Sunday, 14 December 2014

:: Part 5 : Johor Premium Outlet & Ayer Hitam ::


:: Sakan memborong walaupun poket semakin menipis, Cik Ina la tu ::

ALL OF US 

Hari last, aktiviti pagi adalah dengan bermandi-manda di tepian kolam renang. Itu yang bagus tu. Biar tak makan ye, mandi diutamakan. Macam trademark PM pulak, rakyat didahulukan. (motip sangat). So, trademark AbgLong, biar tak makan, janji mandi kolam diutamakan.
Cik Ina bukan skip breakfast tapi kalau ada roti pun dah mencukupi ye.
Kasi can dekat double Angah untuk berdua-duaan. Kome tengok, sangat memahami tau adik kome yang ini.

Tak apa - tak apa, tinggalkan hero-heroan dengan Cik Ina. Kome pergi le!!

Seperti biasa, deorang bawak dulu anak deorang pergi pool, Cik Ina nak kemas barang-barang Cik Ina. Barang mandian, baju kotor, souvenir nak simpan bagai, nak double check tiap penjuru bilik. Ewahhh!! Ada bunyi macam mak-mak orang tak?


Sambil-sambil tengok hero-heroan mandi, kita berselfilocious
Pagi-pagian ini mana ada orang mandi. Dedeme le yang conquer semua.
Cik Ina perati je lagak dedeme ni, baik anak baiklah mak pak nya jugak. Hamboii mengkome!!
Cadangan jela, kalau nama ada anak-anak, pastikan chalet ke, hotel ke
Ada swimming pool ini. Kalau ada, tak ada la dedeme terperap je dalam bilik.

Mesti adrenalin nak mandi tu memancor (*kata orang perak).



2 Jenis permainan
Yang hak gelongsor putih tu gerun sikit, memang air  masuk hidung tu perkara biasa ye!.
Yang menjadi pujaan AbgLong adalah gelongsor kuning tu. Nak main dekat pool orang dewasa.
Cik Ina masuk pun, air kolam tu sampai tengkuk, tapi dia slumber badak je. Mentang ada pelampong ajaib.

Nampak tak mainannya tu??
Hari pertama takut! Hari last. Berani.

Dah tak payah dikawal. Percayalah.

"Kanak-kanak belajar melalui tingkahlaku persekitaran" 
(human behavioural, kerja sosial)

Free style
Dah dia saja yang main dengan sepupu-sepupu dia. Conquer habis lah diorang ni. Cik Ina perati je ragam ko AbgLong.

Dik Kuan & Sepupu Syamel

Dik Kuan pun tak menahan. Nak jugak. Tak sedar diri gitu la dianya.
Nak taknak kena ada orang jaga dekat bawah tu. Lantak kome le!

Biarlah Cik Ina duduk sambil perati je lagak extreme korang ye!

Cik Ina LIFEGUARD

Apa?? Apa?? Cik Ina pun main sama okay. Haruslah. Tapi apasal bila time Cik Ina, tak selaju dedeme? Boleh pulak kena tolak-tolak sebab terbehenti di tengah-tengah gelongsor.
 Alasan?

Siap. Jom mandi. Sambil berphotolicious ye!.

Pukul 12 tengah hari check out.


Dihadapan bilik orang lain
Sekarang ini tak payah nak berkasut k-pop. Kita bagikan selipar jamban sudah. Karang kerojenya dalam kereta nak cabut kasut je. Bikin kepala pusing. 

Tunggu PakNgah bayar
Hehehe!! Cik Ina tak termasuk dalam urusan bayar-bayar ye. kikiki. Dekat lobby pun meriah, maka jom kita menambahkan keceriaan yang ada dengan berposing mun sekali dua.
Masalahnya, tak ada la dapat nak gambar sedirian berhad.
Dimana ada Cik Ina, disitu jugalah adanya hero-heroan.

AbgNuar: Aku book guna agoda.com . Murah le kotnya.

Cik Ina: yeke?? tak pernah buat. tak reti pun. Hahaha.

Johor Premium Outlet


Bukti penyampaian

Bergerak ke Johor Premium Outlet. Well, well, well.Memang hati teringin nak datang sini. Apa ada ni? Apa? Apa? Kawan siap beli barang hantaran dekat sini. Murah ke? Murah ke??

Ohhh nooo!!! Takat cuci mata boleh la kotnya.Jalan dengan orang tak ada duit macam Cik Ina ni, takat perati je mampu. kehkehkeh.

Muka sebelum masuk
Sebelum masuk= lain
Selepas masuk = pun lain jugak

Muka Cik Ina yang tak mampu
Dari dulu dok dengar kawan-kawan cakap murah, murah! Woii, kat mana murahnya? 
Kat mana? Perfume paling mahal pun Cik Ina mampu beli RM100 je.
Mana murahnya weehhh. Okaylah, jom cuci mata.

KakShima: Idak aku nak beli, ni handbag pun datin yang bagi. Aku nak beli tak tahu bila
Cik Ina: Orang beli time sale Sogo KakShima, lagi tak merasa nak pakai mahal-mahal. Awak tak mampu.
MakNgah: Nampaknya kena jeling-jeling PakNgah

Cik Ina asyik gelak-gelak je. Deme tengok dari luar. Hadoiii!!

 Ikut korang la. Cik Ina memang tak nak masuk. takat duduk dekat kerusi luar tu sambil berselfilicious orang lalu-lalang.
Ohh ye!! masuk dalam tak boleh berphoto-photo ye. Prohibit okay!

Okay. Jumpa titik tujuan
Kornea mata duk cari jugak. Mana ye! Mana ye!! Takkan tak ada. Rasanya ada.
Ada. Ada. Okay jumpa. Jommm!!
  
Admirer
Dulu gila branded vincci. Dulu! Dulu!.

Masa zaman mencari personaliti diri. Masa mencari kepuasan berjenama, masa sedang menagih perhatian. Dulu la senang cerita. Masa dekat USM, kalau ada jumbo sale vincci dulu,
sanggup duduk berjam-jam nak cari yang sesuai kononnya. Sangat memahami bila tengok orang berpusu-pusu berbaris nak beli tudung fareeda (tapi Cik Ina tak sampai tahap itu la)

Kena beli ke?

Membazir tak ni?

"Ishhh tak la membazir, pakaikan", nafsu berbisik dekat telinga

Hati besar memaksa

Hati kecil suruh fikir baik buruknya

Watch & belt
Pergghhh, bunyi macam beli mahal-mahal. Hakikatnya beli jam je. Hehehehe!!
Belt tu MakNgah belanja. Mostly TQVM!!

AYER HITAM, JOHOR

Lah, apa ada dekat sana? Tak pernah tahu pun. Dalam kereta, terus googler Mr Tabbin tempat best. Oooooo!!!

Okay jom PakNgah kita gerak dulu.

Pasar lambak punya!

Pening pening

Deretan kedai-kedai berdindingkan zink gamaknya. Steady la. Cuaca pun steady je. 
Hero-heroan duduk dalam kereta, biar Cik Ina pilih-memilih menemankan Puan MakNgah memborong sakan.

Ada makanan macam jeruk, buah-buahan, kerepek-kerepek 3 peket RM10, takpun timbang. 
Aksesori rumah, kereta, patung, mainan dari murah ke mahal,pasu,
bunga-bungaan. Ahhh, malas la nak explain apa ada dekat sini.

Rugi kalau dah sampai Johor tak singgah sebentar dekat sini.
Cik Ina dan Nurul
Cik Ina tak ada beli apa. (Tipu le tu).
Takat beli gitu-gitu la. Almaklumlah, mana ada pitih. Awak tak keroje lagi. miahaha.

Akhir kalam la Cik Ina

Cik Ina seronok berjalan, jaga budak (tipu), gembira perabih duit yang tak banyak,
rasa macam nak bawak mak dengan yang lain-lain pulak,
ada rezeki nak pergi berjalan naik airplane pulak, ewaahhh!!

Jom Cuti-Cuti Malaysia


Tahniah MLA
Tempat luahan perasaan Cik Ina.


Marilah MLA baca another part

Part 4: Universal Studio Singapore
Part 3 : Legoland
Part 2: Johor M_Suite Hotel
Part 1 : Holiday

No comments:

Post a Comment