Thursday, 27 November 2014

::Kisah Hati 21: Jom Makan MEE UDANG Tg Tualang ::


:: Mee Udang Tg Tualang ::

Tetiba pulak tekak nak makan mee udang dekat Tanjung Tualang tu, mungkin sebab tengok dekat gambar makanan yang tersimpan banyak-banyak dekat folder makanan. Cisss!! tula ragamnya.
Sebelum makan, baca doa, lepas tu selfie food namanya.

Beria nak tangkap dari macam-macam posisi. Lastly, lapo sebab tengok photolicious makanan yang maha banyak nie. Nanti balik nak ajak Puan Emak dengan Alang makan sini le.

Dah bagus dah, beso kedabak 

Tapi tula, kedainya tepi jalan, kereta lalu lalang, takut bebudak lari-lari terus ke jalan. Lagi bagus tah sapa punya lembu melintas. Selambe je lelembu tu melintas tak tengok kiri kanan. (dah asal lembu pulak Cik Ina oiii??).

Pegun tengok lelembu melintas jalan sambil bontot kiri kanan kiri kanan

Tengok le muka Leesya. Macam kan tak pernah tengok je. Masa ini tengah tunggu mee udang. Datang tengahari sebab petang ramai orang. Lagipun, memang nak makan sini pun. Tak ada nasi berlauk ye dekat sini. 

P/S: Puan Emak pandai buat muncung gitu, nakkhabar ke Leesya 'tengok tu'..

Antara menu K.A.M.I

Macam-macam tempah, mee udang special, mee udang biasa, nasi goreng udang, ketiau udang!! Apa sahaja udang-udang-udang. Yang paling sedap, haruslah MEE UDANG. Terasa!!. Habis makan, tak ada yang membazir.

Mohon terlio balik ye Cik Ina. Uisss, nak pergi lagi le. 

Ala, memang Cik Ina kaki makan-makan. Ini semua salah Puan Emak,
hari-hari menjongket ikut puan Emak ke bendang, sawit!!
Lepas tu lajak ke kedai makan. Moncahhh!!!.

Okay la, jom balik kg, pekena mee udang Tanjung Tualang.

No comments:

Post a Comment