Tuesday, 10 February 2015

:: KTHO: Amukan Beruk ::


:: Emang dasar BERUK sungguh ::

No photo available. Takut punya pasal. Belum lagi action melompat dari katil. Pergghhh !.
Gegar adrenalin Cik Ina semalam MLA oii. Memandangkan semalam (Isnin 9/1) Cik Ina kena jumpa Puan Penyelia, dengan tak tidur malam siapkan GAYA UKM yang tak habis-habis tu, 
jumpa pulak Puan Penyelia sambil airmata nitik-nitik sebab tak pandai GAYA UKM.

Macam-macam la semalam.  

Dengan 2 jam setengah jumpa Puan Penyelia !
Dengan lapar tak ingat dunia !
Dengan ngantuk ya amat !
Dengan bilik macam Titanic karam !
Dengan baju tak lipat. Longgok-longgok atas meja !

Senang cerita,
hidup Cik Ina tak terurus sejak 2 menjak ini. Ini semua sebab thesisfie GAYA UKM yang tak habis-habis tu. Mencikkkkk !!

Petang tu , dengan tak makan, Cik Ina tidur. Ngantuk tersangat la MLA.
Dah syok-syok tido tu, tertiba dengar bunyi kaca pecah. pintu peti sejuk kena bukak. Dah kenapa pulak. Mata malas nak bukak lagi. Masih pejam. Tapi tak sedap hati. Bebudak Husseinians tak masuk lagi. Dah sapa pulak tu.

Sekali jenguk .

Melompat atas katil. Terus cabut keluar. Dengan tak berkasut. Tak tutup kepala.
Alamak !

Besarnya BERUK. taringnya besar. Mengalahkan bayi 6 bulan besarnya. Makaihh !
Nak nangis rasanya. Macam mana nak minta tolong. Takkan jerit pulak.
Ala, tertinggal phone pulak. Beranikan diri bukak pintu slow-slow, tengok-tengok mata En Beruk tu memandang tepat mata Cik Ina. Tutup balik pintu. Ini kali memang nak nangis dah.
Emang dasar beruk betul la. Tak pernah pun menceroboh bilik Cik Ina. Cubaan kali kedua, ketiga, keempat, kelima gagal dengan jayanya. Kali keenam, mungkin En Beruk tu masuk toilet Cik Ina kot, terus pedesup ambik phone . Call la sorang ini, alamak, tak tolong pun. Okay ! Fine !.

Call Cik Ami, minta no sesiapa. (phone Cik Ina prob, no tak naik). Tak sampai 3 minit pun, Abg Bob KTHO & the geng datang dengan mop ditangan Sekali dengan penyapu ! Hebat. Cik Ina memang nak menangis dah. Bayangkan. Dah la kita sorang-sorang. Bila kena jerkah bagai, baru si beruk tu melarikan diri.

Selamat ?

No !

Habis dapur Cik Ina, dengan sambal adabi Cik Ina kena makan. Dinding bilik kena conteng dengan sambal. Mee Megi berbungkus-bungkus kena koyak , telur 1 pak kena pecah. Siap lengkap pakej main baling-baling dekat dinding. Air Vitagen bertaburan. Roti kena carik-carik. Baju dekat ampaian kena salat dengan sambal. Pinggan pecah. Habis beterabur bagai Cik Ina punya dapur.

Sedih ?

Memang la. Sampai tak tahu nak mula kemas dari mana. Apa-apa kena tutup lubang yang membolehkan En Beruk masuk lagi. Trauma gila rasanya. Dari peti sejuk penuh dengan barang makan, sampai kosong jadinya. Memang beruk betul. 

Pengalaman betul la jadi Feloles KTHO ini. Hahaha !
Apa pun, bilik dah kemas. Memang browning habis bilik. Siap boleh menyanyi-melalak lagu akak Ziana la.

Okaylah ! Nak berjaga-jaga. takut En Beruk memerhati dari jauh. 


No comments:

Post a Comment