Thursday, 26 February 2015

:: Kenduri Doa Selamat UMRAH ::


:: Puan Emak akan ke Mekah pada 13 Mac 2015 ::

Alhamdulillah, selesai kenduri Puan Emak, merangkap la kenduri kesyukuran KakLong Anje sebab UPKK 7A 1C. Lagi seronok sebab dapat kumpul ketujuh-tujuh permata Ahmad Saidi. Ingat nak kumpulkan senang ke? Yang selalu troubleshoot nak jumpa KakTa dengan Uda. 

Deme berdua ini memang kena booking awal-awal. Kalau tak keroje semedang orang Perak kata.
Puan Emak dah pesan siap-siap, semua wajib ada. Cik Ina pun tak dapat nak join pendaftaran pelajar KTHO tau tak. gehehehe !!

Tapi tak apa, ada excuse. Bukan saja-saja tak datang okey!.

Perjalanan balik Cik Ina extreme sangat tau tak. Keluar pukul 9 sampai CL pukul 2 gitu. Ikut Kuala Selangor la, apa la. Tak pernah dibuat ikut jalan dalam. Konon nak lari dari jem di highway Plus. Cissss!! sama je. Padan muka Cik Ina.

Jumaat  (20 Feb 2015)

Cik Ina dapat berita emak Ainur meninggal. Innalillah. Memang tahu mak dia tak sihat. 
Ainur, moga ko tabah ye kawan. Apa-apa text aku tau.
Aku sentiasa dekat sisi ko. Insha Allah.

Selesai dekat rumah Ainur, si adik busu ajak pergi cari Sejadah dan Surah Yassin dekat Mydin.
Takkan Cik Ina nak tinggal sorang-sorang? Harus ikut sama. 


Hidup Cik Ina sepanjang bulan Februari memang tidak tenteram. Semuanya kerana thesisfie.
Ahhh, jerit dah, menangiss dah, memaki hamun pun sudah, apa lagi yang belum habis?
Jangan tenung mata Cik Ina. Dah macam Panda Putrajaya dah. Kesian. Hidup tak terurus.
Itu belum ada En Suamiku Mr Perfect 10. Nasib la.

Mydin mencari Sejarah, Towel & Surah Yassin 

Balik rumah, sambung lagi thesisfie. Ahh, kacau betul la.
Time orang busy busy bungkus goodies, Cik Ina membusykan diri dengan mengedit thesisfie yang tak jumpa titik noktah dah.

Sabtu (21 Feb 2015)

Pepagian sudah mengemas apa yang patut. Sambung continue semula thesisfie sampai ke petang.
Kali ini tugas masak-memasak, rasa-merasa bukan lagi tugas Cik Ina.
Almaklum la, busy thesisfie, sesiapa pun Cik Ina tak layan. Hanya layankan diri sendiri.

Dah petang baru terjojol muka di dapur sebab perut dah menangis minta diisi.

Pukul 6 petang, rasa bersalah, ke dapur tanya nak buat apa

Okay !!
Masak sayur Jawa - buat sambal belacan + sambal kelapa - potong buah tembikai - buat air

Uwaaa !! senang betul kerja !! bisa diaturin kok..kekeke!!

Makan Hidang

Syukur Alhamdulillah. Orang surau datang bacakan Yassin, geng mengaji mak pun datang support, esok rumah deorang pulak. Hehehe !! Tetiba rasa sayu pulak, mak pergi tak ada siapa pun yang ikut. Memandangkan sekarang syarat tak ada mahram tak boleh pergi, memang Cik Ina, mahupun busu dengan Eda tak dapat la ikut. Tapi tak apa, mak kuat. Insha Allah.

Menu Kenduri

1. Nasi Putih
2. Kari Ikan nyonyok
3. Udang Sambal Petai
4. Rendang Ayam
5. Sayur Jawa
6. Ulaman + Sambal
7. Buah Tembikai + Puding jagung
8. Air Teh/Kopi/ Teh o + Air Anggur


Kenduri selesai !!


"Semoga Puan Emak, selamat mengerjakan umrah, sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang berada di tanah suci. "

No comments:

Post a Comment