Saturday, 15 November 2014

:: PS 2 : Continue Study atau Bekerja ::


:: Dilema seorang pencinta Ilmu ::


" Zu, nak no hp, nak sembang ni?"

kring..kring.. (menipu bunyi caller ringtone Cik Ina, bunyi lagu hindustan baby doll iye!! ).

Makanya bermulalah arakian ceritera antara Cik Ina dengan bekas rakan seperjuangan di USM dahulu. Cik Ina pun tak berapa nak faham. Mengapa mereka suka meluahkan perasaan, berkongsi cerita mahupun meminta buah fikiran untuk dijadikan panduan. Cik Ina bukanlah kaunselor. Apatah cita-cita tidak langsung terfikirkan bidang tersebut.

well, mungkin atas dasar percaya . Jangan tak percaya ye, dekat USM, kawan-kawan panggil Zu, di kampung pulak Ina (mana yang rapat), yang tak rapat terus fullname Zurina. Hah, nama pendek je, namun panggilan bermacam-macam. Ahh, lantak kome le!.

Kembali semula kepada perbualan antara Cik Ina dengan sahabat yang diberi nama pencinta ilmu. Memandangkan kami selalu bersaing sesama sihat lagi eksesais, haruslah Cik Ina ucapkan terlebih dahulu ribuan terima kasih sebab inform pasal master UKM. Cik Ina sambung, beliau tak. Asbab? Dah kerja dekat LHDN masa itu.

Lama-lama sembang-sembang, borak-borak dekat wechat, Cik Ina dapat tahu pencinta ilmu dah bekerja di IPD Setiu, Terengganu. Tahniah. Sembang punya sembang rupa-rupanya jiwa beliau tidak mencapai ketenangan, sifat mahukan ilmu itu sering bermain diminda beliau, tambahan pula, dek kerana omongan dan kata-kata dustarakan seperjuangan yang menidakkan kelulusan juga punca beliau semakin depress. Akhirnya minta pendapat!

"Macam mana ni Zu, nak berhenti kerja ke atau sambung belajar ke, atau macam mana? Pening dah kepala tak tahu nak cakap apa. Puas dah ni."

Apa ni oii!! Sayang la.

"Apa ni awk, sayang la. Tak semua orang berpeluang nak dapat kerja kerajaan. Tak semestinya nak sambung belajar mesti lepaskan apa yang awk ada. Itu satu kerugian. Lagipun, zaman sekarang, kata dusta dan nista orang tak mati ditelinga kita oi. Ilmu itu yang membezakan kita. Ada solusinya."

APA??

Kuat semangat tak? 

Kental??

Bersedia atau tak mental dan fizikal?

Sambung belajar ini untuk mereka yang gila. Gila kau kata Cik Ina? Hah la, gila sebab orang lain berlumba-lumba nak pakai cantik-cantik, mewah-mewah, kereta besar, ada investment, dah kau mencari ilmu. Bukannya dapat kumpul harta pun. Lepas itu kau maki-maki lecturer bila tak ngam. Cisss!!! Tolong la. Memang gila la kalau korang berjaya menyiapkan 1 tesis berkualiti sambil pakai baju konvo, jalan pun terdada-dada. (ahh, macam mana jalan terdada-dada itu).

Kepada pencinta Ilmu.

Why not kalau sambung master tapi dalam mode penyelidikan. At the same time, awak dah tak perlu runsing untuk pergi kelas, balik kelas. Hanya deal dengan penyelia sahaja. Mungkin semester 1 menjadi masalah berat, that's why tadi I dah tanya dengan u soalan diatas. Kenapa sem 1, sem 1 inilah masanya untuk awak faham betul-betul apa awak nak buat, siapa penyelia, nak buat hubugan rapoo dengan penyelia, bahan bacaan et al. Ahh, banyak benda la. Ibarat macam kita mula-mula masuk USM dulu takdak kawan, alone, nerd!! Hah, begitulah tamsilannya.

Yang sebenarnya, tak susah nak susah dan tak senang kalau nak senang. Semuanya atas kita sendiri. Kalau asyik dok fikir apa orang kata, sampai kesudah apa pun tak jadi. Apapun, pilihan di tangan kita sendiri. Orang hanya takat boleh bagi cadangan sahaja, KITA yang tentukan!!.


Problem solving?? Not yet!! Mulakan langkah anda wahai pencinta Ilmu. Cik Ina yakin awak boleh!! aja aja fighting.


No comments:

Post a Comment