Saturday, 17 January 2015

:: Putrajaya: cerita K.A.M.I ::


:: Apabila Kelantan bertemu Putrajaya ::

Ohooooii MLA, Cik Ina ni macam Chipsmore pun tak jugak. Kejap rajin sangat berblog , kejap tu nak bukak pun ya amat malas ya amat amat! Okay! Penekanan sungguh pada word amat tu. hehehe. Layankan aja le.

 penipuan Hp akak

Adik-beradik KakMi datang UKM! Hooraayy, dapat jumpa akak lagi. Dulu dah jumpa, sekarang jumpa lagi. Sebab apa suka, sebab Hp akak best! Kalau tangkap photolicious, mesti guna Hp akak. Nampak mainan Cik Ina?

So, cadangnya bawak dedeme jalan-jalan Alamanda dan sekitar Putrajaya.

Hurmm, almaklum la Cik Ina nama je duduk dekat 20 minit je ke Putrajaya, tapi kalau tak ada hal, memang tak la pergi sana. Kalau urusan rasmi macam ke KPT ke, Kementerian Pelancongan ke, hah baru la. Nampak sangat!!

Alamanda, Putrajaya

Selalu la janji pukul 10.30 pagi, pukul 11 lebih jugak baru nak bertolak. Janji Cik Ina la katakan. 
Bukan boleh pakai. Tapi tak apa la. Bukan urusan rasmi. 
Siap ala kadar, kemas bilik dulu. Baru gerak. Konon nak meragut mun sepasang kasut vincci.
Memandangkan kasut vincci Alamanda macam nak pergi kerja, terus tak jadi.
Tunggu la.


Akak, KakMi dan Cik Ina
Deme berdua pakai tudung neelofa. Cik Ina pulak bawal RM5. 
Ohoooo, kedekut betul kalau berkaitan dengan tudung ni. Ehemmm, kembali semula berjinak-jinak dengan bawal ni. Tapi tak rasa nak pakai. Ahhh, ikut hati nampaknya berpakaian. Memandangkan azam tahun ni nak 'serabai". Dah MENGAPA pulak nak serabai?
Nanti la sembang. kekekeke.

Kalau boring-boring, pergi page coach ...Alamak! Cantiknya handbag. Bila boleh beli?
Amiyoyoyo!! Tak apa - tak apa.. husnuzon. Boleh dapat dengan usaha lebih.
Makanya kita berphotolicious je. Jadi la. 

Wajib
Pergi banyak kali. Ini 1st time berphotolicious memandangkan tak jumpa hala tuju. 
Selalu begitu. Nak kena pergi dengan KakMi gamaknya baru jumpa. 
Macam menjadi trademark pulak kalau datang Alamanda mesti ada pic dekat pokok buluh betong ni ye? 

Anis, Akak dan KakMi. sibling together.

Sepesen je muka deorang. Family Cik Ina tak ada pulak sepesen.
Lain-lain pulak tu.  

Friendship are never END
Walaupun semester ini Cik Ina duduk luar, walau lama tak jumpa tapi kami tetap berhubung. Thanks Wassap. Dah mengapa wasap pulak? 
Memang la. Kalau mesej biasa memang tak la.
Pantas je nak reply balik. 

Masjid Putra

Bayangkan. Okay. bayangkan. Lalu dah banyak kali. Memang akan lalu kalau nak ke Kementerian Pelancongan. Tapi tak pernah singgah. Makanya, kali ini kita dah niatkan. Niat nak solat dekat masjid Putra. Alhamdulillah. Tercapai. 

Lah, bukan tak pernah masuk. Pernah. Zaman STPM. Rombongan pergi PARLIMEN.
Singgah Masjid Putra dulu. Ala, lama punya cerita. 

 pintu UTAMA
Masa kitorang sampai, ada satu rombongan dari China.
Eh, mesti pakai jubah ye kalau kita pakai seluar? Ke macam mana? Dah semua orang pakai, kita pun pakai jugak. Gelak-gelak akak ngan Anis. 

Seni Bina = awesome
Selesai !

Cruise Tasik Putrajaya

Asyik tengok orang naik. Jom kita pulak. Lagipun nak balik rasa macam awal lagi. Tapi mesti balik sebelum orang balik kerja, kalau tak jemmmmm karen. Kalau pakai MyKad dewasa RM20, Kanak-kanak RM15. Cik Ina pakai card student, kena RM15 saja. Deme kena RM20.

Kejorenan terserlah
Nampak tak latar belakang kitorang. Yess! Itu yang kita nak ye.
kitorang naik  perahu dondang sayang. Amboii.

Dondang Sayang
Siapa kata Cik Ina tak berani? Memang iye pun. Nak masuk pun takut. Namun, muka harus excited.
Boleh tengok pemandangan. itu yang gemar tu. Memang kena dengan jiwa. Jom MLA, tengok la sikit apa Cik Ina dah tangkap. Tapi banyakkkkkk sangat. Pilih ini je dah la. 

1

Tetiba lagi bertambah-tambah respect dengan Tun. Dulu, kini dan selamanya. Kalau la Cik Ina pandai macam Tun. Macam-macam nak buat. Nak buat itu, nak bina ini,
nak tambah sana, nak buang sinun. Nak itu, nak ini.

Okay !

Angan je la.

2

Bila dapat masuk?

No yet ! One fine day. Of course.

3
Tak reti nak sampai sini naik kereta macam mana. Nampak sangat banyak lorong-lorong haji taib yang Cik Ina tak habis jelajah. miahaha.


Berjaya dengan JAYANYA

Yehaaa!!
Haruslah letak Yehaa!! menandakan kita berjaya menjelajah Putrajaya. Konon sangat. 
Walhal asyik pakai waze kalau nak pergi cari kementerian lain. Nampak sangat tak pandai arah.

Rasanya elok balik dah. Orang opis dah nak keluar. Takut jem. 
well, tak habis dekat situ. Malamnya kitorang pergi karaoke dekat uptown Kajang. Haruslah.
Tapi no photo available sebab tak sesuai dipampangkan. Cewaahh!!
Selesai pukul 2AM. 
kikiki. Marahlah abah Yusof kalau tahu Cik Ina bawak anak dia sampai pukul 2.
Jangan marah ye abah. Nanti Cik Ina nak datang Kelantan, nak makan macam-macam dekat Pulai Chondong. Tak sabar ni. hehehehe!

Itu jela, kisah kejorenan Cik Ina dikala thesisfie kena hantar ASAP.

Nampak sangat tak hiraukan thesisfie. 

Okay! Okay!. Jom sambung baca hijabista Dec (beli bulan 11, baca bulan 1, nampak tak?)
Lepas tu baru thesisfie. Eh! eh!.

Till then, byebye MLA.




No comments:

Post a Comment