Friday, 30 January 2015

:: DAY 4: Seri Pacific Hotel ::


:: Sehari sebelum Parlimen Mahasiswa Bersidang ::

Bayangkan ! Mungkin sebab dah letih tersangat, boleh lepas Subuh tidur balik. Terjaga pada pukul 9.30 am. Bedesup siap sebab student semua dah bergerak ke Parlimen untuk rehearsal
Ate, dah mengapa boleh lewat? Letih.

 Cik Ami kita ni mentang kereta baru, boleh pederap 160KM. 
Mengucap Cik Ina ! 

Lapar? Jangan cakap. Semestinya. Berenti R&R apa ke namanya, kita makan gulai tempoyak (kuah aje). Walhal ada meeting Tan Sri. Tak apa, kita minta excuse kejap. Perut meminta untuk diisi.
Tambah pula, Cik Ina dah rasa parkinson kot. Lapar weh !

Sampai Seri Pacific - Lobby - Minta tunjukkan lorong yang benar lagi membenarkan ke bilik Tan Sri. Uuuuuuuuiiii, bila orang kampung masuk hotel, fulamak!! Batak !.

First Time masuk tempat orang besar-besar ini, terasa kegerunannya. Dah nampak sedikit leruk-lerap,
tertekan bell bilik, bukan bilik meeting. Dah mengapa pulak? Pelerap !

Jadi bahan lawak bila silap bilik

"Hah, masuk bilik sebelah lain jadinya, nasib masuk bilik meeting saya". Adoii. Lawak !.

Bilik Tan Sri, makaihh ! Nak je bergambar. Tapi yela. Tak  mungkin nak berselfie . Namun hati meronta-ronta. Tapi tak dapat. meeting itu, meeting ini.

Yehaaa ! 
Tak payah ke Parlimen. Setel kan kerja yang disuruh. Malam ini NAK.

Orang besar-besar ni memang kerjanya bagi arahan ye??

Ingat masa kerja dengan FWS. Macam ini la. Tapi bos dulu SS. Kakakakah!


Cik Ina, Abg Sopi, Mazian

Discuss lagi ! Biasa la. Tak puas hati nak pilih siapa layak, siapa yang sederhana, siapa yang erkk !
Boleh bertinju kot masa ini. Tapi, alhamdulillah DONE !

Meeting Second Round hari yang sama (Pukul 6.30pm)

Menangis kot nak siapkan ! (Ayat sungguh).  Dah siap print boleh berlari-lari anak nak menyampaikan ke bilik Tan Sri. Ingatkan meeting dalam bilik dia je. Rupanya disuruh pergi naik tingkat 30.

Aik, apa ada dekat sana tu?

Eh, bukan tingkat paling tinggi ke?

Dah kenapa kena masuk ni?

Eh tak boleh masuk la, ace tekan loceng tu hah.

Hahaha! Kitorang ke Club Floor /Exclusive Lounge.
Woowww!! Masuk-masuk aje tengok ade Dato', Tan Sri -Tan Sri dan juga menteri-menteri yang ada diantaranya Cik Ina kenal. Tapi rata-rata yang ada dalam tu memang tak kenal.
 Hahaha. Malu sangat !

Eh, mana Tan Sri ni? Nak keluar kena pakai kad, ate? Tunggu la. Berpeluh-peluh rasanya.

Tunggu dalam 3 minit, discuss itu ini. Setel. !

Yehaa!!


Eat Time !


Mahal sangat !!

Masa tengah ambil makanan (bufet), tengok dekat guest desk tu tulis Tan Sri Dato Sri Aziz and 3M .
Ishhh, 3M tu stand for what ye? Hahaha! Tiap kali makan dengan Tan Sri mesti 3M. Adakah itu dimaksudkan dengan Membaca, Menulis dan Mengeja?? Hahaha.

Nak photolicious pun tak pandai dah. Bayangkan le. Mereka yang ada di dalam tu muka steady je. 
Takkan la nak keluarkan hp, then photolicious. Memang memalukan.
Nak tangkap view pun tak dapat. Ahh, ruginya.

Kompem tak ada dah makan dalam ni. 

Kalau macam tu, nak kawen dengan Dato la macam ni. Hahaha!.

Muka excited masuk exclusive lounge

Nak cerita harga Cik Ina makan, segan-silu pulak. Dah tu, 1 group Dato tepi meja kitorang asyik pandang-pandang. Terpaksa (Ayat) introduce myself. Adakah itu bermakna memperkenalkan diri? 

Tapi apa yang penting. MAKAN. Sedapnya ! Paling sedap yang hak dalam sudu tu. 
Nak menyebutnya pun tak reti. Nak ambik lagi. MALU. 
Deme dalam tu perati je ! Dah mengapa?

8PM. Makan Malam bersama Parlimen Mahasiswa.


Cik Ina meja paling last

Nak tahu kenapa paling last. Sebab makan banyak. Haruslah!
Pengalaman mendewasakan. Tak kenyang makan dengan orang besaran ini. Belum sampai bilik, perut dah nangis-nangis minta diisi. Derita perut Cik Ina.

Cukuplah makan dengan orang beso-beso ni. Kome tak kenyang punya MLA. Percayalah!.
Lagi sedih sebab takdan nak tukar-tukar baju. Selamat perfume standby siap-siap.
Tak ada la bau menusuk kalbu. Malam ini acara santai. Makan biasa-biasa je.


Urusetia

Hamboii ! Urusetia dari Universiti masing-masing. Penjaga mahasiswa dari hari pertama sampai sekarang. Hidup kami bersama adalah sama ! Makan ! Makan ! dan Makan!.


Cik Ami dan Mahasiswa Universiti

Kamera Cik Ina ada dengan Cik Ami. Penuh photo bebudak ni. Cik Ina sekeping pun tak ada. Haha!
Cik Ina ada urusan dibelakang. Takdan tangkap photo sekarang, kita tangkap esok. 
Aihh, esok lagi syok.


dessert ! U're mine
Dah makan ! Kita makan lagi. Selalunya dessert memang akan jadi pilihan. Kalau orang dessert mesti lepas makan, Cik Ina tak mungkin. Dessert anytime, anywhere. 
Protokol makanan? Abaikan.


Suka tunding jari ye?

Dedeme dari UIA. Banyak sembang pasal UIA, keluarga, impian et al.
Kak Ina harap korang berjaya menjadi diri sendiri yep.

Habis makan malam pukul 12 lebih. Mata nampak bilik sahaja. Namun kunci bilik tak ada lagi. Motip lambat dapat? Biasa la. 

Dah dapat. Tak tersangka la pulak. 

Tingkat 26 

Bilik 10 . Huwaaaaa!!! Tingginya. Atasnya !!

Cantiknya pemandangan. Tak sanggup nak tidur malam ini.
Betul ke ni dapat bilik Deluxe room ni? Arahan siapa ni dapat bilik atas-atas ni?
Orang lain tingkat 6, 7, 8. 

Thank you ! Thank you ! Tocehh, tocehh!.


views of Twin Tower
Melekap sebentar di cermin kaca ! Batak sungguh rasanya. Tak sanggup tidur malam.
Rasanya kalau nak lebih tahu boleh google hotel ni. Sedang asyik bukak katup pintu, Cik Ina terperasankan minibar. Aik, dah ada bar-bar ni. Ni pasaipa ni?

Bukak-bukak peti tu. Masya Allah.

Aik, katup balik. Jangan bukak.
Alahai, ingatkan nak pakai la heater, cawan, gelas semua nak buat nescafe, tak apa la.
Kita minum air botol. Was-was la pulak.

Harga Mini Bar

Apapun, bilik memang terbaik. Dalam banyak-banyak hotel yang Cik Ina dah pernah pergi.
Ini kali pertama rasa macam nak stay lama-lama. Rasa macam tak nak keluar bilik je.

Toilet pun ada dua. 1 private shower, 1 lagi seperate shower room.

So, sesiapa rasa nak duduk dekat Seri Pasific Hotel (Deluxe room) punya, sediakan RM350++ untuk 1 malam. Cik Ina bertuah sebab disponsor. Kalau tak meraung nak masuk. selalu lalu je sebab nak ke pesta buku PWTC memang akan lalu hotel ni. Layankan kelerapan Cik Ina ni ye MLA.

Okay la! Setel hari ke-empat.

Bersambung ! untuk story day 5.


No comments:

Post a Comment