Friday, 30 January 2015

:: Day 3 : Mahasiswa , Kerjaya dan Social Life ::


:: Sambil menyelam minum air ::

Tugasan parlimen Mahasiswa hari ini adalah menyediakan bahan untuk perbahasan usul dan jugak isu yang hendak diketengahkan oleh kumpulan masing-masing. Seperti biasa, moderator En Ismail yang memainkan peranan. Cik Ina main peran je. nan hilang.

Cik Ina memang tak ambil bahagian langsung untuk berucap ke, apa ke.

Tak layak. Hahaha!

Bagi orang KPM yang menyediakan modul-modulnya ye.

So, sepanjang hari deorang ada dalam dewan ini, bincang. Cari bahan dan bukti !

Berbeza dengan Cik Ina.

Hari ini PENTING sebab penilaian kali ke-3 dilaksanakan.
Jadi kena peratikan bebudak ni sekeping-sekeping. Ada yang menguap. Ada yang bersemangat. Ada yang macam nak bergaduh. Rilex-rilex. Korang belum masuk Dewan Parlimen lagi. Taruh energy tu dik oi. Lagi bertambah lagi, lagi banyak pula senarai nama yang dipilih.


Mencari Pilihan

Pun begitu. Cik Ina boleh bertenang. Jangan risau. Cik Ina ada pilihan Cik Ina tersendiri. Bukan hanya menilai dari aspek personaliti kendiri, ketrampilan mahupun lontaran idea.

Ada lain yang Cik Ina cari dalam diri seorang mahasiswa tersebut.

Makanya, akan berdebatlah kami bertiga sebab budak ni tak nak, yang ini nak.
Yang itu boring, yang sana eeeuuuwwww.

Cis !!

Raptai

Pilihan Pembawa Usul, Penyokong, Pembawa Isu. Semuanya ditentukan oleh KPM dan urusetia.

Pun begitu, tak semestinya mereka seramai 30 orang ini adalah pilihan kami.
Pun boleh bergaduh dengan En Ismail. Hahaha!

Percayalah. Pilihan KAMI adalah yang terbaik untuk MUBARAK. Bukan senang nak stand atas pendirian kita. Karang kena bersoal jawab dengan Tan Sri kenapa pilih dia, dia, dia.

Cik Ina selalu kata, pilihan itu tak akan ada istilah bias (sebab tak kenal), namun pilihan atas suara hati kecil. Yela ! Hati kecil Cik Ina kan jujur.

3 BUNGA ROSE dari MUBARAK MALAYSIA
Pun boleh bermasam muka sesama sendiri bila memilih perwakilan mahasiswa.
Bila Cik Ina suka, Cik Ami dan Cik Mazian tak suka. 
Bila deorang suka, Cik Ina pulak tak berkenan. Dah tu, artikulasikan kenapa.

Pun senang mendapat kata sepakat. Namun. Belum finalize lagi ye.

Masih boleh tersenyum

Sedang perwakilan membahaskan isu, kami akan menyibukkan diri bertanyakan hal itu ini.


Kalau siapa yang kena dengan Cik Ina, soalan mesti tingtong!

Antara soalannya,

" Siapakah ADUN kawasan awak?" (tak ada kena mengena dengan isu pendidikan)

" Kalau diberi peluang untuk menjalankan 1 projek, projek apa yang awak nak buat?"

"Apa pandangan awak tentang Pro-M dan ASPIRASI?"

Soalan tak tercapai dek akal, apa itu KURIK KUNDI, MERAH SAGA.

Budak sekarang ni, nak ajak berhujah tentang falsafah pun payah. ngeh ngeh!!

MUBARAK Hebat
Setel minum petang, deorang ada sesi bergambar. Okay la!. 
Dah tu kena lalu ikut atas nak balik bilik. Bila tengok je kitorang lalu, siap jerit-jerit

Hidup MUBARAK. Hidup MUBARAK.

Amboi korang. Melobi kuat kome ye !

Mula-mula korang ingat kitorang Urusetia ye, bila tahu wakil MUBARAK, pandai korang mengampu ye! Tak apa adik-adik. Akak korang bertiga ini boleh membuat perbezaan ye.

Taman Santai Strawberi Genting

Balik bilik - Solat - Salin skirt. Keluar.

Bertembung dengan Dato' Rahman. Pun nak ikut. Jom!.

Jangan tak men'jongket' orang Perak kata.

Cik Ina, Dato' Rahman, Cik Ami dan Cik Mazian
Almaklum la satu hari pandang muka budak, dah tu tengok pulak muka deorang kat senarai nama perwakilan. Memang boleh tingtong kot. Makanya, jom cuci mata.

Picture tell 100 story

Ingatkan nak photo yang berdiri-diri gitu je. Sekali En Dato ni buat lawak. Habis photo jadi begini. Pun boleh la.

Cik Ina Rose

Pun Jadi !

Sesi suap-menyuap
Takdan nak basuh. Kita layankan. Cik Ina buah strawberi memang tak berminat. Sorry!.

Tapi telah dibelanja En Dato Strawberry Milk Tea ! Acane tu?
Cik Ina tak suka stroberi-stoberi ni. Tapi orang belanja, ambik. Jangan kata sombong.

Tapi Tan Sri selalu kata Cik Ina sombong. Dari dulu sebelum kenal sombong,
dah kenal pun masih sombong. Tang mana sombongnya, pun tak tahu.

Alahai MLA oi, tak kenal memang la kena sombong. Takkan la nak peramah-ramah sangat.

Bila dah disatukan dalam program besaran ini, baru kenal Cik Ina siapa.
Leruk-lerap, clumsy, yang penting JOREN. Hahaha!

Kalau beli, bulan ni makan megi
Temankan En Dato' ni beli madu kelulut. Cik Ina dengan Mazian duk main-main dengan madu. Oh, banyak rupanya jenis madu-madu ni ye. Madu ni manis. Jangan 'madu' lain sudah. Itu cari sakit.
Dah orang bagi rasa, kita rasa.
Namun, tersekat dekat tekak. Apa boleh buat. Cik Ina bukan suka.

Dengar pula penerangan dari penjual madu (betul ke penjual madu?)

1. Madu jangan disimpan di dalam peti sejuk. Letak luar.
2. Jangan guna sudu besi. Guna sudu plastik.
3. Jangan minum dengan air panas, ambik air suam.


Balik - Makan Malam - Balik Bilik - Solat - Masuk dewan

Bermula kembali tugas sebagai Penganalisa.

Till then, Bye !


No comments:

Post a Comment