Thursday, 20 November 2014

:: Kisah Hati 13: Main Masak-masak ::



: Pagi buta Cik Perut nyanyi-nyanyi lagu 3 suara ::

Adakah sebab Cik Ina meminati penyanyi 3 suara tersebut, makanya perut pun menyanyikan lagu itu ketika lapar datang mengundang. Kriukkk~~kriuukk

Pagi tadi tetiba dengar perut nyanyi "dimana-dimana, dimana harusku mencari cinta yang sejati......."

Hah, mampu ko MLA perut ko nyanyi lagu macam tu. Kengkadang gerun gila bila fikir balik. Hahaha. Memula-memula tak layankan kerenah perut ni, dah tak layan terus keluar lagu lain pulak 
"Kau katakan padaku, inginkau mengakhiri semua ini......tak bisakah engkau coba, melihat diriku, dan semua cintaku oooohhh ooo oooo, tak bisakah engkau coba, hargai hatiku..."

Hambik ko MLA, perut siap nyanyi macam tu lagi, haruslah ke dapur, tengok apa ada dalam peti. Nah ekau perut. Ngengada sangat kau kan??

Kari ayam Semua Isi hatiku
Kari Ayam Semua Isi Hatiku

Disebabkan ada ayam je dalam peti harta karun ni, Cik Ina rasa nak makan kari, mana tahu kot-kot petang karang buat jemput bawang ke, cicah dengan kuah kari ini.
 Almaklum la, sini susah nak cari santan perah fresh dari buah kelapa sendiri, 
kita pakai santan kotak punya. Mantopp!! (dah asal puji diri sendiri ni?)

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (makan 3 orang)
2 biji kentang
1 biji lobak
Bawang merah / Bawang Putih
5 biji cabai merah
Santan
Kari

Keting-keting, creng-creng, tu'm-tu'm..Hah, siap!!


Kangkung Belacan Beribu Sesalan
Bahan-bahan:
1 ikat kangkung
1 biji bawang merah
6 biji cabai

Pun sama!! Masak la macam mana pun. Tadaaa. Siap!! Jom makan.

 Tekak Cik Ina memang tekak kampung, makanya makan pun mesti nak kekampungan punya.
Duduk rumah sewa, ada dapur, ada peti, rugilah kan kalau kita makan kedai je. Tekak dah muak dah makan kedai, dah tu mahal. Yang ni, sampai boleh taruh sampai ke malam, tak ke happening je hidup. Seronoknya duduk rumah sewa!!

Kalau tahu duduk rumah sewa kita enjoy , tak rasa tertekan dengan sistem UKM, staff office yang kerek,cakap kasar tu, dari dulu lagi Cik Ina duduk luar. Ewaahhhh!! Tapi tak apa, nikmat itu dah ada.

Dah apasal pulak melalut-lalut ini? Okay la. Bye.


No comments:

Post a Comment