Friday, 28 November 2014

:: Kisah hati 22: Bukit Gambang Waterpark ::


:: Fully sponsor by MakNgah ::

Hye MLA, tengah-tengah buat korelasi yang tak berapa nak korelasi tu sangat, tangan jenjoren je cucuk external . Konon nak layan Korean movie, alih-alih terbuka folder album gambar. 
Eh, aku tak pernah sampai Pahang la, eh pernah la.
Pergi makan ikan patin Tempoyak dekat Temerloh, ala!! tu bukan jalan-jalan.
Ada!! Cik Ina pernah pergi ber'holiday' dekat Pahang.
Tak caya aihh!! Belek-belek. "Eh, bila masa aku sampai sini?? Bila??".Getus hati besar.

Ye!!!

Bukit Gambang Waterpark, Pahang.

Hah, betulkan
Hah, betulkan! Cik Ina dah sampai la ke sini. Photolicious kebanyakkannya diambil selepas bermandi-manda selama lebih 3 jam. miahahaha. 

Cik Ina, MakNgah, Dik Kuan, AbgLong, Nurul, AbgNgah & PakNgah
Tukang sponsor Cik Ina, MakNgah. Janji tolong tengok-tengokkan anak beliau. Ahh, sampai sana, tinggal la semua. Cik Ina bermandi-mandaan dengan Nurul (Anakbuah PakNgah). Walaupun jarang jumpa, bila jumpa, kecohhh!!. Macam dah lama kenal. Nampak tak mainannya dekat situ?


Menginap dekat Carribean Bay Suites
Urusan penginapan (Studio Suites), pengangkutan, yuran & lain-lain semuanya ditanggung halal oleh Puan MakNgah. 

Acara Malam

Malamnya pula, macam-macam acara. Lagipun memang dah ada tiket free sekali dengan tiket masuk Gambang, hotel dengan tiket masuk zoo Gambang ni la. Pergi la Cik Ina jenjalan dekat Jungle Walk, Saddle Castle & et al.

Tarian Api koooo!!
Ramai orang!! Mat Saleh & Minah saleh pun over jugak. Siap tepuk-tepuk, puji-puji. Cik Ina pun jadi excited pulak. Asalnya rasa biasa-biasa sebab masa kecik biasa dah main api ni, tapi bila dah tengok tersembur-sembur api tu, terus jadi gelabah excited ko. miahaha.

Pun boleh
Dah ada dekat sini, rugi pulak rasanya tak berjalan-jalan sekitar area ni. Belum tentu dapat pergi lagi lepas nikan. Nama pun dah free belaka. Harus appreciate gila. 

Dengan mereka
Dengan siapa Cik Ina ber'holiday'?

Hah, dengan family PakNgah. Deorang memang kaki jalan. Cik Ina tak kenal la sangat, tapi kalau duduk rumah MakNgah, deorang selalu la jugak jumpa. Tapi di dalam photolicious ni ada jugak yang Cik Ina tak kenal. Ah, layankan aja.
Dah macam family Cik Ina pulak rasanya. Deorang enjoy!! Cik Ina pun enjoy le jugak. Harus.

Safari Park

Balik hotel tengok MakNgah & family dah melabuhkan tirai. Amboii!! Cuci muka, basuh kaki, bentang toto, Kroooohhhh, krooohhh!!

Subuh kena kejut! 

Breakfast.

Swimming pool!! Dekat dgn Coffee House

Memang tak la bebudak ni breakfast. Dah nampak kolam, wajib terjun tiruk. Balik bilik, salin balik swimming suit, terjun.

Kan dah cakap, tengok le AbgLong (baju hijau). Udah tak sabo

Ikut kan le ragamnya. MakChik nya pun sama, takdan nak makan. Mohhh!!. Makanya, takdak photolicious seterusnya sehingga ke balik. miahahaha. Nampak sangat bateri pun dah kong.

Itu jela kisahnya.

Yehhhaaaa!! Rupanya dah sampai berkali-kali jugak Pahang ni.

Tq MakNgah kerana mengsupport adikmu ini.

P/S: Korelasi makin kelaut nampaknya. Susah gila nak buat!! Adakah kerana bermain dengan nombor telah membingungkan Cik Ina?? Matematik dulu B okay!! Tak de le bodoh piang sangatkan??.

No comments:

Post a Comment