akan rasa nak mengamuk pun ye. Tak tahu la.

Kalau orang lain boleh kurus sebab thesisfie , ahhh berbeza dengan Cik Ina.
Asyik nak makan-makan-makan-makan.
Sehari makan mesti sampai RM25. Mampu ko MLA? Itulah Cik Ina. Bengang punya pasal.
Dah balik bila, tengok je Mr Blue, mesti rasa bengang tak sudah. 
Inilah dianya perasaan bila buat thesis . Macam-macam weh oii.

Okay ! Abaikan bebelan di awal pagi ini.

IOI City Mall

Memandangkan kami-kami stress sebab takdak air dekat kolej, boring ya amat sangat pun, lebih baik keluar bilik !. Keputusan yang baik.

Pergi ambil Ju dekat Presint 11, terus pecut ke IOI. Memandangkan tak pernah masuk. Haruslah beriadah dari satu kedai ke kedai lain. Hehehe ! Hilang terus word thesisfie. Nampak mainannya.


Test ! Test !
Cuba teka outlet mana yang paling lama sekali?

Ye betul. Kasut !

Carlo Rino

Menemankan bakal pengantin untuk pilih kasut. Terminat pula dekat perfume Carlo Rino. 
Terpejam mata, kalau beli confirm kena marah punya. Baru 2 minggu lepas dapat free gift perfume .
Ini boleh mendatangkan amarah kepada si pemberi. Hahaha !

Asyik-asyik perfume ! Dah gila ke Cik Ina oi?

Makanya, haruslah kita temankan Cik Mazian memborong sepasang kasut special edition punya.
Hehehe ! Cik Mazian kata kalau pakai hati rasa berbunga-bunga. Amboi, metafora sangat ko dik!.
Cik Ina mampu gelak-gelak manja je.
Ikut kau la dik oi, janji bahagia bunga-bunga,

Cik Ina, Cik Ami, Cik Ju
Cuti-cuti memang ramai orang. Syok solat dekat IOI tau. Besar. Bersih. Tapi kalau dah ramai, sesak jugak la. Tapi tak apa. Cuma kalau boleh adaka1 section untuk para wanita cantik-cantik ni tempat untuk bersolek kembali. Hehehe! Ye la, deorang nak pakai tudung, nak calit bedak sikit, takdak ruang.
Sedihnya ! Kan kecantikan dan personaliti itu sangat hampir dengan wanita.

Tambah ruang ye IOI. Perempuan - Cermin - Mekap tak dapat dipisahkan !!

Setel tawaf IOI, jom cari buku - cari makan - cari air nak mandi.

Malam, balik bilik. Tengok Mr Blue, stress kembali.

Jom, tidur !


No comments:

Post a Comment