Monday, 2 February 2015

: DAY 5 : The Real Story of "MAHASISWA" :


:: Persidangan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama 2015 ::

Alhamdulillah, mulakan pagi anda yang heaven itu dengan senyuman manis seperti air gula Puan Emak buat. Yela kan ! Bangun pagi terus mata tidak berkedip bila tengok KLCC depan mata. Wahh ! Macam tak caya. Betul ke, ke mimpi. Balik malam terus pejam mata. Memang nangis la sebab tak cukup masa, terkejar sana sini. Alahai Tan Sri oooiii. Beri peluang la dekat kami-kami ini menikmati waktu begini. Ewaaahh !

Pink ! Pink ! Ohh Pink nya awak

Rasanya ini entry yang paling panjang sekali-kali. 
Sebabnya, kisahnya sampai ke malam. Ah sudah ! Letih la MLA nak melayan Cik Ina kan? 
Letihkan? Aissshhh, mana boleh letih, learn from experience . Mahal kot !

Pagi-pagian pukul 6.50 am dah ada dekat ballroom. Sarapan. Wajib.

Macam-macam ambik. Yang tak pernah  makan pun, gatal nak ambik. Bila tak kena dengan tekak kampung, mula meronta-ronta taknak. Perangai sungguh!. Setel makan, bersamalah kami bertiga naik bas UIA menuju Parlimen. Tan Sri awal-awal lagi dah warning jangan drive sendiri. Tak ada parking.


Lawa Bas UIA. Jeles

Pun tak apa. Naik bas UIA yang baru. Wohooo!! Tak macam bas UKM ye adik-adik. Sedih nengoknya. Udah nak roboh sangat. Ace tukar !

Walaupun begitu. Alam menaiki bas sudah lama-lama ditinggalkan oleh Cik Ina. Naik je bas. Nak pengsan rasanya. Haha! Mintak pelempang le tu. Sampai terus cari 100 Plus.

Urusetia, KPM, UIA

Sesampai ke Parlimen, tunggu Naib Canselor, TNC dan orang-orang besar. Jom, kita bergambar.
Tapi bagi pembahas dan pembawa isu sekalian, muka terukir kekhuatiran (betul ke eja ni?).
Ada yang siap tambah teks lagi. Muka semua tak sabar nak duduk di kerusi panas.

Cik Ina jugak yang tak merasa.

Cik Ina dapat duduk di atas.

Muka SAYA
Muka tengah stress ! Aduyai, masa bengkel tak menyerlah. Masa ni kuat menyerlah sampai bersinar-sinar korang. Macam mana. Yang sebelum ini bukan di dalam top 28, kini dah masuk.

Bukan PILIHAN terakhir

Tambah masuk bila  Dato' Rahman duduk sekali dengan kitorang dekat atas.
Lagi kuat kena soal. Pilihan  Dato' tak sama dengan kami. Nanti kena soal lagi. Ini yang buat tenat otak Cik Ina. Tapi bila makan, tak tenat dah. Haha!

Selesai Sesi Pagi
Pun berphotolicious. Cik Ina rasa  Dato' layankan je ragam kitorang yang amat peramah dengan kamera ni. Kejap-kejap gambar. Bila kena sound baru takut. Tapi tak apa, ada backup. Hahaha!

Buat ingatan masa hadapan. Oooo, gini rupanya Parlimen.

Hah !

Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama YB Datuk Seri Panglima Pandikar Amin 
YDP Dewan Rakyat

Pengalaman 4 hari lepas mengajar Cik Ina sesuatu. 

Jangan duduk semeja dengan orang besar !!

Lapar kemudian hari.

Pengalaman sungguh. Maklum le, makan guna sudu garfu ni bukan style Cik Ina ye! Nangis tekak nak dapatkan makanan dari sudu tu. Lambat sangat katanya. Makanya Cik Ina cari meja paling jauh-jauh-jauh sekali. Kalau urusetia di row kedua, Cik Ina di row ke lima. Jauh tak? Jauh tak?

Siap tersorok belakang dinding lagi. Memang lokasi yang strategik.

Makanan kali ini memang awesome !!

Malu nak tangkap photo lauk-pauk ni.

Excited dengan makanan sahaja
Nak tambah pun tak malu. Tapi malu le jugak dengan Tuan KPM yang makan bersama. 
Ahh, perlantakkan semua itu.

Sesi Petang bermula

Boleh pengsan sebab perut sebu makan banyak. Siap ratah-ratah lagi udang, ayam yang ada.
Fail kalau macam ni depan ibu mertua ni. Kekeke!

Alhamdulillah, YDP Speaker melanjutkan masa. Kalau tak pukul 5 dah kena tutup buku.
Selesai semuanya. Cik Ina pun seronok sebab tugas semakin ke penghujung.


Perwakilan Mahasiswa
Cantik kan mereka?

Sangat talented. Bersemangat memperjuangkan hak mahasiswa.

Seronok Cik Ina dapat berkenal-kenalan dengan mereka. 

Kami adalah ALUMNI School of Social Science USM
Tak tersangka kan !
Mula hari pertama Cik Ina dah perasan. Tapi takut nak tegur. Lama tu tengok vest dia USM.
Tengok nama, ooo En Syukri, rupanya kita satu kelas Sains Politik dulu.
Dah jumpa boleh pulak tercerita siapa dah kawen, siapa dah ada anak, siapa-siapa belaka.

Gembira dengar semua kawan-kawan dah MAJU menceracak !.

Selesai SESI bersidang dengan MEREKA
Sesampai bilik terus siap-siap sebab kena meet Tan Sri sebelum Majlis Makan Malam. Pun sesak nafas rasanya. Konon-konon nak melompat-lompat tiruk atas katil. Pun tak merasa weh oii! 
Sampai-sampai berebut bilik air, nak iron baju bagai. 
Ahhh, stress tapi best !

MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI


Tahukah MLA bahawasanya Cik Ina tak sempat nak joint makan-makan ?

Ye betul. Tan Sri mahukan senarai Top20 malam ini jugak. Alahai !
Nasib la. Sambil-sambil tunggu Cik Mazian kita bersiap, pun boleh bergaduh tarik-tarik rambut nak pilih 20 yang terbaik.

"Eh, asal kena dia?"

"Aik, dia tak konsisten. Leweh dan itu ini."

" Ahh, stressnya, ada 4 kekosongan lagi. Pilih betul-betul."

MLA tahu tak, pemilihan kali ini memang tenat. Kali ini, lepas ini kalau disoal kenapa pilih mereka, apa nak jawab? Apa? Apa?

Tapi tak apa. Kami ! Terlah bersedia dengan kawapan masing-masing.

Harap-harap top 20 akan berterima kasih sesangat-sangat sambil belanja kitorang makan best best punya ye ! Yehaaa. Makan.

Cik Ina sampai ballroom tengok orang dah habis makan. Kecewa weh !.
Nak makan jugak. Akhirnya dapat duduk makan bersama-sama dengan urusetia UIA dan KPM.
Pun masih boleh bergelak ketawa, discuss itu ini.

KPM story pasal pilihan mereka. Dah ditanya pulak pilihan kami.
Maaflah. Selagi tiada apa-apa kenyataan, kami tak dapat nak keluarkan nama-nama yang disenaraikan. Tunggu dan Lihat la nampaknya kita ye bersama-sama.


Adik-adik Cik Ina
Yang sebenarnya jenuh Cik Ina tawaf 1 ballroom mencari NC USM, TNC UiTM dan rektor UIA (Dato Seri Zaleha). Sedihnya, tak jumpa pun. Yang Cik Ina nak bergambar sangat-sangat tak dapat. Yang tak disudikan sangat, kita bergambar ye. !

Tak apa la, tak ada rezeki. Lain kali mesti ada lagi. Masa tu Cik Ina nak tunggu tepi pintu. 
Okay ! Nampak mainannya dah.

Ban Jia Yong

Walaupun tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Itu bukanlah ukurannya. Betapa bersemangatnya beliau membawa isu Kefasihan BI dalam kalangan Mahasiswa. Noted ! Beliau dipilih bukan atas tiket Chinese Look ye ! Tapi atas dasar dia layak berbanding perwakilan Cina yang lain.

List sentiasa berubah-ubah. Tapi dia masih konsisten. Itu yang diperlukan.

Banyak sangat photolicious 
Perwakilan betul ni
Yang lain-lain takyah masuk la. Biar jadi simpanan masa hadapan.
Semoga kita semua boleh bertemu suatu masa nanti. Sama-sama menegakkan pendirian kita.
Sama-sama membawa 1 idealisma baru untuk kesatupaduan mahasiswa akan datang.

Sambil-sambil duduk tu, mata Cik Ina melilau kanan kiri memerhatikan perwakilan mahasiswa.
Nampak sangat diorang happy MLA. Teruja bergambar dengan Dato', NC, TNC diorang.
share moment-moment indah ini.

Yang dok tanya Cik Ina ada FB ke, Insta ke, aiyooo !
Tak pandai la. FB pun jarang-jarang. Sendu sangat dah Cik Ina ni !

Apa?

Gambar dengan orang besau-besau?

Aihh, biar jadi kenangan Cik Ina je !. malu pulak nak publish . Tak syok la !
kadang-kadang ada moment yang kita tak nak kongsikan. Hah, inilah salah satunya. Biar jadi peribadi dan private sangat. Mehehehe!

Chereza Lounge

Setel dinner , berkumpullah Cik Ina, Cik Mazian, Cik Ami, Tan Sri Aziz dan Dato' Rahman.

Uiissshhh! Tetiba seram sejuk pulak. Sambil minum-minum, kita bincang ye !

Gitulah peranan Cik Ina dan 2 Bunga Mubarak yang lain.

Orange Juice

Akhirnya !

Done !

Amanah yang dikendong sepanjang berlansungnya Persidangan Perwakilan Mahasiswa telah termeterai. Cik Ina rasa bebanan yang digalas adalah satu tugas yang mencabar.
Bukan mudah untuk memilih 20 terbaik daripada 184 perwakilan yang ada.

Bagaimana pendirian Cik Ina untuk memilih mereka.

Macam mana kuatnya untuk tidak bias dalam pemilihan.

Syukur Alhamdulillah. Semuanya SELESAI.

Pemandangan yang Ohsem dari bilik Cik Ina
Nak duduk lagi

Tahniah untuk Cik Ina jugak !!
(nak jugak)

Bye MLA.


No comments:

Post a Comment