Wednesday, 24 December 2014

:: Beriadah & Teriadah di Awal Pagi ::


:: Cuti terluang dengan MEREKA ::

Cik Ina memang garang orangnya. Kalau tak caya tanya anak buah!

Garangkan?

Garangkan?

Tapi dalam garang-garang tu bolehlah kawal anak-anak buah dari meragam berpanjangan.
Dedeme ni jenis emak belaka. Tak nampak muka emak, confirm meragam. Tapi kalau tak ada emak, elok je perangai tu. Tak faham lah Cik Ina. Mungkin nak faham kena tunggu ada anak!! (#ladahkenapapulak).

Sebelum nak balik petang tu, beri kebebasan kepada mereka untuk main beska dahulu.
Almaklumlah, beska baru beli. Tambah pulak kawasan kg, selamat in Sha Allah.
Kalau dah balik Sg Buloh nanti, beska tu teperap mungkin dekat stor.
Jadi, tak apa la, lagipun lorong rumah Puan Emak tak banyak kereta lalu-lalang. 
Kalau ada pun jiran tetangga.

Mereka dan basikal masing-masing
Tak cukup ini. Tak cukup anak buah Cik Ina ni. Lagi 3 orang tak ada. Kaklong anje dan Intan dekat Batang kali, Dik Hadif dekat Nogori.
Yang heroan pun sebab cuti sekolah. Mama pun steady la.
Tak menahan tengok muka dik Kuan. Macam manakah nak pelupoh mereka, bila bersuara pun dah boleh menyebabkan mereka menangis. Cisss, garang betul MakChik Ina deme ni.

Kepala Sawat. Kakak Puteri
Leesya dah Elsa. Semua baju nak frozen. Naik pening dah Cik Ina tengokkan ragam deme ni.
Berani lah lepaskan deorang main atas jalan tar sebab tak ada kereta lalu-lalang.
Kawasan kampungkan. Changkat Lada dihatiku.

Muka kecil mereka
Tetiba rasa mereka makin membesar dengan jayanya.
Garang-garang MakChik deme ni masih disayangi. kekeke.
Buktinya masih dapat ciuman dari mereka.
Pun jadi la.

Nak hadiah selalu, tapi bagi MakChik hadiah tak pernah pun. Sebak je!


Bila kepala sawat conduct aktiviti

Bagikan. Cutikan. Bila bukak sekolah memang tak dapat dah.
Mana tak sekolah pagi, sekolah agama, tuisyen lagi.
Nasib koranglah.
MakChik tengok dari jauh jela.

Makanya, cuti-cuti Cik Ina hanya jadi pemerhati selaku ketua juri  sekiranya ada gaduh-gaduh di antara Kakak Puteri dengan AbgLong mahupun AbgNgah. Jadi juri ye MLA.

Bila MaChik bersuara. Diam belaka.

Itulah fungsinya Cik Ina.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment