Tuesday, 15 July 2014

:: Temporary BLIND ::

:: Ohohoho!!! Ishq ka Bina Kya!! ::

Okay!! Tajuk tak ada kena mengena dengan buta-membuta-mahupun kebutaan. Pagi-pagi yang sunyi sepi dengan tingkap bilik dibuka seluas-luasnya, sambil halwa telinga digendangi oleh lagu-lagu hindustan yang tak pernah jemu dilalakkan ditelinga, jari-jemari pula tari-menari mengikut rentak muzik. Hamboii!!. Tiadalah henti nampaknya puitis kerepek-mepek ini. 

Yang sebenarnya, Cik Ina sedang kebuntuan untuk menyiapkan "thesisfie" Cik Ina. Kadang-kala rasa putus asa itu ada. Namun, tak mungkin separuh jalan, TAK MUNGKIN. Demikianlah arakiannya cerita pagi ini.

Lama sungguh rasanya Cik Ina tak on9 FB. Percayalah! Takkan ada yang perasan. Bhahaha. Siapalah daku kan? Alahai, tetiba Cik Ina terlihatkan photolicious demikian. Auooochhh.. Lamanya tak berkeadaan sedemikian. Nangis!!.

Nak oiiii, Sabo!! Sabooooo
Terkadang, rezeki kita belum sampai lagi.Tak perlu la nak mengeluh bagai. Mesti berpijak di alam yang nyata. Semuanya antara hendak dan tak nak sahaja. Berjimat Cik Ina oii. Percayalah!!! Percayalah!!! Mohon perkuatkan semangat dengan penuh kekentalan dan keraksasaan.

  satu masa nanti, apa yang kita inginkan dalam hidup ini bakal jadi kenyataan. 
Masa itu pasti datang. Nantikan dengan penuh sabar.

Notahati :Nampaknya baju raya tak ada tahun ini. Hati sedang dupdap memikirkan "thesisfie" yang semakin kelaut. Yohoiiiihoiii.


No comments:

Post a Comment