Tuesday, 30 December 2014

:: 2 Hari Terakhir 2014 ::


:: Sesunguhnya di sebalik tangisan dan kedukaan, terdapatnya kegembiraan ::

Dah boleh bayangkan laluan nak ke kebun
Rasanya tak pergi kebun Puan Emak dengan Uda punya pun dah tahu keadaannya bagaimana,
 tu tak masuk lagi bendang, 
aihh memang dah boleh tahu bagaimanakah keadaannya lepas banjir ni.
Itu belum kira kepenatan untuk mengemas rumah bagai,
buang barang yang tak patut.

Walaupun keadaan Kg Gajah tak seteruk Kelantan, 
namun perasaan kita sama. Sama.

Rumah BIL 15 langkah dari Sg Perak,
Kelapa sawit Uda belakangnya ban CL. Ahhh, mana satu yang kita nak menjenguk dulu ye?
Okay!! Fikir 2 sekali. Tak apa-tak apa, kita tunggu dan lihat kesan bah dulu.

Harap Cik Ina?? Ahh, tak payah la.
Kawasan liar begitu bukan tempat Cik Ina.
Yang sesuai adalah busu. Cik Ina kerjanya dirumah. hehe!

Jom, berfikir positif

Cik Ina nak sebarkan aura-aura positif khas utk MLA.
Janganlah kita berdua asyik bersedih duka.
Barang yang lepas harus dikenang, namun perjalanan untuk hari mendatang haruslah dengan kekentalan jiwa yang maha dasyat.

Syukur Alhamdulillah, semalam K.Ain kata saguhati 2 dah masuk.
Memang ada niat nak memberi sedikit sumbangan kepada mangsa banjir. 
Cik Ina bukan mangsa banjir teruk, Kelantan Terengganu teruk.
Dah macam tsunami Malaysia pulak rupanya.

Cik Ina ada follow seorang hamba Allah ni. Tapi percayalah tak kenal Raja Shamri ni siapa,
tahu pun dari FB bila ramai sangat yang share status beliau. Cik Ina pun sepanjang seminggu ini memang akan tunggu berita dari beliau.

Team Raja Shamri 
Pun tak kenal sesape di dalam photo tersebut.

Tapi atas dasar kemanusian, why not kalau kita sumbang apa yang patut.
Cik Ina dok fikir jugak nak sumbang tenaga, tenaga perlu digunakan untuk kemas rumah jugak. 
In Sha Allah,
sumbang makanan?

Tak apa la, dapat saguhati, jadi la sumbang duit.

En Raja Shamri kata, banyak benda nak beli. Minyak lagi, makanan.
Kiranya sekali la dah tu.

Maaflah. Dapat sumbang duit yang sedikit amaun je. Thank Allah.

Saham Akhirat mungkin. 
Jom la MLA. Kita derma apa yang patut. Jadikan ia saham akhirat kita disamping membantu sesama Islam. Kalau tak kita, siapa lagi yang dapat merasa derita ini. Mari tanggung bersama-sama.
Aikk, seperti bunyi ustazah je. Tapi itu hakikatnya.

Cik Ina sertakan no akaun kedua-dua insan terpilih ini. 
MLA nak derma terus je. In Sha Allah, mereka akan gunakan sebaik-baiknya.

Maybank Jerteh : 5130 4105 0271 (Raja Shamri)
CIMB Pasir Puteh : 8601829019 (Abd hadi hafiz)

Cik Ina nak bersiap siaga mengharung air bah ini.
Doakan keselamatan Cik Ina dan keluarga ye MLA
begitu juga dengan mangsa bah yang lain.

Semoga kita kuat!!

No comments:

Post a Comment