Wednesday, 3 December 2014

:: Aqiqah & Berendoi Dik Hadif ::


:: Mohd Hadif Ihsan 4 Bulan ::

MakChik & Hadif Ihsan

Dah terus lekat sekeping photolicious. Motip?
Haruslah ditempekkan awal-awal tuan belog!! Tamak la katakan. 

Dalam Sejarah mungkin kenduri Aqiqah dibuat ditempat lain, bukan dekat umah Puan Emak dekat Changkat Lada tu. Motip buat tempat lain Uda? Katanya masa ini la nak perkenalkan Hadif Ihsan dekat kengkawan, dahlah dulu berpantang pun dekat kg, siap datang lagi orang Jempol ke teratak Puan Emak. Bulan pose plak tu, gigih dedeme ye MLA. So, kali ini buatlah dekat IPD Jempol.

Preparation mesti awal ye! Sebulan sebelum tu dah bincang tapi bukanlah hard core punya discussion. Hanya dalam wassap falmily Ahmad Saidi je. Pun jadi. Bajet apa benda semua, tak puas hati pun harus dilontarkan agar membuka biji mata dan minda dedeme semua.

Bila nak kenduri, haruslah setiap orang mempunyai tugasan masing-masing.

Alang = Bawak kerabat anak marak beserta Puan Emak. Pastikan perjalanan ke N9 berjalan dengan lancar. Cewaaahhh!!. Pastikan mood, kesihatan Puan Emak di skala 0.

MakNgah - Candy Booth 

Eda = Coklat Candy Booth. Almaklumlah seminggu menghadirkan diri ke Langkawi (kursus katanya, tapi Cik Ina tak caya). Haruslah memborong coklat Langkawi.

Adik Busu = frame photolicious Hadif

Cik Ina = tukang karut!!! Wajib.


Marhaban Team

Mula-mula tengok Uda qoutation harga bayar semua. Aik, asal marhaban kena bayar? Selalu dekat kg, rilex je panggil jiran tetangga, dok berzanji 2 3 4 5 6 7 buah lagu, lepas setel semua ada la goodies bag untuk mereka. Ohh, silap!! Sini bukan Changkat Lada. Sini N9. Ewahhh.

Tapi, bila dengar je marhaban team makcik-makcik ini, terus kedu!!
Syok je. Tambah pulak, LAMA GILEEE!!

Bayangkan. Mula pukul 8.30-11.30 AM. Haruslah!! 

Pelamin
Photolicious ini diambil selepas usai kenduri ye!!! Habis tercabut-cabut bunga pelamin ini,susunan pun dah tak tentu hala tengoknya.
Cukup lengkap dengan lampu pun boleh pecah bagai. Siap gantilah. 
Siapa punya kerja kalau tak AbgLong. Haiiisss!!!

Design by US
Harus membanggakan diri. Walaupun pinjam dari Sek MakNgah. Nak pasangnya balik bukan main susah. Dengan word word C A N D Y B O O T H hilang. Ntah kemana, dengan dah rosak, ahh, layankan. Janji ada. 
Persoalannya dekat candy booth ada ke orang letak tempeyek, semperit bagai tu?
miahahaha. 
Dah bukan candy booth, tapi nak buat jugak. Hah bagikan!! Yang pasti coklat sedap. Made from Langkawi la katakan.

Menu Pilihan
Pun harus dikhabarkan agar menu itu menepati citarasa semua pihak.
Kari Kambing
Ikan Sembilang masak cili padi
sayur campur
ulam-ulaman (timun, kacang botol, salad)
Ayam kampung goreng
sambal belacan
Buah tembikai
Ikan pekasam goreng + Cabai + bawang goreng 
Nasi Putih / Nasi Hujan Panas
Kuih-muih

Air Sirap Limau + Teh Panas
Yang menarik perhatian Cik Ina adalah sambal, ayam kg goreng + ikan sembilang. Okay!! Mantop. Ikan pekasam MIL Uda bawak dari Mambang Dek Awan. Terbaiklah. Takut tak cukup lauk. 

Puan Emak dan Besan MIL Uda
Hah,haruslah kedua-dua keluarga bersatu di bawah bumbung untuk menaik buai cucu tercinta ye! 
Seronoklah Dik hadif, double opah ada. Puan Emak suka timang lucah ye.

"Atan-atan dalo, ada syunai ade nelor, satu uat dador, bile ari malam,
ia asik nangeh, tingat punai dengan telo" 

Nampak tak?? Hahaha Cik Ina pun dah terbiasa mempertimangkan nyanyian-nyanyian timangan orang Perak ni. Best oi!! Bukan lucah ye, tapi buat penenang di kala sedang menjaga bayi taw :).

Puan Emak bersama TokMa Opah ocpd
Cik Ina tak kenal pun. Tapi dengan Cik Ina friendly gila. Siap nak balik, nah pipi kanan pipi kiri Acik ini kasi. miahahaha. Dah sembang-sembang keesokan paginya, Uda cakap beliau isteri OCPD. Siap jadikan Dik Hadif cucu beliau. Patutlah tak lekang dari pegang Dik hadif je. 
Sampai sudah marhaban, bagus, bagus!! 

Kisahnya, Acik doakan Uda mengandung dekat Mekah. 
Tula tengok pun macam ada iras-iras jugak. Ahh!! kebetulan mungkin. =)

Uda dan BIL (brother in law)
Tema oren katanya. Cik Ina tukar sikit kuning. miahaha. Napa muka Dik Hadif macam terkejut je.
Bila letak dalam buai, terus krooohhh, krooohh.
Ini budak banyak baik ye. Tak menangis. Tak banyak hal.
Ini macam suruh jaga seminggu pun boleh. kekeke (dah kenapa begitu gelaknya?)

MakChik, MakYang, Dik Hadif, Leesya, Puteri, AbgNgah dibelakang
Orang dekat luar sedang menjamu selera, Cik Ina dan yang lain siap berposing bagai. Almaklum la,
Cik Ina bukan kenal kawan-kawan Uda dan BIL, takat senyum-senyum, lepas tu suruh makan. Takat mampu itu sahaja. So, untuk mengisi masa yang ada, moh bergambar. 

My Heart
Nampak? Lengkap 8 cucu Puan Emak. Bukan dapat bergambar dengan hati tenang. Pakat candid tak candid jela. Kami berlima, Alang, MakNgah, Uda, Eda, Cik Ina.
Busu tak ada sebab tengah bersiap.
KakTa pulak memang tak datang, kerja.

#Diaadiksayakakakmohonpercaya
#tengok Leesya, kalau dengan MakChik, suka berposing!! ewaahh
Dah tak faham Cik Ina. Itu perkara biasa kekeliruan berlaku.
Eda jadi bongsu, si bongsu jadi kakak.
Walaupun dia adik, entah kenapa orang asyik cakap dia kakak. Menci okay!!

Ahh, tak hairan sebab ini orang muka sahaja nampak matured tapi masih bebudak lagi.
Buktinya??

........................................................................

Mohon pencerahan sepanjang masa!!!

MakNgah & Family (photolicious sentiasa begini)

Almaklumlah, dah nama pun hero 3 ketoii, memang boleh mendatangkan pening kepala berpanjangan. AbangLong & AbgNgah dah naik buai, cuma Dik Kuan je tak lagi.
Mungkin tunggu kenduri besar di rumah Puan Emak, Siapa tahu??

So sekarang, cukuplah korumnya!!

4 Lelaki
(AbgLong,AbgNgah,DikKuan & Dik Hadif)

4 Perempuan
(KakLong Anje, Kakak Puteri, Intan, Yayang Leesya)



Mohd Hadif Ihsan
Lihatlah saya wahai dunia.

Saya akan membesar dengan penuh kasih sayang,
Percayalah
Saya Muhammad Hadif Ihsan

Tinta bicara,
Cik Ina merangkap MakChik @ Tante Ina @  makTiri

No comments:

Post a Comment