Wednesday, 18 June 2014

::: Tips 9: Exam Week :::


:: Peperiksaan Pembunuh :::

Siapa pelajar?
Perasaan MEREKA begini

Hai MLA. Rasanya tak terlambat mungkin kalau Kak Ina nak bagi tips-tips dalam menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung ini kan. Sebelum itu, Kak Ina nak MLA duduk properly dulu. Sebab apa yang Kak Ina nak kongsikan ini mungkin ada yang tak boleh diterima akal yang waras lagi jelas. Selalunya bila kita berbicara tentang peperiksaan ini, yang terlintas dalam benak fikiran MLA nak dapat dekan. Betul tak? Betul tak? Kalau tak dapat dekan, MLA rasa macam menyesal sangat, tak lalu makan, fefeling tak pandai, et al.

Hakikatnya, berapa banyak A yang diperolehi, berapa carrymark yang MLA dapat bukanlah penentu kepada kejayaan MLA masa hadapan. CUMA, ia batu loncatan untuk dinilai suatu masa dahulu. Makanya, tak perlu gundah gulana. Apa yang penting? Kepraktikkan yang MLA dapat dan aplikasikan sepanjang masa. Contohnya [ Kak Ina suka jadikan diri sendiri sebagai contoh sebab PEMBELAJARAN DATANGNYA DARI PENGALAMAN DIRI SENDIRI ]. Bila Kak Ina ambil Major KERJA SOSIAL, Kak Ina masih blur-blur , apakah jadahnya !! Tapi lama-lama baru faham. Dekan? Syukur. Paling tinggi masa Semester 5 [3.89]. Tapi, apakah itu sekadar dekan? Tak. Kak Ina dapat lagi banyak, pengalaman handle klien, memahami deeply their thought et al. [malas nak sembang fasal social work].

Yang paling Kak Ina suka. observing . Ohh, itulah yang Kak Ina buat dikala bersendirian tiada peneman. Memerhatikan manusia. Pernah jugak dapat pointer [3.02] tapi itu tak mematahkan semangat. Makanya Kak Ina nak tanya? Apakah pentingnya Pointer + Dean List ?. 

IMAM MALIK kata apa itu ILMU

Justeru itu, Kak Ina nak share idea 20 cent. Mungkin ada yang sama pe'el nya dengan Kak Ina. 

1. Nota yang ringkas untuk bacaan terakhir

Waw, bunyinya macam kedekut je note nak share-share. Alahai, bukan begitu adik-adik sekalian. Kak Ina lebih suka nota tersebut yang paling minimize perkataannya. Ini membolehkan Kak Ina menggoreng dengan sehabis rentung. Janji ada keyword-keyword yang penting. Disebabkan course Kak Ina bermain dengan teori merangkap dalam jawapan yang diberikan perlu ada praktikal sekali, makanya jawapan lebih kepada sumber yang nyata, jelas dan tersusun.

2. Tidur Sejam Dua Jam Tiga Jam dan Berjam-Jam

Bila kita rasa fedap sangat-sangat. Jangan baca. jangan tekankan diri. Tak guna memaksa diri kalau diri tak boleh terima. Tula korang ini, bila dah nak dekat exam baru kelam (ewahhh, marah pulak). Yang PENTING, jangan memaksa. Tidurlah. Bila bangun nanti kita akan lega. Masa-masa macam ini otak memang cepat stress, stuck, non-funtion et al. 

3. Bawak berbincang dengan rakan berbeza jantina

Mengapa berlainan jantina? Sebab kalau discuss dengan sama jantina ini lain jadinya. Kejap nak tengok FB, Instagram, twitter-mister lah. Hoii, macam-macam tahu. Tak jadi nanti discussionnya. Lagipun bila ada group discussion ini , ia membolehkan perbincangan menjadi lebih telus dan jitu.

4. Minta MAAF

Terkadang, masa kita buat assignment group, mungkin sumbangan idea kita kurang, takpun kawan berasa hati dengan kita, takpun kita ada mengata-mengata member kelas. Tak perlulah cakap apa bendanya. Cukup sekadar minta maaf. Lagi baik dari kita berdendam, dia pun berdendam sama. Menariknya coursemate Kak Ina adalah, setiap kali last class , kami akan bergambar dan  minta maaf sambil laga-laga pipi. awesome!!!. Makanya, kalau terasa-berasa-merasa dan seangkatan dengannya, sudah-sudahlah tu. Kata social worker!! .

5. Jangan PUTUS DOA.

Yes!! Doa itu senjata umat Islam. Setuju?. Yes!!. Masa inilah kita nak mengadu-domba padaNya. Bukan dekat FB ye. Cakaplah apa-apa pun, nak guna bahasa urdu, mandarin mahupun perakian, itu tak mendatangkan masalah. Janji BERDOA. Selalunya doa Kak Ina merapu-rapu. Contohnyalah 

" Oh Ya Allah, aku selalu macam inikan, bila dah dekat exam mulalah merepek-meraban, 
macam tak ada arah tujuan. Ampunkan dosaku Ya Allah, selalu la'gha malam-malam,
mengumpat sana-sini, mengata itu ini. Aku le tu Ya Allah,
Ampunkan dosaku Ya Allah, aku manusia khilaf.
Tahu salah tapi buat, ini semua setan yang direjam yang bersalah.
Tapi Ya Allah,
PadaMu aku serah segalanya, aku sudah buat yang terbaik.
 Akhirnya aku Tawakal kepadaMu.
Moga aku juga dalam kalangan mereka yang dilindungi olehMu. Amin".



Inilah sebenarnya ERTI pelajar

Apapun, Kak Ina ucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada pelajar-pelajar yang sedang bertungkus-lumus belajar tanpa sempat makan-minum, jogging dan enjoy. Kepada Busu aka Adik, Selamat Menjawab Peperiksaan Last Sabtu ini. Bhahaha. Selamat menggoreng dengan kuali pemanggang ajaib.

Satu pesanan Kak Ina : Jadilah DIRI SENDIRI dalam menentu arah kejayaan anda.

Idea 20 cent,
Bekas pelajar social work USM

No comments:

Post a Comment