Monday, 23 June 2014

::: No Words at Mega Bazaar 2014 :::


:: Cik Ina bukan addicted ::

 Selepas ke Floria Putrajaya 2014 semalam, dengan lenguh-kebas-tak cukup rehat- ,Cik Ina gagahkan juga ke MAEPS sebab memang responden Cik Ina disana. Kali ini Cik Ina pergi dengan roomate Mas. Perjalanan tak lama. Hanya 18km dari UKM, Bangi. Disebabkan kami tak tahu arah, Cik Ina gunakan kelebihan waze. Thanks !!. Sampai-sampai terus edar responden, tapi kecewa sangat!! Seperti yang pernah Cik Ina sembangkan sebelum entrylocious ini.

Pintu Utama ke Dewan

Berpusinglah Cik Ina mencari responden. Tengah jalan-jalan tu. Mas cakap. 'akak,SAYWHO'. Kaki Cik Ina teruskan jugak berjalan, sempit la katakan. Selamat belum lagi bontot bertemu bontot. Cik Ina balas balik , 'Apa? Sapa cakap apa?'. Hahaha!! Faham tak? Okay!! Fine. Abaikan. Sedang mata melilau mencari responden sesuai, akak tengok ada satu booth yang orang kerumun ramai sangat. Nak tak nak kena lalu booth tersebut. Okay!! artis yang ini Cik Ina kenal iaitu Nealofa.  Amboi ramainya orang nak bergambar dengan beliau.

Jalan lepasi booth Nealofa, ada booth sapa ke tu. Hah isteri Mawi. Maaflah. Tak pasti pula nama isteri beliau. Tapi kenal la kembar tu. Super duper cantik bila dah bertudung ini. Jalan lagi kedepan. Hah, ini baru betul. Baru betul-batul rare!!  Hehehe!!

Cik Ina : Kakak, boleh tak kita nak tangkap gambar?
Beliau : Boleh, boleh. MasyaAllah. Ini apa ni.
Cik Ina : Ohh, ini borang soal selidik saya.


Ada 2 photolicious

Hahaha. Siap ada conversation lagi. Cik Ina tak dapat la nak beli pakaian dari koleksi beliau. Takat tengok-tengok jela. Orangnya MasyaAllah. Cik Ina terpegun. Dahulu, Cik Ina tak berapa nak ambil port tentang beliau, tetapi apabila beliau semakin matang, Cik Ina suka. Mulut beliau tidak lepas dari mengucap MasyaAllah!! MasyaAllah!! MasyaAllah.

Yezaa!!. Cik Ina bergambar dengan beliau sahaja. Sebab artis yang lain, Cik Ina tak berapa kenal dan tak admirer. Hoii!! ayat bajet sombong, hakikatnya Cik Ina memang tak kenal mereka-mereka. Mana boleh lying yang kita ni fanatic fan sangat walhal kenal pun tak. 


Ter'beli'. Oh, itu perkara lagha' Cik Ina

Maaflah duit!! Tapi sudah terbekenan. Ambilkan juga. Tapi tasbih tersebut memang cantik. Bolehlah dihadiahkan kepada Puan Emak. Hehehe.

Candid yang tak berapa candid!!
Muka Bengang Cik Ina nampak sangat dengan segerombolan polis tersebut.

Cik Ina tak suka membazir. Mana ada Cik Ina pakai selagi tak lusuh. Cewahh!! Dari pemerhatian Cik Ina, tiada bezanya dengan bazar yang ada, mahupun uptown Kajang. Yang membezakannya peniaga adalah daripada individu yang sangat aktif menjual di laman online

Persoalan : Agak-agak seramai inikah manusia di pesta buku mahupun di kuliah-kuliah ilmu? Mestilah RAMAI mungkin. Yezaa!!.

"Hebatkah kita dipandangan mata manusia? 
Hebatkah kita dimata Allah,
Adakah kita hebat? Andai kata YA!! Benarkah
Tepuk hati, biar hati kecil menjawab.
Andai TIDAK, audit semula.
Dimanakah kelompongan itu".




No comments:

Post a Comment