Wednesday, 24 September 2014

:: Anak Kampung VS Jiwa Bandar ::



Assalamualaikum MLA,

Ke'boring'an Cik Ina sekarang di skala yang tak ternilai. Almaklumlah, thesisfie Cik Ina dah kelaut Antartika. Itu belum lagi perkara-perkara lag'ha yang Cik Ina asyik buat!! Ohhh, what a life??? Well, well!!  Cik Ina sekarang ini sedang dalam proses menguruskan berat badan. (.............................................................) , okay!! Fine. 

Masa-masa yang ada sepanjang duduk dekat kampung, banyaknya mengarahkan Cik Ina untuk menjadi unofficial driver untuk Puan Emak ke kebun Kelapa Sawit & Bendang (** bagi yang tak faham bendang tu Sawah Padi laaaaa). 

Cik Ina mmng jarang-jarang bawak kereta, tapi kalau dah terpaksa. Henjut aje la!! Janji tak melanggar atau dilanggar. Tak gitu?

Cuti lama-lama hari tu inilah kerjanya. Menengokkan kerja orang. Usulan untuk membuat longkang untuk memudahkan hal-hal akan datang. Cewahh!!!!!!!! Hoii, Cik Ina memang anak kampung yang berjiwa kampung. Sehinggakan hari ini, longkang hanya dapat disiapkan separuh sahaja. Almaklumlah, kan musim hujan sekarang ini. 

Membuang 'pokok hantu'

Cik Ina bukanlah kaki masuk sawit-sawit ini. Memang tak boleh harap ye!! Harap makan duit hasil. Number ONE!! Takutlah weh, kot ada pacat ke, lintah ke, anak ular ke, ape ke.. eeewwuuwww!!!


Bendang yang baru sekali sikat

Sebenarnya datang pun nak tengok sempadan tanah dengan jiran bendang sebelah. Baguslah!! Bendang pun Cik Ina tak tahu menahu. Yang tahunya hasil berapa je!! Wakakaka!!. Memang bukan jiwa kerja kampung betul la. Kalau kena ajak ke bendang dengan sawit, punyalah tak nak. Tapi disebabkan semakin meningkat dewasa serta inilah peninggalan arwah abah, seharusnya legasi ini tak pupus. Bukan begitu?

Semoga musim ini, raih hasilnya meningkat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Semoga kami boleh bersedekah lebih-lebih-lebih lagi untuk anak-anak yatim 
Semoga hasil itu dapat diagihkan kepada yang memerlukan juga.
Doakan ye!!

No comments:

Post a Comment