Sunday, 13 July 2014

:: Taraweh & Wanita ::


:: Jom bertaraweh mengejar pahala berganda ::

Assalamualaikum MLA. Hari ini Cik Ina nak kongsikan pendapat 20 cent Cik Ina seperti biasalah. Kita kasi syok sendiri!! Siapa suka pergi surau sembahyang berjemaah. Yes!! Bagus !!! Thumbups banyak-banyak!!. Yela, manakan tahu, tahun hadapan mungkin kita dijemput menghadap Ilahi. Wallahualam. Masa inilah kita penuhkan. Kadang-kadang, boleh topup lah sembahyang yang terkadang terbabas dan dipenghujung-hujung (krik~~krik) yang ya amat gemar kita buat. Betul tak? Betul tak? Ehem-ehem, Cik Ina pun sama. terkadang dah hampir ke penghujung baru bergegas ke toilet , berkejar-kejaran anak nak solat Asar. Hoiii, ape punya ragamlah. Mak mertua pun boleh rejected

Taraweh situ sana sini. 

Universiti Sains Malaysia USM. Hohoho!! Sewaktu zaman degree pernahlah menjejakkan kaki. Ewahh. Walhalnya MASJID USM betul-betul dekat gate utama USM Sg Dua. Tiap kali nak keluar , wajib lalulah. Lagipun, masjid tersebut merupakan penginapan pertama sewaktu Cik Ina mendaftarkan diri. Ramai-ramai berjemaah tidur dekat luar tu. Disitu jugalah perkenalan Cik Ina dengan rumet Emi. Kami sama-sama pakai baju kurung purple . Opps!! Lari tajuk nampak. Okay! Disebabkan asrama Cik Ina yang lebih dikenali dengan nama desasiswa Fajar Harapan sangat hampir dengan masjid, makanya, bolehlah beriftar beramai-ramai di masjid. Dari bilik Cik Ina boleh dengar orang azan, mengaji, bertadarus et al. Haruslah. 

Taraweh di USM sangat berlainan. Merdunya suara Tuan Imam menggamit sanubari aihh. Bacaannya tersangatlah mendayu-dayu daripada surah-surah Al-Quran (bukan surah lazim ye). Terasa macam di Mekah kadang-kadang tu. Ewahh!!.  Jemaah wanita akan diletakkan di tingkat atas. Makanya, wanita tak nampak jemaah lelaki. Begitulah sebaliknya. 8 rakaat disertai 3 witir dirasakan tersangatlah sebentar. (kalau dapat tuan Imam yang merdu alunannya, hehehe). Nampaknya sudah 4 tahun melewati. Masih seperti dahulukah acara taraweh di USM? Wallahualam.

Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM.  Almaklumlah, disebabkan thesisfie yang tak siap-siap itu. Terpaksalah Cik Ina menetap temporarily di KTHO. Merasalah ke Masjid UKM sekali sebab kan sekarang ini Cik Ina di rumah menjadi mak bidan moden. Di UKM, berbeza sedikit dimana, para wanita diletakkan di tingkat bawah, manakala lelaki di atas. Okay! fine. Sama seperti di USM, 8 rakaat 3 witir. Menariknya. Selepas selesai mengerjakan solat Isyaa', kami akan bersama-sama membaca tahlil. Disedekahkan kepada individu yang menyemponser moreh pada hari tersebut. awesome. Walaupun ia mengambil masa dalam 15 minit, itu tidak menjadi masalah. Oleh itu, dianggarkan pada pukul 11.30pm, selesailah sudah solat taraweh berjemaah.

Apa yang menariknya di USM dan UKM?

Ramainya manusia yang mengejar pahala! Bersolat! menjalinkan ukhwah! serta mempersiapkan anak kecil akan akhirat. Wowww!!! Menarik bukan. Rasanya bukan di sini sahaja orang berlumba-lumba mencari pahala berganda ini, di mana-manapun sama. Bukan? Walaupun kadang-kadang anak-anak kecil agak sedikit bising dan boleh menggangu, namun tak mengapa bagi Cik Ina. Apalah sangat bising kanak-kanak daripada bising orang dewasa. Ayoooo!! Namapun kanak-kanak

Surau Fasa 5, Changkat Lada. Hohohoho!! Haruslah digembar-gemburkan. Yes!! Itulah destinasi pilihan Cik Ina. Dari kecil sehinggalah membesar seperti batang pokok rambutan depan rumah, disitulah tempatnya Cik Ina mendirikan solat taraweh beramai-ramai. Surau Fasa 5 menjadikan 23 rakaat termasuk witir. Woww!! Namun Cik Ina tak pernah kesampaian. Surau Cik Ina berhadapan dengan rumah. Makanya haruslah dilawati sekali dan berkala-kala. Apa yang menariknya? Yang menariknya Cik Ina boleh beramah-tamah dengan jemaah wanitalah. Sempatlah bersembang mun sepatah dua. 

Yang pasti, kalau kita tak ada, deme-deme boleh sedar. "tak ada semalam, kemana?". Hah, nampak tak jemaah wanita. Tersangatlah mengambil berat. Ada sekali mak Cik Ina tak datang, mak chik Pah tanya kemana mak. Hamboiii!! Jiran-jiran Fasa 5 sangat friendly, awesome, et al. Rasanya tak tertanding dengan tempat lain. Muahahahaha.


Ada yang kata, wanita tidak digalakkan solat taraweh di masjid dan surau kerana khuatiri boleh mendatangkan 'fitnah' , zaman Nabi Muhamad SAW wanita tidak mengerjakan solat taraweh di masjid. Maka keluarlah dalil-dalil itu dan ini.
Bagi Cik Ina yang seringkali remid myself akan erti
 ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH,
tak menjadikan ia penghalang.
Nawaitu' itulah yang sebaik-baik diterima,
jangan jadikan ia sesuatu yang sukar.
Apa yang penting.. 
adakah amalan-amalan yang kita laksanakan itu diterima oleh Maha Pencipta?
Wallahualam. Allahurabbi.



No comments:

Post a Comment