Monday, 3 November 2014

:: Kisah Hati 2 : Supervisor vs Supervisee ::


:: Dia pemberi semangat ::

Tahukan konvo !! Tahukan!!.

Sabar okay hati. Tak layak nak bergraduasi konvo ke-23, kita bergraduasi konvo ke-24. Apa yang penting, persiapkan thesisfie tu. Jangan meracau-racau seperti tiada arah tujuan. Okay!!

Nampaknya kepanasan tengahari ini makin panas Cik Ina rasakan. Sederap-menderap dan terderap tapak kaki Cik Ina hayunkan ke bilik Dr Penyelia. Memandangkan arah tuju dua bulan / tujuhminggu sesi pembelajaran seperti angin yang tiada tepian, Cik Ina kembali semula ke alam nyata. Ohh, padankan mukaku. 

Datang tanpa apa-apa, pulang dengan macam-macam. itulah Dr Penyelia. 

Walaupun bukan seoang pakar kaunseling, tapi kata-kata semangat tidak lekang dari bibirnya. Idea dan peransang sering meniti dari sudut hatinya. Bila Cik Ina hilang semangat dan fokus, beliau tegas berdiri atas pendirian.

Kala ini, Cik Ina bersyukur, mempunyai Dr Penyelia yang memahami. Namun dalam masa yang sama sangat annoying!. Tapi annoying yang merangsang. Terima Kasih Dr Penyelia. 

Barulah Cik Ina rasa dan faham. Kenapa orang boleh quit? Mengapa supervisee hilang tanpa dikesan? Kemana hilangnya passionate untuk menulis? Semuanya Cik Ina telah rasai. Oleh itu, ingin Cik Ina berpesan kepada mereka yang sedang ber'thesisfie' , jagalah hati.

Wahai pelajar,
Walau sedang dilanda gusar, gundah-gulana,
Mohon padamu,
JAGALAH HATI.

No comments:

Post a Comment