Tuesday, 20 January 2015

:: KTHO: Interview & Jawatan tidak terpisah ::


:: Dunia Baru Cik Ina ::

Hye MLA. Memanglah MLA tak tahu Cik Ina dah jadi fellow. Kan tak pernah cerita. Cuma Cik Ina cakap Cik Ina akan berpindah dari rumah sewakan. Ala, kan kitorang ada buat makan-makan bebudak 1 rumah. Lupa la tu. Okay ! Fine !.

Yes! Asalnya Cik Ina kena lapor diri awal bulan 12, namun atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, Cik Ina masuk awal bulan 1. Hah, sebulan lewat. Bagus. So, barang semua dah angkut balik. Aikk, masuk balik dalam UKM ye? Kata taknak dah. Poyo gila Cik Ina.

Mula-mula fikir, nak ke tak nak jadi felo ini. Time isi dan interview dulu tak terfikir boleh dapat. Konon sebab nak merasa. Konon boleh la mencantikkan CV. Konon la. 
Tanya pendapat orang lain juga, okay ke?

Lepas fikir lama-lama, boleh la. Sekurang-kurangnya masa terisi dengan program-program kolej.

Akhirnya. Here I Am.

tak lama lepas tu, dapat email, interview kali kedua dengan TNC. Ohohohoho!

Ini ye. Ini ye cuak.

So, semalam tak ada apa yang hendak dipreparekan, iron baju
baca sejarah KTHO sikit terus pecut ke HEPA. Pun tak pernah tahu dekat mana HEPA. Nampak sangat. Bila dah gerun, berpeluh-peluh mula tanya dekat semua orang
"weh, bilik gerakan HEPA tu dekat mana weh?"

Bilik Interview

Ala, dekat dengan pejabat pos dekat Pusaneka tu la. Nampak sangat Pusaneka pun jarang-jarang pergi. MLA kena faham, Cik Ina bukan suka jalan-jalan area UKM ini. Sebab? Sebab letih oooo. Nak ke FSSK pun malas, inikan pulak nak ke Pusaneka. memang tak la.

Bakal fefelos

Ramai oii, ada 33 orang yang sedang menanti untuk di interview. MLA tahu tak, ini saringan?
Bila tengok deorang bersungguh-sungguh menghafal motto, visi, misi UKM, 
ia mendatangkan kegusaran di hati Cik Ina. Lebih-lebih la bila deorang baca KRA.
Apakah itu KRA? confirm Cik Ina tak menahu. 
Apakah?


Kumpulan 5, candidate 1

Ini yang menyampah ni, jadi candidate 1. Bila kena soal, mesti jadi orang pertama yang jawab. Cis, menyampah.Disebabkan kumpulan 5 ada 3 orang, makanya digabungkan dengan kumpulan 6. Jadi semua sekali 8 orang candidate dengan 11 interviewer termasuk TNC.

Apakah mainannya?

Nak dijadikan cerita, semua candidate ini sememangnya telah menjadi felo sementara.
Ada yang dah 6 bulan, ada yang setahun tapi tak diinterview lagi. huaaa!!
Cik Ina walaupun dah dilantik selama sebulan. Tapi baru masuk seminggu kot!!
Tapi tak apa. Marilah bersangka baik-baik ye MLA.

Cuba MLA bayangkan. Candidate semua tu bukan calang-calang orang. 
Ada yang MEP tertinggi selama 3 tahun berturut-turut, ada yang mewakili U dalam pertandingan itu ini, ada yang blablabla.

Amiyoooyoyoyoyo!!! Cik Ina ada apa? 

Cik Ina ada diri Cik Ina jela. Jawatan?  TAK ADA.

Bila fikir-fikir balik, Masa diinterview oleh pengetua. Cik Ina dah terangkan pelbagai perkara. Jadi tak perlu ulang semula la. 

Cuma soalan cepumas yang sampai sekarang masih menjadi titik persoalan. Asalnya soalan ini untuk candidate dari fakulti medic je. tapi bila ada masa, deorang suruh kitorang jugak jawab. So, Cik Ina orang kedua last yang jawab. Nak tahu apa soalannya. Hah ini dia nya.

"Pendapat tentang PRK  UKM dan ASPIRASI?"

Ayokk ! Korang tahu tak? Cik Ina tak minat politik. Langsung tak.
Tapi tak minat tak bermakna kita tak ambil peduli. Nama pelajar. Wajib ambil peduli akan semua perkara. Dari seremeh-remeh isu, sehingga sesukar-sukar isu yang diperbahaskan. Itu lah pelajar.

Nak tahu apa Cik Ina jawab?

Secara jujurnya, saya tidak berpeluang menyertai PRK UKM baru-baru ini. 
Namun ia tidak bermakna saya tidak mengetahui akan perdebatan yang dijalankan dengan adanya bantuan media sosial seperti FB dan bolg khususnya.
Bagi pendapat saya PRK UKM seperti 4 musim. Hanya untuk seketika. Macam 4 musim.
Suka saya membuat perbandingan diantara PRK USM dan UKM.
blablabla.....

Mulalah kemerepekan Cik Ina. Tapi yang syoknya bila tengah bagi pendapat ada 2 3 interviewer yang Cik Ina lihat agak berminat dengan pendapat Cik Ina. Siap angguk-angguk kepala. Dah tu tolong betulkan ayat Cik Ina. hahaha. Tahu tak Dr, Cik Ina ni kelentong je tapi jujur dengan pendapat itu. kekekee!!!

Malamnya pula, terus meeting fefelos KTHO !

Terus dapat jawatan.

Nampak sangat !

Semester 2 ini banyak progam luar. So, banyak la yang Cik Ina boleh kongsikan dengan MLA.
Pengalaman kan! Dari pengalamanlah yang boleh mendewasakan kita. Tak gitu?
Bebudak kolej tak ada lagi, so mendiam la Cik Ina dalam bilik sambil edit thesisfie

Pejam celik, pejam celik.

Cik Ina dah nak sampai ke titik noktah terakhir.

Doakan ye MLA.

Nanti-nanti Cik Ina nak kongsi kisah hidup Cik Ina sepanjang bergelar felo KTHO.
Mesti ada kisah pahit manis suka duka.Bakal mewarnai kehidupan 2015 Cik Ina.

Tungguuuuuuu!!!

2 comments:

  1. Assalamualaiku. Saya Ikhwan A'zim. Ya, saya calon yang disokong oleh aspirasi. dan saya ktho. Mula-mula sekali saya nak ucap tahniah diatas jawatan ini. Saya menyokong dan mendoakan segala urusan felo semakin lancar. Saya tidak tahu mengapa soalan berkaitan prk dan aspirasi yang disoal. Kerana pada hemat saya, kami sebagai aspirasi juga berasa sedikit kecewa. Program kami yang terpaksa ditangguh dan menyebabkan hutang pada ukm. malah ada juga antara kami yang terpaksa berpindah kolej. seperti yang akak tahu. felo ktho yang menyokong aspirasi juga terpaksa diberhentikan khidmatnya. iaitu kak wawa. Tetapi aspirasi tidak memburukkan kolej atau universiti sepertimana yang dilakukan oleh pihak lain. saya kesal dengan soalan yang mereka diajukan kepada akak. harap akak dpt bersama. tanpa mengira ideologi akak,jawatan akak, mahupun siapa akak, kami dipihak aspirasi ktho sentiasa membantu akak sekiranya akak perlukan. insyaAllah, Allah akan merahmati jawatan akak. Selamat berkhidmat ye kak.

    ReplyDelete