Tuesday, 20 January 2015

:: Jeruk PETAI pun ditanya ::


:: Cik Ina bukan Chef ::

Tapi !

Yang sebenarnya ragam, tingkahlaku baikpun perangai serta kemahiran-kemahiran
Puan Emak sememangnya jatuh dekat Cik Ina mungkin. Kot la!

Aih, tak pasti la. Puan Emak dulu ada katerer perkahwinan. Suka tau ikut Puan Emak pergi rumah makcik Dah, sambil-sambil tu curik peha ayam goreng. Tambah lagi kalau masak ayam masak merah kayu api. Pergghhhh!! Memang terangkat.

Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tak gitu.

Mungkin sedikit sebanyak benda yang Cik Ina suka buat, menjadi satu kebiasaan.

Cik Ina ingat lagi, MakNgah kahwin, petang Jumaat tu Cik Ina buat  Nasi impit kuah lodeh dengan udang sambal petai. Menusuk kalbu! Makcik-makcik yang datang siap tanya sapa masak. Almaklum le Cik Ina masak dekat luar rumah.

Masa itu kebanggaan sangat bila orang cakap sedap ! Sedap.

Lepas itu, bakat memasak dikembangkan lagi dengan try masak sup tulang kawah besar. 
Ini khas untuk kenduri kahwin Uda. Bayangkan mula merebus tulang-tulang dan daging-daging itu dari pagi lagi. Pun guna bara api. 

Malam akad nikah. Sold out  !

Pun bangga. Tapi malam itu memang langsung tak merasa apabila Cik Ina dikejarkan ke klinik kerana lutut semakin membengkak. Balik-balik nak makan, memang tak ada dah.

Skill memasak semakin diasah-asah bila tiap kali buat kenduri baik kenduri besaran mahupun kecilan, tukang pemasak utama adalah Cik Ina dan dibantu oleh Kakta. Yang lain, tukang bantu mulut ke mulut (merasa itu ini, sedap tak sedap).

Sebenarnya, Cik Ina suka bagi orang rasa air tangan Cik Ina. Seronok bila tengok hak kita masak tu Sold out!. Rasanya dah menjadi tanggungjawab kot, pergi rumah sesapa pun baik kakta, baik MakNgah baik rumah Uda, haiiilahaii, muka Cik Ina jugak la yang ke dapur.

Tapi Puan Emak selalu marah.

Marah sebab bila masak nyanyi, bila nyanyi masak.

Ala mak ini, orang nak jadi macam Dato' Ct. Dapat suami kaya. hahaha. Motip?

Yang sebenarnya, tengah dok belek-belek thesisfie dari pagi tadi, tetiba masuk wassap family,
Uda dok tanya macam mana nak buat jeruk petai.

What??

Jeruk Petai?

Cef Ina

Yang lagi tak boleh menahan tu, bila cuka dengan garam pun tak tahu nak sukat macam mana. Macam mana tu? 
Ate, agak-agak dah le. Hadoiii dedeme ini. Itu le dianya keluarga Cik Ina.
Kalau tak ada rindu-rinduan, bila ada asik bengang je. Haiiila haiiii.

Okay la, hujung bulan balik kg. nak buat jugak jeruk petai.

 Hoorayy!!

No comments:

Post a Comment