Wednesday, 19 November 2014

:: Kisah Hati 12 : Jeruk Mempelam Epal Angin Syurga :


:: Cik Ina perati je perut ni, melampau je, tajuk mesti nak panjang-panjang berjela-jela kononnya ::

Mentang-mentang la bab 5 macam membuahkan hasil, siap ada pujian mesra-mesraan dari Dr Penyelia, memulalah, angan-angan dan impian nak makan beria-ria hadir. Tapi, kena kuat semangat ye MLA. Kalau macam tu, asyik nak makan je la.

2 3 bulan sebelum ni heboh juga orang makan jeruk mempelam letak asam boi + cabai. Amboii, Cik Ina dulu-dulu lagi dah makan benda macam tu, masa kecik-kecik dah makan asam + limau kasturi. Beli le asam dekat kedai Pak Din, naik basikal. Minta pula limau kasturi rumah Mak Ngah depan rumah. Kalau agak nak lagi extreme kait buah pelam depan laman rumah, buat macam yang sekarang ni. Bezanya Cik Ina tak letak cabai. Mantopp!!.

Sibukkan. Siap beli mempelam epal dekat pasar semalam.
Buah mempelam epal, fresh dari ladang
Laman rumah Cik Ina dulu memang lebatlah dengan buah mempelam padi. Memang ohsem!! Tiap kali nak buat sambal pelam, petik je. Pergghhh, ingat lagi masa Ting 1-3, kawan Cik Ina Ainur dengan Farahin selalu datang rumah, makan buah pelam sabil cicah sambal kicap + air oren. 

Tapi itu kisah dulu, masa rumah felcra. Sekarang bila renovation , habis dengan pokok rambutan sekali kena tebang. Melopong!! Balik sek asrama, tojen je laman rumah. Ate, mana nak makan pelam lagi lepas ni??


Mantop !! Marbeles
Bahan-bahan:

6 biji mempelam epal yang ki'gho (faham tak ki'gho tu apa??Ki'gho tu maksudnya kekuning-kuningan rupanya)
3 biji cabai
2 biji limau kasturi (nak jugak)
Gula / Garam

Makanya terhasillah Jeruk Mempelam Epal Angin Syurga

(Nama nak canggih-manggih je)

Buat banyak untuk hosmet sekali

Karang, perah je limau kasturi tu, mesti lagi ermm, auuummm!!!

Okaylah MLA, selamat malam ;)

"Hidup indah itu tentunya impian,
Hidup dengan keindahan itu tentulah harapan,
Harapan dan impian itu adalah suatu kehidupan".

No comments:

Post a Comment