Saturday, 13 December 2014

:: Part 4 : Universal Studio Singapore ::


:: Finally, here WE COME ::

From the bottom??


US


Haruslah. Bukan mudah nak sampai ke sini ye. Kena bersilat, berzapin bagai barulah perjalanan ke sini semakin lancar. Aminyooyoyoyo!! Pagi-pagi buta pukul 6am dah kena kejut. Alasannya suruh buat roti sandwich disalatkan dengan tuna ready made. Ahhh, itu bisain diaturin ye!! Lepas solat cari sudu dengan bekas, pong-pang-pong-pang sambil berangan-angan, done!!!

Tengok MakNgah sedang mempersiapkan hero-heroannya. Cik Ina? Ohhohoho!! Haruslah bersiap bagai. Mana beg? Mana kasut? Mana semuanya!!

Pukul 8.15 am Cik Ina dah turun dengan AbgLong + AbgNgah, tunggu family AbgNuar ye MLA. Kali ini yang akan menjejakkan kaki hanyalah 2 keluarga sahaja. So, memang muat-muat la naik van persiaran tu. Driver pun sharp on time kot. Kata pukul 8.30 am, memang dah terpacul depa lobby hotel. Kitorang pulak yang lambat, almaklum le nak bergambar bagai, nak isi form bagai.

Menjadi tugas Cik Ina pulak nak mengisikan form MakNgah sekeluarga. Layankan. 
Dah tu ada pulak yang Cik Ina tak isi, tempat yang ditujui tu Cik Ina tak tahu nak letak apa sentosa atau USS??? Makanya kita kosongkan ruang itu ye.


Form yang wajib diisi
Tanya dengan driver (tak tahu apa nama aih, rope budak lagi, maybe sebaya-sebaya Cik Ina, lantakkan) , dia cakap tulis Sentosa. Dah nak isi makan masa. Tok tek tok tek, pukul 9 jugak la perjalanan dimulakan.

Dengan lafaz BISMILLAH (Dengan Nama Allah).

Kitorang ikut Tuas, lagi dekat kot dari penginapan kitorang. Nampaknya lalu balik Legoland. Perjalanan pun nampak smooth je. Mungkin sebab orang dah masuk kerja. Sampai imigresen Johor, pun sama, rilex je. Tak payah kepochi sangat, turun van. Jalan terkedek-kedek, cop bagai. Siap. Di imigresen boleh pulak En imigresen pandang passport, pandang Cik Ina. ye Encik kenapa??
Tolong jangan ingat saya Yuna ye, saya Zurina. miahahaha. dulu, kini, nowadays. Tak habis-habis disamakan. Entah mana yang Yunanya entah. Nyampah i tau. kekeke (*gelak sopan).

Sekejap sangat rasanya duduk atas jambatan Tuas tu, terus sampai imigresen Singapore. Ayoyoyo!! cepatnya, tak dan nak snap photo. Oiiiit, dilarang mengambil gambar di imigresen. miahaha. Pe'rak sungguh Cik Ina ni. Okayyy!!! simpan balik tobbin dalam beg. Setelkan urusan.

Alhamdulillah, selesai!!

Sepanjang laluan menuju ke USS, mata akan disajikan dengan keindahan ciptaan manusia. Belum pernah tengok bangunan entah macam mana rupanya entah. Design interior sungguh. Atas jalanraya pun, pemandunya bersopan (elleh dekat sini je, cuba kalau deme masuk Johor, macam mangkuk jamban laju pedesup, cissss). Yang bagusnya kalau nak tukar lane , wajib bagi signal. Kenderaan berat dilorong kiri sekali. Nampak la tertibnya. Yang pasti selang 3 4 batang lampu aada CCTV. Malaysia mampu??


Pintu Masuk dari Jambatan Tuas
Ahh, tak payah nak bangga sangat negara orang aihh, Malaysia pun apa kurangnya.
Contohnya Melaka, 3D2N Cik Ina disana, tak pernah dengar walau sekalipun hon dibunyikan. Sopan betul rakyat Melaka, kali keseterusnya pergi, entah kereta mana hon entah..oooo patut la plat kete W, B,P,A,K. Perggghhhh!!!.

Okay!! Okay!! dah nampak USS. Dah nampak.


Skala excited di tahap tertinggi
Tengok belog orang, mesti ada photolicious ini, so Cik Ina pun nak la sekali. SENTOSA.

En Driver bagi arahan gini-gini. Ikutkan. Karang kena pelupoh ang. miahaha. Pukul 5.45pm-6pm, dia tunggu dekat tempat dia turunkan kitorang. Dipendekkan cerita.

USS!! Here WE ARE.


Tuan Belog

Tak sangka sampai jugak. Ingatkan tak akan sampai tahun ini sebab tak grade lagi. Tapi Allah itu Maha Kaya lagi Mengerti. Dipermudahkan juga urusan Cik Ina. Amboiii!!!

Lagi sekali Tuan Belog
Sila abaikan Encik dibelakang itu. Hehehe!! Tak ada AbgNuar (Abg PakNgah), tak berjalan jugak kotnya Cik Ina. miahahaha. Di tangan Cik Ina adalah tiket masuk ye. Tak perlu beratur panjang sampai 10 lane untuk membeli tiket. Masa sampai tengok orang beratur punya panjang. Kitorang rilex je bergambar dahulu.

Penjual karpet dan penjual pinggan mangkuk
Entah kemana anak deme entah. Makpak nak bergambo. Kita bagi can. Bagi can. 


Kan dah ada tiket. Terus masuk. Berpecahlah kami-kami disini. Perkara pertama yang Cik Ina buat, cari map. Harus tengok. Kalau tak, tak jumpa titik akhir sebab titik mula pun masih bertitik-titik. 
Disebabkan Cik Ina bersama budak-budak baru nak lihat dunia,miahahaha
perjalanan dimulakan dari kiri.


Time masuk tak ada orang
Layankan.

Hollywood - Madagascar - Far Far Away - The Lost World - Ancient Egypt - Sci-Fi City - New York

Fuhhh!! Mantop. Map weh, map.

HOLLYWOOD


Mereka
Kita tempek photolicious ini sahaja ye. Kalau nak dibandingkan Cik Ina dengan dia,aihh, lawa Cik Ina lagi (*________________________*)
. hahaha. Pan Asia gitu. Ini kulit putih melepak, pucat pulak tu. 
Tak lawa-tak lawa (*_____* ayat bajet).

Cik Ina perati je BIL PakNgah ni, kalau orang perempuan. Hamboiii ko PakNgah!!!.
hahahaha.

Dik Kuan muka retis sangat
Mungkin Dik Kuan tak faham makna selfie. miahahaha. Kalau dia faham wajarlah dia menunjukkan kepelbagaian riak muka baby face ye!. 

Si mamanya sahaja yang excited nak bergambar. Kita layankan.

Suka PEACE yooo!

Cik Ina, MakNgah,PakNgah, AbgLong, AbgNgah, Dik Kuan
Lengkaplah kami sekeluarga. Jangan malu-malu untuk berposing sana dan sini.
Rasa tak lengkap kalau tak berphotoliciuos kan?.
Jangan malu juga untuk minta tolong orang yang lalu-lalang untuk snap photo kita ye!

Minta baik-baik

"excuse me, could you please take our photo, four time. Tq."

Dah minta tolong dengan orang, siap suruh ambil 4 kali. Kau hadooo. mihehehe.


MADAGASCAR


Cik Ina dan geng pengembaraan
Selalu tengok TV je. Semua dalam photo berkenaan Cik Ina gemar. miahahaha. 

Sibuk je orang belakang tu
Hahaha, masa ini orang dah berebut,-rebut nak masuk. Kita pun serbu sama. Tengok apa ada!

Mula-mula tangkap gambar dengan ALEX and THE GENG (Gloria, Marty, Melman). Berbaris tunggu turn nak naik boat , sama-sama melayari pelayaran dedeme. Dah tu dapat duduk depan sekali boat. AbgLong dengan AbgNgah memang penakut. Konon! Seronok okay. Yang ini Cik Ina salute sebab berjaya buat Cik Ina excited ak tengok cerita i like to move it,move it. We like to...move it. hehehehe.

I like This One
Nampak macam mama penyayang je! Sorang muka blur, sorang muka excited, 
sorang lagi muka gila gambar. Cukup. Cukup pakejnya.

Awek King Julien
Suka sungguh sampai mematungkan diri dah mengapa?
Suka poyo sendirian.

Picture tell 1000 story
Realkan. Realkan. Rumah Shrek. Tapi mana paya tempat beliau mandi?
eeewwwyuuuuu!!

Apa bezanya dengan outdoor Genting Highlands?
Sama naik makpaknya. Amoi sebelah tu nak minta tolong snap photo, dah tu duapuluhlapan kali la pulak nak kena tangkapkan. Free style la, kaku la. PakNgah steady la. Awek tu, awek. Terbluweekkk.

Setel.

FAR FAR AWAY


Photolicious yang sentiasa tak menjadi
Memang jarang ada photo yang steady-steady kalau dengan MakNgah Family ye.

Steady , control princess

Ini baru steady!!

One more time
Steady terlebih-lebih!!

Pergghhh memang far far away sungguh ye MLA. Castle deme sangat terpegun dibuatnya.
Jom masuk castle tengok apa ada "Shrek 4-D adventure". Ohhh, filem 4D animasi Shrek dan Princess Fiona. Jom masuk. Kitorang duduk baris belakang sekali tepi pintu keluar. Motip? Nampak tak mainannya dekat situ.
Duduk belakang boleh menjerit-jerit bila kena simbah dengan air (bila si donkey bersin, kena sembur degan air), Kaki pulak akan rasa ada labah-labah lalu. Selamat Cik Ina bersila, so tak rasa. hehehe.
Kisahnya Princess Fiona kena tangkap dengan Lord Farquaad, so Shrek nak selamatkan puterinya. Macam-macam adeganlah. itu ini itu ini. Akhirnya bertemu di kalbu semula. Selesai. awesome.

THE LOST WORLD


Cuba tengok muka AbgLong


Dah nampak dah. Dah nampak dah. MLA tau jela AbgLong, dinasour memang binatang peliharaan beliau. Punya banyak dinasour. Dah boleh jadi muzium la senang cerita. Nak bergambar dengan dinasour. Bagikan. Lepas main pusing-pusing, belikan hero-heroan ini kudap-kudap, kitorang makan sandwich, okay!! Jom gerak balik.

AbgLong telah menguasai dinasouuuuuuurrrr
Mainannya banyak sungguh dinasour. 
Mungkin sebab AbgLong ni tak tahu kategori dinasour yang pelbagai spesis ni kotnya.
"MakChik, dinasour amsyar makan daging".
krek~~~~krekkkk~~~kreekkkk~~

Cik Ina pening jadinya.


AbgLong dan kaki dinasour

Dah dah la AbgLong oi, moh balik.
Kalau tak sampai ke malam engkau nak peluk kaki dinasour tu.
Bantainya dia bangun, penyek ko AbgLong.


Ohhhhooo MakNgah salah arah, jangan masuk Toy's shop tu. Kopak karang. Ikut jalan lain. karang habis satu kedai dinasour tu dia nak beli. Cik Ina siap bagi isyarat deheman yang maha karya kuatnya. Lorong salah, salah. nenon-nenon.

ANCIENT EGYPT 

Dah penat
Orang tetap jalan tak pandang kanan kiri.
Memang korang tak nak lepaskan peluangkan?

Permainan untuk dewasa sahaja. Beg simpan dalam loker . Ini semua extreme game. Cik Ina harus bergambar sahaja. Tak sanggup nak berbaris panjang, dah tu tak ada geng pulak nak main.
Sapa pulak nak tengokkan hero-heroan ini.
Yang sebenarnya dapat masuk ketiga-tiga destinasi diatas sudah lebih daripada mencukupi dah bagi orang yang lemah jantung macam Cik Ina ni. kikiki.

SCI-FI CITY


Gayatnya
Lihat la pemikiran manusia. Kadang di luar batasan. 
Mainan macam ini pun jadi.
Bergegar jiwa tahu tak. Tak apa la, Cik Ina bukan seorang yang berani.
Sedangkan ketinggian rumah sewa pun menakutkan, inikan pula
nak naik menatang alah ni.
Abaikan.


Tak ada rezeki nak tangkap photolicious bersama bumblebeeeee!! Tiba tang Cik Ina, dah renyai-renyai kekdahnya terpaksa bawak masuk ke dalam. Memang rasa nak teroyak kot. Kesian AbgLong ngan AbgNgah. lagi kesian dekat Cik Ina. :(

Kami tak dapat bergambar


Tapi tak apa, kita balas dendam beli robot bumblebeeee dengan tangkap gambo banyak-banyak.
Terus blah dari situ. Tak pandang belakang dah lepas tu. Tapi kitorang main "accelarator", ala yang pusing-pusing tu la. Penim pala Cik Ina.

NEW YORK 


Pintu masuk 


Terus rasa nak menetap dekat New York. Motip!! Rasa kesal tadi terus padam bila masuk Light, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Bapak kaya dia ni. Kitorang ni pakat masuk-masuk je mana dan le. Beratur lama-lama sikit. Bila masuk, kena briefing bagai.
Masuk lagi satu entrance , makaihh, Cik Ina rasa real gila. oooooo, gini kekdahnya deme shooting. 
Perghh, merasa sungguh-sungguh la, ribut topan, kapal besar, terbako lauit, sampan, feri bagai la. Berterbangan le dedaun dan tingkap-tingkap yang ada.
Rasanya dalam banyak-banyak Cik Ina masuk, wayang Shrek dengan broadcast ni yang paling Cik Ina ingat sampai ke sudah.

Keluar je, hujan yang tak berapa nak lebat. Tersadai la. Masuk shops yang ada. Nak borong sakan oi!!.

Jalan-jalan-jalan

Berhenti singgah guestroom, memang Cik Ina meninggalkan jejak ye. menyahtinja la kita anak-beranak ye.

Lapar tak? LAPAR. Singgah kita ke Mel's Drive In.
Makan gitu-gitu je kena SGD 80++ ( termasuk fee meal dalam tiket)

Tekak kampung. Boleh masuk ke ni?

Kalau kita convert duit Malaysia RM 220 ++.
Amiyoyoyoyo!! Makan beger je oiii!, bukan makan ikan siakap 3 rasa, kangkung belacan, tomyam campur ye. burger jeeeeeeeeeeeeeeee.

Jalan lagi- lagi - dan lagi.

Tabik hormat tuan


Tangkap sana - posing sini - tuju sana - tuju sini

Percayalah weh!! Percayalah!!


Jom cari souveniuntuk anak-anak buah yang tahu MakChik deme nak menjongket. Untuk kawan-kawan, macam tak ada harapan le pulak  memandangkan pitih tak berapa nak adakan. Nak cari keychain harga RM5 pun tak mandang. Hahahaha. Kedekut sungguh. Mahal sungguh.

Apa dapat?
Yang belah botol air USS tu Cik Ina yang punya, yang belah belakang tu baju-baju tu MakNgah punya, balik bilik terus nak tengok apa barang beli.

Hak Milik Cik Ina

3 mugs
1 botol Air
1 helai baju USS
2 keychain (donkey, shrek & Puss)
7 batang Pen 
1 frigde magnet (Puan Emak request)
1 paper bag (wajib beli, kan gila mengumpul paper bag)

Hak Milik MakNgah
6 helai baju
1 robot bumblebeeeee
1 paper bag

Kalau di convert ke duit Malaysia, tolonglah tak payah.
Kira bodo-bodo macam Cik Ina buat.

1 dole - RM2.65

Cik Ina tak pernah menyesal beli walaupun tak pakai, hehehe.
Buat koleksi. Kan dah cakap, kalau ada rumah sendiri nanti nak susun cantik-cantik,
Pamerkan. Konon sungguh!!!


Kereknya, kereknya
Inilah Cik Ina yang berjiwa kental.

Muka kerek + belagak + bajet bagus et al.

Iyeee!!!

Itulah Cik Ina.

Hakikatnya, jom berkenalan. Baru tahu betapa pelerapnya Cik Ina ini.


Selesai

 Universal Studio Singapore

Ada rezeki, kita melawat tempat lain pula.


No comments:

Post a Comment