Sunday, 16 November 2014

:: Kisah Hati 5 : Nor Aleesya Adriana dan NorBalqis Batrisyia ::


::: Mereka anak Kg :::

Nor Aleesya Adriana aka ADIK
Opppss!! Tanjat MakChik tengok Lisyot. Ewaahhh!! Hai la hai mengkome oii, nampaknya Cik Ina dah rindu-kerinduan dengan anak sedara Cik Ina yang ini. Almaklum le, Cik Ina suka picit bebionye, tu le pasalnya kuat muncungnya. Itu peel  ye!! Hah, yang ini Cik Ina tengok-tengokkan masa baby lagi ye. Yela! Tahun 2011 kan Cik Ina duduk rumah je lepas habis belajar dekat USM dulu. Masa gini-gini la dia nak lahir pu. Makanya, secara tak langsung, kena jadi mak bidan kg lagi la.

Adik dan Kakak Puteri
Ini saja lah nyawa hati limpa Alang. Puteri darjah 1, Lisya baru 3 tahun. So, Lisya kena hantar ke taska la sampai kadangkala sampai pukul 3 4 ptg. Nasib la dapat mama workaholic. Kalau ada Cik Ina kadang Lisya duduk je dengan Cik Ina, kalau malas suruh hantar taska.

Puteri pulak sek sama Alang. So, mudahlah apa-apa hal. Tapi kata Alang, susah jugak anak 1sek ni. Kejap-kejap masuk bilik guru, ambik air kotak dalam peti,berlumba-lumba dengan anak cikgu lain. Haiii, ikut la. 


Minat warna PINK
Hah, deme berdua yang amat gemorkan movie frozen tu. Siap record lagi. Tiap kali balik Kg Tanjung wajib pasang movie tu. Bila start lagu let it go, beria nak bangun sambil tiru gaya Elsa. Mampu kome? Siap nama anak kucing pun diletaknya nama kartun ni. Aje handei!! Puteri selalu gaduh dengan Cik Ina sebab rebutkan remote TV. Haruslah Cik Ina yang menang. Akukan makchik. 



Iftar di Kuala Kangsar sambil cari baju raya
Family  Cik Ina ni kalau kata menjongket semua nak ikut, terutamanya KakLong. Mana boleh tinggal. Sanggup pergi guna 2 bijik kereta. KakLong, Puteri, Lisya memang duduk dekat kg, makanya bila balik kg, muka deme memang ada le. Masa tulah nak gaduh, nak main. Nampaknya semua makin besar. Rasa cepat sangat. Hoii, kome jangan la membesar cepat sangat!! Rasanya baru semalam salinkan deme pampers. 

Tetiba Cik Ina rasa nak balik kg!! motip??



No comments:

Post a Comment